[Kenyataan Media] Barangsiapa yang mengabaikan kiblat pertama dari dua kiblat, maka dia juga akan mengabaikan dua masjid suci.
(Terjemahan)
Tanah tauhid dan kelahiran wahyu sedang dinodai oleh Wawasan 2030 Ibn Salman; sumpahan ini yang digunapakai oleh Kerajaan Al Saud untuk mentransformasi tanah tersebut menjadi destinasi pelancongan dan hiburan demi matlamat dari program “Quality of Life (Kualiti Hidup)”! Padahal ia hanya akan mendatangkan kemurkaan Allah dan sesiapa yang redha serta turut serta di dalamnya, mereka hanya akan merasai penderitaan. Malah Pengerusi Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Hiburan Umum, Turki bin Abdul Mohsen Al Sheikh, berbangga dengan pengumumannya mengenai Musim Riyadh 2024 (Riyadh Season 2024) yang mencapai pencapaian baharu selepas jumlah pengunjungnya mencecah 6 juta! Inilah dosa-dosa beliau dan dosa-dosa setiap orang yang mengikutinya yang kian bertambah atas neraca dosa-dosa mereka akibat kesesatan mereka, bahkan tindakan mereka turut menambah kebejatan mereka. Jadi, apakah “kualiti hidup” yang ingin dicari oleh Ibn Salman dan para pembantunya ketika dia menghalalkan kemaksiatan kepada Allah secara terbuka hari demi hari?!
Orang keji ini dan mereka yang mendukung projek-projek pem-Barat-an atas nama hiburan dan transformasi untuk memisahkan para belia di tanah Dua Masjid Suci daripada agama mereka serta menghancurkan kepercayaan mereka (melalui): Pesta yang tidak senonoh, kelucahan, penzinaan, tarian, ketidaksopanan, pergaulan bebas lelaki dan perempuan, penyingkapan aurat, dan cadangan-cadangan yang membunuh akhlak, merosakkan kerohanian umat Islam, serta memperolok-olokkan kehormatan mereka.
Ibn Salman telah melampaui batas dalam pelanggaran dan kemaksiatannya, namun telah dibiarkan bebas sebebasnya dalam pentadbiran Kerajaan tanpa sebarang kawalan undang-undang. Dia telah mengimport budaya Barat yang paling kotor dan menjadikan homoseksual sebagai idola bagi belia muslim serta mengalu-alukan sampah umat ini sehingga mereka berani memasuki tanah Dua Masjidil Haram dengan penuh penghormatan. Manakala di sisi lain pula, kaki para jemaah haji kita yang soleh sebaliknya dihalang (dipersulitkan oleh pelbagai birokrasi) daripada menunaikan ibadah haji dan tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke sana (secara bebas), malah diabaikan serta ada yang diusir!
Bahkan sifat-sifat kesateriaan zaman Jahiliyah sekalipun nampaknya sudah tidak terpakai kepada Ibn Salman yang telah membelanjakan wang umat Islam untuk maksiat ini, tatkala Gaza telah memasuki tahun kedua genosid, suatu kezaliman yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kejahatan ini dilakukan tanpa langsung ada sekelumit pun rasa hormat pada darah umat Islam mahupun merasa belas kasihan, sebaliknya mereka menyebarkan perpecahan dan penghinaan di Gaza, Lubnan, Sudan dan Yaman.
Tambahan pula, dia telah bertindak semakin melampau batas dengan provokasi melalui penyelenggaraan festival hiburan yang sangat merosakkan moral sementelah mereka rancak “menari” – di atas jenazah kanak-kanak Gaza, di atas luka-luka para wanita yang sedang menderita dan berduka, serta di atas penindasan yang menimpa kaum lelakinya , serta di atas air mata orang-orang tua yang tidak berdaya. Inilah si bodoh yang mana reaksinya terhadap apa yang berlaku di Gaza hanya terhad kepada beberapa kenyataan kecaman dari Kementerian Luar Negerinya, sementelah dia adalah penjaga, pembantu, penyokong dan orang yang berkhidmat kepada penjajah yang telah merampas (tanah umat), dengan memberikannya peruntukan, dan membekalkan segala peralatan serta keperluannya.
Wahai Umat Islam di Tanah Dua Masjid Suci:
Kami tidak menyeru kepada Ibn Salman, kerana kami telah mengenali dia sebagai pengkhianat, ejen yang setia kepada Barat dan Yahudi, yang tangannya berlumuran darah umat Islam. Sebaliknya, kami menyeru kepada kalian, saudara kami dan ulama kami:
Nabi (saw) bersabda:
“Sungguh akan ada pemimpin-pemimpin yang kalian kenal (kebaikan mereka, -pen.) dan kalian ingkari (kemaksiatan mereka, -pen.). Barangsiapa mengingkari kemaksiatannya, dia terlepas dari tanggungjawab; dan barangsiapa membencinya, dia selamat, tetapi (yang berdosa adalah) mereka yang redha dan ikut.” (Sahih Al-Tirmidzi.)
Oleh itu, janganlah sesekali meninggalkan amar ma’ruf nahi mungkar, kerana dengan menegakkannya, umat ini akan mencapai keutamaan di atas umat-umat yang lain. Tetapi dengan meninggalkannya, kemungkaran akan merebak, kesesatan menjadi berleluasa, dan manusia akan binasa.
Dari Abdullah bin Mas’ud (r.a) berkata, Rasulallah (saw) telah bersabda,
“Sesungguhnya ada umat sebelum kamu yang apabila diantara mereka ada yang berbuat salah, datanglah orang yang melarang (menegur) seraya memperingatkan, ‘Wahai kamu, takutlah kepada Allah!’ Hari esoknya dia duduk-duduk (bergaul seperti biasa) dengan pelaku maksiat tadi, makan dan minum bersama mereka. Seolah-olah dia tidak melihat mereka melakukan dosa di hari-hari kelmarin. Ketika Allah SWT menyaksikan perbuatan mereka, maka Dia menyatukan hati mereka. Kemudian Allah melaknat mereka melalui lisan nabi-Nya iaitu Daud AS dan Isa AS. Putera Maryam. Demikian ini kerana mereka tidak taat kepada Allah dan sudah melampui batas. Demi Allah yang Muhammad berada di genggaman-Nya, kalian hendaklah menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Dan kalian hendaklah memegang tangan orang yang bodoh kemudian memaksanya kepada yang haq! Jika tidak, Allah SWT akan menyatukan hati-hati kalian, kemudian akan melaknat kalian sebagaimana Dia melaknat mereka”. (HR Abu Daud dan Tirmidzi-at targhib)
Bahagian Muslimah
Pejabat Media Pusat Hizb ut Tahrir

