Site icon MuslimahHTM News

Muslim Membuat Kuih-Muih Dengan Hiasan Perayaan Natal, Bolehkah?

Muslim Membuat Kuih-Muih Dengan Hiasan Perayaan Natal, Bolehkah?

Oleh : KH. M. Shiddiq Al-Jawi

 

Soalan :

 

Assalamualaikum, ustaz saya mahu tanya kita sebagai muslim yang bekerja dalam perusahaan bakeri dan setiap kali menjelang Hari Natal (Krismas) dan Tahun Baru, akan dikehendaki untuk menyediakan kuih yang dihias dengan hiasan identik dengan Hari Natal seperti loceng, pokok krismas, lampu-lampu krismas, dll. Apakah ia juga termasuk yang diharamkan pekerjaannya Ustaz dan jenis pekerjaannya?

 

Jawapan :

 

Wa ‘alaikumus salam wr. wb.

 

Haram hukumnya muslim yang bekerja di perusahaan bakeri, yang setiap menjelang Natal dan Tahun Baru, membuat kuih-kuih yang dihias dengan hiasan-hiasan (aksesori) yang identik dengan perayaan Natal, seperti loceng, pokok krismas, lampu-lampu krismas, dll. Hal itu kerana perbuatan termasuk ke dalam tā’awun (tolong menolong) dalam dosa, iaitu ikut menampakkan syiar-syiar agama kafir.

 

Allah SWT berfirman :

وتعاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (TMQ Al-Mā`idah : 2).

 

Imam Ibnu Taimiyyah berkata :

 

وَلَا يَجُوزُ بَيْعُ كُلِّ مَا يَسْتَعِينُونَ بِهِ عَلَى إِقَامَةِ شَعَائِرِهِمْ الدِّينِيَّةِ

“Tidak diperbolehkan menjual segala sesuatu yang akan membantu mereka (kaum kafir) untuk melaksanakan syiar-syiar keagamaan mereka (kaum kafir).” (Ibnu Taimiyah, Iqtidhā` Al-Shirāt Al-Mustaqīm, 2/256).

 

Selain larangan tā’awun (tolong menolong) dalam dosa tersebut, membuat kuih-muih yang dihiasi dengan hiasan-hiasan Hari Natal seperti loceng, pokok krismas, dsb, juga boleh tergolong dalam perbuatan “tasyabbuh bil kuffar” iaitu menyerupai kaum kafir. Hal ini kerana biasanya yang membuat kuih-muih Istimewa sempena Hari Natal seperti itu, hanyalah orang-orang Nasrani. Maka jika yang membuat kuih seperti itu adalah seorang muslim, bermakna seseorang muslim itu telah melakukan perbuatan “tasyabbuh bil kuffar”, iaitu menyerupai kaum kafir. Padahal Islam telah mengharamkan perbuatan “tasyabbuh bil kuffar” (menyerupai kaum kafir) tersebut, sesuai sabda Rasulullah SAW :

 

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk ke dalam golongan mereka.” (HR. Abu Dawud, no. 4031; Ahmad, Al-Musnad, Juz II, hlm. 50. Hadits ini shahih menurut Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam Fathul Bāriy (10/271), dan juga shahih menurut Syekh Nashiruddin Al-Albani, dalam Irwā`ul Ghalīl, 5/109).

 

Berdasarkan larangan “tasyabbuh bil kuffār” (menyerupai kaum kafir) dan ta’awun (tolong menolong) dalam dosa tersebut, Imam Ibnu Taimiyyah berkata :

 

وَلَا يُبَايِعُ الْمُسْلِمُ مَا يَسْتَعِينُ الْمُسْلِمُونَ بِهِ عَلَى مُشَابَهَتِهِمْ فِي الْعِيدِ مِنْ الطَّعَامِ وَاللِّبَاسِ وَنَحْوِ ذَلِكَ، لِأَنَّ فِي ذَلِكَ إِعَانَةً عَلَى الْمُنْكَرِ

“Seorang muslim tidak boleh menjual apa-apa yang dapat membantu umat Islam untuk menyerupai kaum kafir dalam hari raya mereka (Hari Natal, dsb), seperti makanan, pakaian, dan sejenisnya (yang mengandung hiasan-hiasan syiar agama mereka), kerana dalam jual beli tersebut terdapat perbuatan membantu kemungkaran.” (Imam Ibnu Taimiyyah, Majmū’ Al-Fatāwā, 25/319).

 

Berdasarkan penjelasan ini, jelaslah bahawa haram hukumnya seorang muslim yang bekerja di perusahaan bakeri, yang setiap menjelang Natal dan Tahun Baru membuat kuih-muih yang dihias dengan hiasan-hiasan (aksesori) yang identik dengan Hari Natal seperti loceng, pokok krismas, lampu-lampu krismas, dll. Hal itu kerana perbuatan muslim itu seumpama telah melakukan ta’āwun (tolong menolong) dalam dosa dan perbuatan “tasyabbuh bil kuffār” (menyerupai kaum kafir) yang diharamkan dalam Islam.

 

Sumber: Fissilmi Kaffah (2023)

 

Exit mobile version