Site icon MuslimahHTM News

[Sejarah Nasionalisme di Dunia Islam] Nasionalisme di Malaysia dan Afro-Amerika

[Sejarah Nasionalisme di Dunia Islam]

Nasionalisme di Malaysia dan Afro-Amerika

 

Malaysia menjadi sebuah negara pada 16 September 1963. British yang mengawal wilayah yang dahulunya bernama Malaya ini sejak 1867. Kekuasaan imperialis tetap di Malaysia, bahkan sampai hari ini. Kekuatan yang ditinggalkan British ini bukan dalam bentuk perdagangan dan bahasa, tetapi dalam bentuk benih-benih nasionalisme yang telah tumbuh menjadi bunga yang mekar sempurna. Semangat nasionalisme tetap dijaga dan dihidupkan oleh pemimpin ketika itu, iaitu Perdana Menteri Dr. Mahathir Muhammad. Dia telah mengambil obor nasionalisme daripada pendahulunya, iaitu Tun Hussein Onn dan Tunku Abdul Rahman Putra.

 

Nasionalisme Malaysia telah disuntikkan ke dalam banyak aspek kehidupan dan ditampakkan dalam berbagai bentuk, mulai dari bendera dan lagu kebangsaan sehinggalah kepada media massa dan kehidupan awam. Banyak orang Islam di sana mencampuradukkan nasionalisme Malaysia dan Islam. Lagu-lagu nasionalistik muncul berselang seli dengan suara azan di televisyen. Nama Allah diselitkan dalam lirik lagu-lagu kebangsaan. Adat kebiasaan dan pusaka Malaysia penuh dengan perpaduan antara Islam dan kesetiaan terhadap bangsa. Berperang demi Tanah air bermakna berperang kerana Allah dan berjuang kerana Allah bermakna demi Tanah air. Pengabdian kepada Tanah air merupakan sikap umum yang ditunjukkan sebagai sikap pengabdian kepada Islam.

 

Orang-orang Melayu tidak hanya berada di dalam negara Malaysia, tetapi juga merupakan ras majoriti di Indonesia, ras minoriti di Singapura, dan juga merupakan pemimpin di Brunei Darussalam. Orang-orang Melayu ini begitu bersemangat untuk mengurus dan menghabiskan tenaganya bagi aspek ibadah dalam Islam. Salah satu contoh kes adalah ketika Indonesia, Brunei, Malaysia, dan Singapura bersama-sama dalam rukyatulhilal. Mereka juga berusaha memulakan dan mengakhiri Ramadhan berdasarkan pada kerjasama dan kesepakatan ini, sekalipun aturan Islam menetapkan bahawa posisi hilal di atas dunia Islam akan menghasilkan kesimpulan dimulai dan diakhirinya Ramadhan pada waktu yang bersamaan.

 

Dalam sektor politik hanya kelompok bumiputeralah yang dapat menduduki kerusi pemimpin. Dari kenyataan ini, kita dapat memahami bahawa konsep ini menghubungkan manusia dengan tanah airnya dengan ikatan patriotisme. Berbeza dengan Islam yang mengikat individu berdasarkan ideologi Islam. Visi Malaysia juga melengkapi konsep nasionalismenya. Gagasan Mahathir tentang “Wawasan 2020” atau “Vision 2020” merupakan program untuk membangkitkan semangat sosial-ekonomi nasionalistik. Ini untuk memberikan Malaysia sebuah wajah baru yang akan mendorongnya tumbuh menjadi kekuatan baru yang akan berpengaruh di kawasan Asia Tenggara dan di seluruh dunia pada 2020.

 

Nasionalisme Afro-Amerika

 

Konsep penyatuan nasionalisme dan Islam–padahal tidak akan pernah dapat disatukan–di kalangan orang kulit hitam Amerika, sudah dicuba untuk diperkenalkan jauh sebelum didirikannya Nation of Islam (NOI) oleh Wallace Fard Muhammad. Salah seorang pemikir yang cuba menggabungkan kedua -dua konsep yang sesungguhnya bertentangan tersebut adalah Edward W. Blyden. Pada tahun 1850-an, Blyden mencampuradukkan dan menggabungkan gerakan Islam, sosialisme Afrika, dan Afrika hitam. Blyden pernah menyatakan bahawa, “Kristian yang telah berusaha untuk mengubah nilai-nilai Afrika dalam memberikan pengaruh yang merosakkan dan merugikan orang-orang Afrika.” Dia melihat bahawa Islam sesuai dengan gaya hidup orang-orang Afrika. Tujuannya adalah hendak mendirikan sebuah Republik Negro yang akan berusaha sedikit demi sedikit untuk mengilhakkan masyarakat Islam Afrika.

 

Beberapa dekad berikutnya, semangat nasionalisme kulit hitam telah menjelmakan dirinya dalam dua gerakan, iaitu The Universal Negro Improvement Association (1914) yang didirikan oleh Marcus Garvey dan The Moorish Science Temple of America (1916) yang didirikan oleh Noble Drew Ali. Gerakan yang pertama menimbulkan gema kembalinya Blyden ke Afrika. Sedangkan The Moorish Temple menyuarakan nasionalisme psikologi yang dihiasi dengan simbolisme Islam. Ali menekankan bahawa kebangsaan adalah pra-syarat untuk menerima Allah. Oleh kerana itulah, dia membangun organisasi Temple berdasarkan pada pemikiran bahawa orang-orang berkulit hitam di Amerika adalah orang-orang Moor Asiatik yang berasal dari Maghribi. Ali telah menerbitkan “Kitab Suci Al-Quran” setebal 64 halaman yang memuatkan pemikiran nasionalismenya. Dia juga menyebut di dalamnya bahawa dirinya adalah seorang Utusan Tuhan. Pengurus Temple, sekalipun sampai sekarang masih ada, tetapi telah mulai luntur sejak 1940-an.

 

Pada 1930, Wallace Fard Muhammad muncul di Detroit. Dia menyatakan bahawa dia dilahirkan di Mekah, merupakan keturunan keluarga istana, dan anak seorang kaya anggota suku Quraisy. Sebagai jurujual pakaian kembara, beliau juga melaksanakan idea Islamnya yang sarat dengan hasutan perkauman. Dia menanamkan kepada pengikutnya ajaran bahawa Allah adalah Tuhan, orang kulit putih adalah syaitan, manakala orang-orang negor adalah orang kulit hitam Asiatik yang merupakan orang pilihan di planet bumi.

 

Dia percaya bahawa orang kulit putih tidak akan pernah dapat menerima Islam disebabkan warisan sifat keiblisannya dari nenek moyang mereka. Sedangkan orang kulit hitam memiliki kecondongan semulajadi untuk menjadi muslim. Salah seorang pelajar kegemaran Fard adalah Elijah Poole (kemudian disebut Elijah Muhammad). Pada suatu malam pada 1931, setelah khutbah disampaikan oleh Fard, Elijah berseru, “Saya tahu siapa anda. Anda adalah Tuhan itu.” Terhadap hal itu Fard menjawab, “Benar, tetapi jangan katakan itu sekarang. Saat ini bukanlah saatnya bagiku untuk dikenal.”

 

Hilangnya Fard secara misteri pada 1933, akhirnya menumbuh-suburkan konsep ketuhanan Fard di benak para pengikutnya. Sampai saat ini pun konsepnya masih dianggap benar oleh Louis Farrakhan (pemimpin NOI) dan pengikutnya. Perkara ini dapat ditemukan dalam setiap akhbar Final Call yang diterbitkan oleh Nation of Islam. Kemudian organisasinya terpecah menjadi dua kelompok. Satu kelompok dipimpin oleh Abdul Muhammad yang menolak konsep ketuhanan Fard dan menyerukan untuk menerima perlembagaan Amerika Syarikat. Manakala kelompok yang lain dipimpin oleh Elijah Muhammad dan disebut Nation of Islam (NOI). Anggota NOI menyebut kebangsaannya sebagai bangsa Asiatik. Mereka percaya bahawa mereka adalah keturunan The Great Asiatic. Dalam kelompok ini muncul konsep “The Tribe of Shabbaz” (Kabilah Shabbaz) yang merupakan sebahagian dari kerajaan Islam dan diyakini berasal dari Afrika. Selain itu mereka juga percaya bahawa lembah sungai Nil dan Mekah adalah tempat terbaik di seluruh planet bumi.

 

Elijah memperkuat konsep bahawa orang-orang kulit putih adalah syaitan, ketuhanan kulit hitam, dan pemisahan kedua-dua ras tersebut. Dengan demikian, orang kulit hitam dapat menempati negara mereka sendiri dalam wilayahnya di Amerika Syarikat. Elijah berpidato bahawa zaman dahulu seorang ilmuwan Mekah yang bernama Yakub telah menciptakan ras kulit putih dari kulit hitam selama enam abad sebagai bahagian dari rencana yang penuh dendam terhadap pemimpin Mekah yang telah memenjarakan dia di pulau Patmos. Pengikut NOI percaya bahawa pada 1930, Allah telah menampakkan dirinya di Detroit dalam rupa Wallace Fard Muhammad. Dia dianggap sebagai perwujudan Messiah bagi orang-orang Kristian dan Imam Mahdi bagi orang-orang Islam. NOI melarang percampuran ras, seperti perkahwinan antar ras. Mereka menolak integrasi, percaya kepada reinkarnasi mental (bukannya fizikal), dan bahawa Hari Pengadilan akan dimulakan di Amerika.

 

Salah seorang minister (gelaran semacam pastor) yang paling berpengaruh dalam NOI adalah Malcolm X (Malik al-Shabbaz). Namun, setelah kepulangannya dari ibadah haji, Malcolm meninggalkan NOI dan membuang falsafah hidupnya selama ini. Setelah kembali dari Mekah, dia mendirikan Organization of Afro-American Unity (OAAU). Walaupun akhirnya Malcolm kembali kepada ajaran Islam Sunni, OAAU menyerukan Pan-Afrikanisme dan memproklamasikan bahawa orang-orang kulit hitam mesti bersatu tanpa perlu memandang agamanya. Ini dilakukan berdasarkan pada falsafah sosial, ekonomi, dan politiknya mendirikan bangunan nasionalisme kulit hitam.

 

NOI yang dipimpin oleh Minister Louis Farrakhan juga berpidato seperti konsep yang telah disebarkan oleh Elijah. Konsep Islam Farrakhan juga mengandung kesyirikan yang ada sejak permulaan berdirinya NOI. Pemikiran-pemikiran sesat, perkauman, dan nasionalistik yang dibungkus dengan jargon-jargon keislaman telah disebarkan melalui ajaran-ajaran Farrakhan. Mereka didukung oleh ribuan orang yang melakukan aksi di jalanan di Washington DC pada 16 Oktober 1995. Sayangnya, mereka yang bahkan bukan orang Afro-Amerika (kulit hitam), tetapi muslim, sebaliknya malah dengan emosional mendukung NOI hanya kerana melihat semangat nasionalistiknya itu.

 

Seruan nasionalisme Afro-Amerika ini tidak terhad pada NOI saja. Seruan ini meluas sampai kepada seruan Afro-Amerika, sebagaimana orang Arab mengajak kepada nasionalisme Arab, orang Turki menyeru kepada nasionalisme Turki, dan orang Kurdi mengajak kepada nasionalisme Kurdi. Sehingga ke saat ini Pan Afro-Americanisme Marcus Garvey masih tetap ada di hati banyak kaum muslim.

 

Percampuran antara Islam dan nasionalisme tidak menghasilkan apa-apa, kecuali konsep yang kacau dan harapan kosong bagi kaum muslim. Hanya ikatan ideologi Islam–yang tidak dicampuri oleh ikatan nasionalisme yang naluriah, berbau kebinatangan, dan kabur–yang akan mampu memimpin manusia ke arah kemajuan substansial, kemuliaan, dan kebangkitan yang benar.

 

Pada akhirnya kita dapat menyimpulkan bahawa nasionalisme tidak akan pernah dapat memberikan makna apa pun bagi kaum muslim. Nasionalisme tidak menjadikan kaum muslim bersatu, juga tidak membawa mereka ke arah kemajuan. Bahkan sebaliknya menjadikan kaum muslim terpecah belah, tidak stabil, dan menjadi tergantung kepada negara dan organisasi asing seperti PBB.

 

 

Sumber: Sejarah Nasionalisme di Dunia Islam

Exit mobile version