Site icon MuslimahHTM News

Benarkah Ibn ‘Aqil Menyatakan bahawa Nabi Tidak Membina Pemerintahan?

[Soal Jawab] Benarkah Ibn ‘Aqil Menyatakan bahawa Nabi Tidak Membina Pemerintahan?

Oleh: KH. Hafidz Abdurrahman

 

Soalan:

Ada yang memetik kenyataan Ibn ‘Aqil yang mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW tidak mensyariatkan politik dan wahyu juga tidak menurunkan perihal politik.

 

Benarkah Ibn ‘Aqil menyatakan demikian? Kalau ya, apa dan bagaimana konteksnya? Seterusnya, benarkah Nabi Muhammad SAW tidak mensyariatkan politik, dan wahyu juga tidak menjelaskan hal politik?

 

Jawapan:

 

Pertama: Kenyataan Abû al-Wafâ’ ibn ‘Aqîl (w. 513 H/1119 M) mesti dipetik dengan lengkap. Dengan itu kita akan mengetahui bunyi teks dan konteksnya dengan tepat. Ini sebagai sebahagian daripada amanah ilmu. Dalam ayatnya, beliau menyatakan:

اَلسِّيَاسَة مَا كَانَ مِنَ الْأَفْعَالِ بِحَيْثُ يَكُونُ النَّاسُ مَعَه أَقْرَبَ إلَى الصَّلَاحِ وَأَبْعَدَ عَنْ الْفَسَادِ، وَإِنْ لَمْ يُشَرِّعْه الرَّسُولُ صلى الله عليه وسلم وَلَا نَزَلَ بِهِ وَحْيٌ

”Politik (siyasah) adalah semua tindakan, yang dengan itu manusia lebih dekat dengan kebaikan dan semakin jauh dari kerosakan walaupun hal itu belum pernah disyariatkan oleh Rasulullah SAW dan tidak diturunkan oleh wahyu.”[1]

 

Konteks penjelasan tersebut mesti difahami, kemudian dibaca secara keseluruhannya, seperti yang dibincangkan oleh para fuqaha’ pada masa lalu. Tidak difahami dalam konteks logik orang sekarang yang menolak syariah kerana akibatnya fatal. Ibn ‘Aqil menyatakan:

 

فَإِنْ أَرَدْتَ بِقَوْلِكَ (لَا سِيَاسَة إلَّا مَا وَافَقَ الشَّرْعَ) أَيْ لَمْ يُخَالِفْ مَا نَطَقَ بِهِ الشَّرْع فَصَحِيحٌ، وَإِنْ أَرَدْتَ مَا نَطَقَ بِهِ الشَّرْعُ فَغَلَطٌ وَتَغْلِيطٌ لِلصَّحَابَةِ. فَقَدْ جَرَى مِنْ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ مِنْ الْقَتْلِ وَالْمَثْلِ مَا لَا يَجْحَدُه عَالِمٌ بِالسِّيَرِ، وَلَوْ لَمْ يَكُنْ إلَّا تَحْرِيقُ الْمَصَاحِفِ كَانَ رَأْيًا اعْتَمَدُوا فِيهِ عَلَى مَصْلَحَةٍ، وَكَذَلِكَ تَحْرِيقُ عَلِيٍّ كَرَّمَ الله وَجْهَهُ الزَّنادِقَةُ فِي الْأَخَادِيدِ، وَنَفْيُ عُمَرُ نَصْرَ بْنَ حَجَّاجٍ .

 

”Jika apa yang anda maksudkan dengan kenyataan anda, (Tidak ada politik kecuali ia mesti mengikut syariah), dalam erti kata politik tidak boleh bercanggah dengan apa yang dinyatakan oleh syariah, maka itu benar. Namun, jika apa yang anda maksudkan dengan siyasah hanyalah apa yang disebutkan oleh syariah, maka ia satu kesilapan dan pada masa yang sama menyalahkan para sahabat Nabi. Para Khulafa’ur Rasyidin telah melaksanakan banyak  dasar mereka sendiri, berkaitan dengan hukuman bunuh dan jenis hukuman berat lain yang tidak dibantah/ditentang oleh sesiapa saja yang menguasai sirah. Dasar membakar semua mushaf (pada zaman Uthman) hanyalah satu-satunya pendapat  yang dibina berdasarkan kemaslahatan. Demikian pula Ali bin Abi Thalib yang membakar orang Zindiq di Akhadid dan Umar bin Al-Khattab yang pernah mengasingkan Nashr bin Hajjaj.”[2]

 

Jadi, konteks perbincangan adalah berkaitan dengan topik “siyaasah” (politik). Sejauh mana politik dibincangkan oleh syariah. Bukan syariah tidak membincangkan politik atau wahyu tidak menjelaskan politik. Itulah yang sebenarnya yang dibincangkan oleh Ibn ‘Aqil.

 

Perlu dicatat juga bahawa nas syariah, iaitu al-Quran dan as-Sunnah, tidak menggunakan istilah “siyaasah” kecuali dengan konotasi, ri’aayah as-syu’uun (mengurus urusan [masyarakat]). Ini sebagaimana yang digunakan dalam hadis Nabi SAW:

 

كَانَتْ بَنُوْ إِسَرَائِيْلَ تَسُوْسُهُمُ الأَنْبِيَاءِ كُلَّمَا هَلَكَ نَبِيٌّ خَلَفَهُ نَبِيٌّ، وَإِنَّهُ لاَ نَبِيَّ بَعْدِيْ، وَسَتَكُوْنُ خُلَفَاءُ فَتَكْثُرُ

 

”Dahulu Bani Israel diurus (urusannya) oleh para nabi. Ketika seorang nabi meninggal, dia digantikan oleh nabi yang lain. Sesungguhnya setelah aku tidak ada lagi nabi. Yang ada adalah para khalifah hingga jumlahnya banyak.”[3]

 

Dalam hadis ini Nabi SAW menggunakan istilah “tasuusuhum al-anbiyaa’” (mereka diurus oleh para nabi). Makna kata “siyaasah” dengan konotasi bahasa inilah yang juga digunakan oleh syariah. Kerana itu para ulama, ketika membahas masalah politik, menggunakan konotasi tersebut. Ibn Jarîr ath-Thabarî (w. H), ketika menjelaskan alasan mengapa Umar bin al-Khatthâb ra. menjadikan urusan Khilafah kepada enam orang yang beliau pilih, menyatakan:

 

لَمْ يَكُنْ فِي أَهْلِ الإِسْلاَمِ أَحَدٌ لَهُ مِنَ الْمَنْزِلَةِ فِي الدِّيْنِ وَالْهِجْرَةِ وَالسَّابِقَةِ وَالْعَقْلِ وَالْعِلْمِ، وَالْمَعْرِفَةِ بِالسِّيَاسَةِ؛ مَا لِلسِّتَّةِ الَّذِيْنَ جَعَلَ عُمَرُ الأَمْرَ شُوْرَى بَيْنَهُمْ

 

”Tidak ada seorang pun kaum Muslim yang mempunyai kedudukan dalam agama, hijrah, prioriti, intelektual, ilmu dan pengetahuan tentang politik seperti yang dimiliki oleh enam orang sahabat yang ‘Umar jadikan urusan musyawarah di antara mereka.” [4]

 

Ibn Hajar rahimahuLlaah juga menggunakan kata siyaasah dengan konotasi tersebut:

 

وَالَّذِيْ يَظْهَرُ مِنْ سِيْرَةِ عُمَرَ فِي أُمَرَائِهِ الَّذِيْنَ كَانَ يُؤَمِّرُهُمْ فِي الْبِلاَدِ أَنَّهُ كَانَ لاَ يُرَاعِي الأَفْضَلَ فِي الدِّيْنِ فَقَطْ، بَلْ يَضُمُّ إِلَيْهِ مَزِيْدَ الْمَعْرِفَةِ بِالسِّيَاسَة مَعَ اِجْتِنَابِ مَا يُخَالِفُ الشَّرْعَ مِنْهَا

 

”Apa yang dapat dilihat dari sirah ‘Umar ketika beliau melantik para pemimpin, orang yang beliau lantik untuk menjadi pemimpin di daerah, beliau bukan sahaja memperhatikan yang paling baik agamanya, tetapi termasuk pengetahuannya yang lebih banyak dalam politik, selain menjauhi apa yang menyalahi syariah.” [5]

 

Kerana itulah beberapa tindakan yang dilakukan oleh para Khulafa’ Rasyidin ra. yang termasuk kategori “siyaasah”, seperti yang dibincangkan oleh Ibn ‘Aqil di atas, adalah apa yang dilakukan oleh Abu Bakar, beliau melantik Umar bin al-Khattab untuk menggantikan dirinya sebagai khalifah, setelah meminta pandangan penduduk Madinah.

 

Begitu juga apa yang dilakukan oleh Umar. Beliau mengangkat enam orang sahabat terbaik untuk memusyawarahkan siapakah yang paling layak menggantikan dirinya, bukan dengan menunjuk satu orang seperti yang dilakukan oleh Abu Bakar. Begitu juga apa yang dilakukan oleh Uthman bin Affan. Dia membakar semua mushaf, lalu menjadikan satu mushaf sebagai Mushaf Imam. Beliau menggandakan mushaf itu menjadi tujuh mushaf untuk diagihkan ke beberapa kota bagi mengelakkan perpecahan dan konflik di tengah umat.

 

Begitu juga apa yang dilakukan oleh Umar. Dia pernah mengasingkan Nashr bin Hajjaj kerana ketampanannya boleh menjadi fitnah bagi kaum wanita, sedangkan Nashr tidak bersalah. Namun, demi mewujudkan kemaslahatan, iaitu menjaga kesucian jiwa, dan mencegah mudarat, iaitu terjadinya perzinaan. Semua itu sebahagian daripada tindakan politik, yang sebelumnya tidak dicontohkan.

 

Kerana itu, terdapat dua pandangan di kalangan fuqaha’ tentang ranah politik ini. Pertama: seperti yang disampaikan oleh Abu al-Wafa’ Ibn ‘Aqil di atas:[6]

 

اَلسِّيَاسَة مَا كَانَ مِنَ الْأَفْعَالِ بِحَيْثُ يَكُونُ النَّاسُ مَعَهُ أَقْرَبَ إلَى الصَّلَاحِ وَأَبْعَدَ عَنْ الْفَسَادِ، وَإِنْ لَمْ يُشَرِّعْه الرَّسُولُ صلى الله عليه وسلم وَلَا نَزَلَ بِهِ وَحْيٌ

 

”Politik (siyasah) adalah semua tindakan, yang dengan itu manusia lebih dekat dengan kebaikan dan semakin jauh dari kerosakan walaupun hal itu belum pernah disyariatkan oleh Rasulullah SAW dan tidak diturunkan oleh wahyu.”

 

Meski demikian beliau memberikan batasan, yakni:

 

مَا لَمْ يُخَالِفْ مَا نَطَقَ بِهِ الْوَحْيُ

”…selama tidak menyalahi apa yang dinyatakan oleh wahyu.”[7]

 

Pandangan yang sama dengan apa yang dinyatakan oleh Ibn ‘Aqil adalah apa yang disampaikan oleh Ibn Nujaim al-Hanafi (w. H) ketika membincangkan hukuman untuk perbuatan zina:

 

وَظَاهِرُ كَلاَمِهِمْ هَاهُنَا أَنَّ السِّيَاسَةَ هِيَ فِعْلُ شَيْءٍ مِنَ الْحَاكِمِ لِمَصْلَحَةٍ يَرَاهَا، وَإِنْ لَمْ يَرِدْ بِذَلِكَ الْفِعْلُ دَلِيْلٌ جُزْئِيٌّ

 

”Dari redaksi pernyataan mereka di sini tampak bahawa politik (siyaasah) adalah tindakan yang dilakukan oleh seorang penguasa demi kemaslahatan yang difikirkannya tepat walaupun itu tidak dinyatakan oleh dalil juz’i (untuk kes tersebut).”[8]

 

Kedua: Pandangan yang melihat ranah politik disempitkan dan dibatasi dalam perkara jinaayah atau hukuman yang berat. Ini seperti yang dinyatakan oleh ‘Alauddin ath-Tharablusi al-Hanafi:

 

السِّيَاسَةُ شَرْعٌ مُغَلَّظٌ

 

”Politik itu merupakan syariah yang diperberat.”

 

Bertolak daripada perbincangan konotasi politik dan ranahnya, seperti yang dibincangkan oleh para fuqaha’ di atas, maka mereka kemudian membahagi politik, dari aspek sumber atau rujukannya kepada dua. Pertama: Siyaasah Diiniyyah (politik syariah). Kedua”: Siyaasah ‘Aqliyyah (politik hasil akal manusia). Ibn Khaldun telah menjelaskan tentang keperluan adanya peraturan undang-undang politik yang ditetapkan dalam negara, yang diterima oleh semua pihak. Kerana itu beliau menyatakan:

 

فَإِذَا كَانَتْ هَذِهِ الْقَوَانِيْنُ مَفْرُوْضَة مِنَ الْعُقَلاَءِ وَأَكَابِرِ الدَّوْلَةِ وَبُصَرَائِهَا كَانَتْ سِيَاسَة عَقْلِيَّةً، وَإِنْ كَانَتْ مَفْرُوْضَةً مِنَ الله بَشَارِعٍ يُقَرِّرُهَا وَيُشَرِّعُهَا كَانَتْ سِيَاسَة دِيْنِيَّةً

”Apabila undang-undang ini ditetapkan dari (akal) kaum intelektual, pemimpin dan cerdik pandai negara, maka ia disebut Siyaasah ‘Aqliyyah (politik hasil akal manusia). Jika ia ditetapkan oleh Allah, dengan syariah yang ditetapkan dan disyariatkan, maka ia merupakan politik syariah.” [9]

 

Bermula dari sini, maka Ibn Khaldun pun menjelaskan konotasi kekuasaan politik (al-Mulk as-Siyaasi) dengan menyatakan:

 

اَلْمُلْكُ السِّيَاسِيُّ هُوَ حَمْلُ الْكَافَّةِ عَلَى مُقْتَضَى النَّظَرِ الْعَقْلِيِّ فِي جَلْبِ الْمَصَالِحِ الدُّنْيَوِيَّةِ وَدَفْعِ الْمَضَارِّ، وَالْخِلاَفَةُ هِيَ حَمْلُ الْكَافَّةِ عَلَى مُقْتَضَى النَّظَرِ الشَّرْعِيِّ فِي مَصَالِحِهِمْ الأُخْرَوِيَّةِ وَالدُّنْيَوِيَّةِ الرَّاجِعَةِ إِلَيْهَا

 

”Kekuasaan politik itu membawa semua orang mengikuti pandangan (dasar) akal dalam mengusahakan kemaslahatan duniawi serta mencegah kemudaratan. Khilafah itu membawa semua orang untuk mengikuti pandangan (dasar) syariah mengenai kemaslahatan dunia dan akhirat dengan kembali kepadanya.” [10]

 

Dari sini sebenarnya sejak dahulu lagi para ulama telah memahami konotasi politik dan ranahnya dengan tepat dan teliti. Tambahan pula, mereka menjelaskan bahawa Siyaasah Syar’iyyah (politik syariah) itu, seperti kebiasaan masalah kehidupan yang dihadapi para fuqaha’, menghadapi dua masalah: Pertama, masalah yang telah dijelaskan oleh nas syariah. Kedua, masalah yang belum dinyatakan secara spesifik dan tegas di dalam nas-nas syariah.

 

Khilafah, sebagai bentuk negara, sistem pemerintahan dan strukturnya, misalnya, termasuk masalah yang telah dinyatakan oleh nas. Adapun dasarnya untuk merespon pelbagai perkembangan zaman dikembalikan kepada ijtihad khalifah. Jadi, dalam konteks ini, alasan para fuqaha’ itu sudah sangat jelas. Di sini mereka membezakan politik menjadi dua. Pertama: Ketentuan syariah yang bersifat global (syaraa’i’ kulliyah). Dalam konteks ini Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah mengatakan bahawa syariah tidak berubah berikutan perubahan masa dan tempat. Kedua: Ketentuan politik yang bersifat separa (siyaasah juz’iyyah), yang mengikuti kemaslahatan tertentu, yang boleh berubah, mengikut konteks masa dan tempat.

 

Jadi jelas, apa dan bagaimana konteks perbincangan yang disampaikan oleh Abu al-Wafa’ Ibn ‘Aqil di atas. Dengan demikian, apa yang didakwa oleh orang yang menyalahgunakan kenyataan beliau itu jelas keliru dan salah alamat. Dalam erti kata lain, makna pemikiran yang dimaksudkan oleh Abu al-Wafa’ Ibn ‘Aqil tidak dapat dicapai, atau difahami dengan betul sehingga kesimpulannya salah.

 

Soalan seterusnya: Adakah Nabi SAW tidak mendirikan negara, bentuk dan sistem pemerintahan?

 

Menjawab soalan ini sebenarnya lebih mudah. Sebab, warisan dan jejaknya tidak boleh dipadamkan. Sebagai tambahan kepada bukti empirikal dan sejarah, terdapat juga bukti normatif. Baca, misalnya, kitab Al-Ahkaam as-Sulthaaniyyah, karya Imam al-Mawardi, atau karya Imam al-Farra’. Baca kitab As-Siyaasah as-Syar’iyyah, karya Ibn Taimiyyah. Baca kitab Rawdhatu ath-Thaalibiin wa ‘Umdah al-Muftin, karya Imam an-Nawawi, Bab Bughaat dan Imaamah.

 

Selepas Nabi Muhammad SAW wafat, warisannya dilanjutkan oleh para sahabat. Oleh itu, Ijmak Sahabat yang dinyatakan oleh para ulama Usul Fiqih sebagai perkara qathie, tidak mungkin ditolak. Baca Al-Bahr al-Muhiith, karya Imam az-Zarkasyi.

 

WalLaahu a’lam.

 

Catatan nota:

1        Lihat, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, I’lamul Muwaqqi’in ‘an rabbil ‘alamin, Juz II/649; Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, Ath-Thuruq al-Hukmiyah fi as-Siyasati asy-Syar’iyyah, hal. 17.

2        Lihat, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, I’lamul Muwaqqi’in ‘an rabbil ‘alamin, Juz II/649; Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, Ath-Thuruq al-Hukmiyah fi as-Siyasati asy-Syar’iyyah, hal. 17.

3        Hr Muslim

4        Lihat, Ibn Jarir at-Thabari, Tarikh al-Umam wa al-Muluk,

5        Lihat, Ibn Hajar, Fath al-Bari,

6        Lihat, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, I’lamul Muwaqqi’in ‘an rabbil ‘alamin, Juz II/649; Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, Ath-Thuruq al-Hukmiyah fi as-Siyasati asy-Syar’iyyah, hal. 17.

7        Lihat, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, I’lamul Muwaqqi’in ‘an rabbil ‘alamin, Juz II/649; Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, Ath-Thuruq al-Hukmiyah fi as-Siyasati asy-Syar’iyyah, hal. 17.

8        Lihat, Ibn Nujaim, Al-Asybah wa an-Nadhair, hal. ; Ibn ‘Abidin, Radd al-Mukhtar, Juz /

9        Lihat, Ibn Khaldun, Muqaddimah, hal.

10      Lihat, Ibn Khaldun, Muqaddimah, hal.

 

 

 

Exit mobile version