[FIKIH] MEMBUDAYAKAN WAKAF
Oleh: Al-Faqir Arief B. Iskandar
Wakaf identik dengan sedekah jariah. Rasul SAW bersabda, “Jika manusia mati, terputuslah amalnya kecuali tiga: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.” (HR Muslim dan Abu Dawud).
Berdasarkan hadis ini, sedekah jariah identik dengan wakaf (Abu Thayyib, ‘Awn al-Ma’bUUd, 8/62).
Dengan demikian wakaf atau amal jariah adalah amal yang sangat istimewa. Sebab, pahala wakaf akan terus mengalir kepada pelakunya walaupun setelah dia wafat. Oleh kerana itu Nabi SAW, juga para sahabat beliau, adalah generasi yang suka berwakaf.
Menurut Jabir RA, “tidak seorang pun dari sahabat Nabi SAW yang memiliki kemampuan kecuali mewakafkan hartanya.” (Ibn Muflih, Al-Mubdi’, 6/312).
Salah satu sahabat yang pernah berwakaf adalah Abu ad Dahdah. Dia pernah mewakafkan kebun miliknya kepada Rasulullah SAW. Kebun tersebut ditumbuhi oleh 900 pohon kurma. (HR Abu Ya’la dan ath-Thabrani).
Menurut Imam Syafie, wakaf dari para sahabat Nabi SAW itu hampir tidak terhitung jumlahnya. Harta wakaf mereka masih ada hingga sekarang (Al-Baihaqi, Ma’rifah as-Sunan wa al-Atsar, 10/233).
Tradisi berwakaf ini terus dipelihara oleh setiap generasi muslim pasca sahabat (Taabi’iin), pasca Taabi’iin (Taabi’ at-Taabi’iin) dan era setelah mereka sepanjang sejarah Khilafah Islam. Salah satu wakaf terbesar dan terkenal adalah pusat pendidikan Islam sekaligus Universiti Al-Azhar di Mesir. Universiti ini wujud hingga sekarang dan telah melahirkan ratusan ribu ulama terkemuka di seluruh dunia.
Oleh sebab itu, seorang mukmin yang cerdas tak mungkin mengabaikan amal soleh berupa wakaf ini. Sebab, sebagai seorang mukmin, dia mengetahui bahasanya pahala-pahala dari amal soleh lain seperti solat sunnah, misalnya, pahalanya akan berakhir saat dia wafat dan solat itu tak boleh lagi dia tunaikan. Berbeza dengan wakaf. Pahalanya akan terus mengalir meski pelakunya telah wafat ratusan bahkan ribuan tahun sebelumnya.
Sebagai amal utama, wakaf boleh diniatkan atas nama peribadi atau orang lain (misal: ayah/ibu) yang sudah wafat. Dalam hal ini Ibn ‘Abbas bertutur: Saad ibn ‘Ubadah pernah berkata kepada Nabi SAW, “Ibuku telah wafat, sementara aku tidak ada di sisinya. Apakah bermanfaat bagi beliau jika aku bersedekah atas namanya?” Nabi SAW menjawab, ”Ya, tentu saja.” Saad berkata lagi, ”Jika begitu, saksikanlah bahawa kebunku Al-Mihraaf ini disedekahkan (diwakafkan) atas nama ibuku.” (HR al-Bukhari).
Selain boleh atas nama peribadi/perseorangan, wakaf juga boleh diatasnamakan secara kolektif. Imam al-Bukhari meriwayatkan bahawa Bani Najar pernah mewakafkan kebun mereka untuk Masjid Nabawi pada masa Nabi SAW.
Alhasil, mari kita mencintai ibadah wakaf dan membudayakannya!
Wa maa tawfiiqii ilLaa bilLaah.
MEMBUDAYAKAN WAKAF

