[Sejarah Nasionalisme di Dunia Islam]
Upaya Kaum Kafir Menghancurkan Ikatan Ideologi
Berbagai upaya telah dilakukan oleh kaum kafir sejak 1300 tahun pemerintahan Islam untuk menghancurkan tenaga dan kekuatan Negara Islam (Khilafah). Sepanjang masa hidup Rasulullah SAW, orang-orang musyrik Quraisy selalu berusaha untuk mengalahkan kekuatan militer kaum muslim. Hal ini terbukti dari banyaknya peperangan yang terjadi, seperti Perang Uhud dan Ahzab. Berbagai suku Yahudi yang sering bersekutu dengan orang Quraisy telah melakukan berbagai macam usaha untuk menghancurkan kesatuan kaum muslim, tetapi semuanya gagal.
Ada pula usaha yang dilakukan di luar jalur militer. Hal ini ditujukan agar umat Islam menyeleweng daripada pegangan hidupnya, iaitu Islam. Usaha ini dilakukan dengan berbagai macam cara, misalnya gerakan pemalsuan hadis, penambahan bidaah yang menyatakan idea-idea yang bertentangan sambil memperkenalkannya ke tengah kaum muslim dengan menampakkannya sebagai wacana pemikiran kaum muslim.
Kaisar Parsi dan Romawi pun pernah berusaha untuk menyerang Negara Islam pada masa Rasulullah SAW dan sahabat masih hidup. Ternyata mereka bukannya dapat mengalahkan kaum muslim, tetapi sebaliknya merekalah yang akhirnya dikuasai dan berada di bawah kekuasaan Negara Islam.
Khilafah Islam melakukan hal ini hanyalah bertujuan untuk membebaskan manusia dari sistem represif yang menghalang sampainya dakwah kepada penduduk. Kekuasaan kekhilafahan Islam mencapai puncaknya ketika kekuasaannya meluas mulai dari bahagian barat Pantai Sepanyol sampai ke daerah Timur.
Negara-negara Kristian Eropah juga telah melancarkan serangannya mulai abad ke-sebelas. Ekspedisi perang untuk melawan dan menguasai Negara Islam ini kemudian berlanjutan dengan seruan Paus Urbanus II di Majlis Claremont pada 1095. Sekalipun Perang Salib dapat menguasai Jerusalem pada 1099 dan mendirikan Kerajaan Kristian di atasnya dengan Godfrey dari Boulogne sebagai Pelindung Kota Suci, tetapi pada 1187 wilayah itu dapat direbut kembali oleh pasukan Islam yang dipimpin oleh Salahuddin Al Ayubi melalui Perang Hittin. Dengan demikian, pasukan Salib pun dapat dikalahkan.
Bangsa Mongol memulakan kempen melawan Negara Islam pada 1218. Akhirnya pada 1258, mereka menjarah dan merompak Baghdad. Akan tetapi, mereka gagal, sekalipun mereka telah berhasil membunuh ratusan ribu orang Islam dalam peristiwa keji yang menyerupai tingkah laku binatang tersebut. Ironinya, dalam beberapa waktu yang tidak panjang, para penyerbu itu akhirnya menerima Islam dan menjadi sebahagian dari Negara Islam dan menyebarkan Islam ke arah timur.
Bangsa Rusia turut datang, tetapi akhirnya pergi kerana melihat Khilafah Islam berdiri dengan kukuhnya pada pilar-pilar kebenaran (Al Haq). Kekuatan kafir tidak pernah mampu mengusik Negara Islam. Bermula pada abad ke-tujuh belas, Eropah mula melancarkan berbagai macam propaganda militer dan non-militer, seperti yang telah dimulakan oleh Napoleon dan para misionaris (akan dibahas kemudian).
Sebahagian besar kekuatan Eropah telah mampu menguasai beberapa bahagian dari negara kaum muslim, seperti India dan Mesir. Akan tetapi, kekuasaan pusat kekhilafahan Islam tetap tidak tersentuh. Dari sinilah kemudian terbukti bahawa kaum muslim tidak pernah dapat dikalahkan secara militer, bagaimana keras dan sungguh-sungguh pun upaya kaum kafir. Hal ini disebabkan kaum muslim selalu berperang dengan dasar Islam. Mereka faham betul dengan konsep ajal dan rezeki, iaitu bahawa hidup, mati, dan persediaan rezeki ada di tangan Allah Taala. Dengan demikian, mereka tidak pernah takut akan kehidupan, kepemilikan, dan kekayaan mereka.
Suatu saat Khalid bin Walid yang diberi gelaran Saifullah (pedang Allah) berkata kepada musuhnya pada suatu peperangan, “Orang-orang yang bersamaku ini lebih mencintai kematian sebagaimana kalian mencintai kehidupan.” Kata-kata ini cukup membuat musuh ketakutan. Selain itu, keberanian para mujahidin yang ikut berperang tidak pernah dapat dibandingkan oleh orang-orang kafir.
Ada suatu riwayat bahawa dalam Perang Khandaq, seorang muslim telah kehilangan kakinya. Menyedari bahawa dia tidak memiliki pedang di tangan, mujahid ini lalu memungut kakinya untuk memukul orang kafir dan akhirnya membunuh orang kafir tersebut. Sikap dan keberanian hebat yang tiada tandingannya serta ketetapan hati yang ditunjukkan dalam contoh di atas, benar-benar telah menjadikan kekuatan Islam sebagai suatu hal yang tidak terkalahkan di mata musuh-musuh Islam.
Sumber: Sejarah Nasionalisme di Dunia Islam

