[Have Your Say] Pentingnya ‘CIRCLE’ dalam menjadi #MuslimahIdeal
Cabaran muslimah hari ini yang hidup dalam sistem kehidupan yang jauh dari bi’ah Islam adalah untuk memastikan diri sentiasa berada di atas landasan hukum syarak. Kemaksiatan, kemungkaran, dan godaan berada di sekeliling kita dan tidak mudah untuk kita menghindarinya kerana ianya bersifat sistemik.
Oleh itu, amatlah penting memastikan siapa ‘circle’ kita. Mencari sahabat yang sentiasa mendekatkan kita dengan Islam, yang sentiasa mengajak kepada kebaikan dan amal soleh serta mengingatkan kita di saat kita terlanjur dan alpa. Sepertimana sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Orang mukmin bagi orang mukmin yang lain itu laksana satu binaan, yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain.” (HR Bukhari dan Muslim)
Jadi, dalam kita berusaha menjadi #muslimahideal, ‘circle’ yang baik juga merupakan antara faktor penting agar kita tetap saling menguatkan, saling meneguhkan dan bersama-sama istiqamah melaksanakan segala hukum syarak-Nya dalam kehidupan seharian. InshaAllah.
Maizatul Akmar
(Ahli Lajnah I’lamiyah MHTM)

