[Nafsiyah] HATI-HATI DENGAN ISTIDRAJ
Penulis: Arief B. Iskandar
Istidrâj adalah pemberian Allah SWT kepada seseorang atas apa yang mereka inginkan di dunia ini hingga mereka menikmatinya dan mereka tenggelam dalam lautan kesenangan. Mereka tidak menyedari bahawa apa yang mereka sangka sebagai kesenangan itu adalah merupakan sebuah hukuman yang ditangguhkan sehingga mereka semakin jauh dari Allah SWT.
Istidrâj diisyaratkan oleh Allah SWT—terkait dengan tindakan kaum kafir— antara lain di dalam firmanNya (yang ertinya): “ketika mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka. Saat mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun menyiksa mereka dengan tiba-tiba hingga ketika itu mereka terdiam berputus asa” [TMQ al-An’am (6): 44].
Ramai orang, ketika mendapatkan kedudukan atau jawatan baharu, contohnya, bergembira dan bersyukur kerana merasa telah mendapatkan kurniaan Allah SWT. Mereka tidak menyedari bahawa hal itu akan menyusahkan dirinya di kemudian hari. Mengapa? Kerana mereka sering mengganggap kedudukan sebagai kehormatan, bukan amanah.
Berbeza dengan para sahabat Nabi SAW, Salman al-Faris RA, misalnya, Ketika dilantik untuk menjawat sebagai gabenor di suatu daerah, beliau justeru menangis kerana khuatir tidak dapat menjalankan amanah itu dengan baik. Tidak lama kemudian dia dipecat dari kedudukannya itu, justeru melakukan sujud syukur kerana lepas dari tanggungjawab yang sedemikian besar itu.
Bagaimana dengan kita?
Wa maa tawfiiqii illaa billaahi ‘alayhi tawakkaltu wa ilayhi uniib.
HATI-HATI DENGAN ISTIDRAJ

