[Sejarah Nasionalisme di Dunia Islam]
Hubungan Jinnah dengan British dan Ibnu Saud dengan Amerika Syarikat
Bahkan setelah penubuhan Pakistan, Jinnah memilih orang-orang British sebagai kaki tangan peribadinya. Jinnah memilih mereka untuk posisi-posisi kunci, seperti pimpinan tertinggi Jabatan Ketenteraan dan gabenor wilayah. Sikap Jinnah terhadap orang-orang non-muslim dapat disimpulkan dari kunjungannya ke mes pegawai-pegawai rejimen The Royal Scots. Komandan bertauliah bersulang dengan raja, lalu dengan melanggar adat bersulang juga dengan Jinnah yang sedang menghadiri jamuan makan malam di mes. Komandan tersebut bangkit dan berkata, “Yang mulia, ini merupakan suatu kehormatan bagi kami yang rupanya menyebabkan kami melanggar adat kebiasaan. Kami menganggap diri kami sebagai prajurit yang baik dan kami menganggap Yang Mulia sebagai prajurit yang baik pula.”
Sambil beralih dari tempat duduknya, Jinnah pun menambah, “Saya tidak akan pernah melupakan British yang telah tinggal bersama kami di Pakistan untuk membantu kami memulakan pekerjaan kami.” (History Today, Vol. 44, 9 September 1994, hlm. 34).
Pada 1950, Ibnu Saud meminta Presiden Truman untuk mengadakan perjanjian ketenteraan yang rasmi. Menanggapi permintaan itu, Truman lalu mengirimkan Timbalan Setiausaha Negara George McGhee ke Arab Saudi untuk menetapkan program bantuan ketenteraan yang masih terus berlanjutan sampai hari ini.
McGhee berkata kepada raja, “Amerika Syarikat akan mengambil langkah secepat mungkin setiap saat apabila kesatuan dan kemerdekaan Arab Saudi terancam.”
Sang raja yang jelas sangat gembira, menutup pertemuan dengan menyampaikan harapannya, “… Untuk difahami (oleh Amerika) bahawa dia (Ibnu Saud) menganggap bahawa Amerika Syarikat dan Arab Saudi sebagai satu negara.” (The Washington Post, Secret Presidential Pledges Over Years Erected US Shield for Saudis, 9 Februari 1992).
Sumber: Sejarah Nasionalisme di Dunia Islam

