Site icon MuslimahHTM News

SOLAT MALAM: TRADISI SALAFUSH-SALIH

[HADIS] SOLAT MALAM: TRADISI SALAFUSH-SALIH

Oleh: Al-Faqir Arief B. Iskandar

 

Solat malam bukan hanya ibadah yang diperintahkan Al-Quran. Bukan juga sekadar salah satu amalan yang Rasul SAW teladankan. Solat malam bahkan telah menjadi tradisi dan kebiasaan kaum muslim sepanjang zaman. Khususnya di era Nabi SAW dan generasi salafush-salih. Solat malam juga telah menjadi salah satu tradisi yang menonjol dari orang-orang soleh dari kalangan umat-umat sebelumnya. Inilah yang juga ditegaskan oleh Rasul SAW.

 

Sebagaimana dituturkan oleh Bilal ra:

ْعَلَيْكُمْ بِقِيَامِ اللَّيْلِ فَإِنَّهُ دَأْبَ الصَّالِحِيْنَ قَبْلَكُمْ

“Biasakanlah kalian menunaikan solat malam. Sebabnya, solat malam itu merupakan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kalian.” (HR Ibnu Abi ad-Dunya’).

 

Orang-orang yang melakukan solat malam adalah di antara hamba yang paling mulia selain pengemban Al-Quran. Demikian sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang dituturkan oleh Ibnu Abbas ra.:

ْأَشْرَافُ أُمَّتِي حَمْلَةُ الْقُرْآنِ وَ أَصْحَابُ اللَّيْلِ

“Umatku yang paling mulia adalah para pengemban Al-Quran dan orang yang melakukan solat malam.” (HR Ibn Abi ad-Dunya’).

 

Kerana itu tidak aneh jika Rasul SAW, sebagai hamba yang paling mulia di sisi Allah SWT, menjadikan solat malam sebagai salah satu kebiasaan beliau. Demikian sebagaimana dituturkan oleh Ummul Mu’minin Aisyah RA

 

عَلَيْكَ بِقِيَامِ اللَّيْلِ فَإِنَّ رَسُوْلِ اللهِ صلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُوْمُ إِلَّا أَنْ يَمرِضَ فَيَقْرَأُ قَاعِدًا

“Kamu perlu selalu melakukan solat malam kerana sungguh Rasulullah SAW biasa melakukannya, kecuali ketika sakit, beliau melakukannya sambil duduk.” (HR Ibn Abi ad-Dunya’).

 

Kata Aisyah RA pula, kebiasaan solat malam ini tidak pernah Rasul SAW tinggalkan sehingga beliau wafat menghadap Allah SWT.  (HR Ibn Abi ad-Dunya’).

 

Sayang, kebanyakan muslim saat ini telah mengabaikan tradisi solat malam. Semoga kita tidak termasuk yang demikian. Aamiin.

 

Wa maa tawfiiqii illa billaah.

 

Exit mobile version