Site icon MuslimahHTM News

Sembang Santai bertajuk “Setahun Berlalu Genosid Palestin: What Can We Do?” di Perlis

[Aktiviti] 14 Disember (Sabtu) – Sempena Kempen Muslimah Ideal: Menata Perjuangan Demi Pembebasan Palestin, Muslimah Perlis telah mengadakan Sembang Santai bertajuk “Setahun Berlalu Genosid Palestin: What Can We Do?”. Sembang Santai ini telah dikendalikan oleh Pn. Nur Hidayah bersama tetamu jemputan, iaitu Dr. Nurul Huda.

 

Dr. Nurul Huda telah berkongsi keadaan terkini situasi di Palestin serta memberikan beberapa contoh kehebatan ketabahan serta kekuatan mental peribadi muslimah Palestin yang sangat dikagumi.

 

Selain itu, beliau juga  berkongsi mengenai rahsia kehebatan Muslimah Palestin yang perlu diambil iktibar dan dicontohi. Antaranya adalah pemahaman tujuan hidup di muka bumi ini dan menjalani kehidupan berlandaskan aqidah Islam yang benar (al-Quran dan Sunnah) dalam seluruh dimensi kehidupan.

 

Para muslimah turut dikongsikan dan dibimbing 4 peranan utama dalam usaha membantu saudara kita di Palestin. Antaranya ialah:
1. Pemahaman yang benar tentang isu Palestin.
2. Mendakwahkan Islam Kaffah (berlandaskan hukum syarak dalam seluruh aspek kehidupan)
3. Bersama jemaah/kelompok melakukan dakwah.
4. Mendidik dan mempersiapkan anak-anak menjadi pembela Islam.

 

Peserta yang hadir memberi sokongan penuh terhadap usaha yang mampu untuk para muslimah sumbangkan terhadap pembelaan isu Palestin dan isu umat Islam secara keluruhan.

 

#muslimahideal

 

Exit mobile version