Site icon MuslimahHTM News

EMPAT SYARAT PEMBAIATAN KHALIFAH UNTUK KES SYRIA HARI INI

EMPAT SYARAT PEMBAIATAN KHALIFAH UNTUK KES SYRIA HARI INI

Oleh: KH. M. Shiddiq Al-Jawi

 

Pendahuluan

 

Runtuhnya rejim kafir Bashar Al-Asad ahad lalu (08/12/2024) di Syria, membawa harapan baru yang besar bagi umat Islam untuk perubahan fundamental. Perubahan fundamental yang dimaksudkan adalah perubahan yang bukan sahaja perubahan rejim, tetapi juga perubahan sistem iaitu daripada sistem sekular yang sedia ada kepada sistem pemerintahan Islam (Khilafah). Sistem Khilafah ini telah dicontohi oleh Nabi Muhammad SAW dan diteruskan oleh Khalifah-khalifah selepasnya, bermula dari Khalifah Abu Bakar Siddiq (yang berkuasa pada 632 M), hingga ke Khalifah terakhir di Turki iaitu Sultan Abdul Majid II (berundur dalam 1924).

 

Tulisan ini bertujuan menjelaskan syarat-syarat pembaiatan Khalifah yang wajib dipenuhi oleh sebuah negeri yang hendak menegakkan Khilafah saat ini, iaitu setelah hancurnya Khilafah di Turki pada tahun 1924. Saat itu, Khalifah yang sedang memimpin umat Islam, iaitu Sultan Abdul Majid II, diberhentikan secara paksa pada tanggal 3 Mac 1924 oleh Mustafa Kamal Attaturk yang murtad, bersamaan dengan runtuhnya Khilafah Uthmaniyyah.

 

Pengertian Baiat

 

Baiat menurut makna bahasanya (ma’na lughawi / makna etimologi) ada beberapa makna, antara lain:

 

Pertama, baiat bermakna janji setia untuk mentaati seorang pemimpin, atau dalam Bahasa Arabnya diungkapkan dengan kalimat (اَلْمُبَايَعَةُ عَلىَ الطَّاعَةِ) “al-mubāya’ah ‘alā at-thā’ah” (janji setia untuk mentaati).

 

Kedua, baiat bermakna kesepakatan jual beli, atau Bahasa Arabnya diungkapkan dalam kalimat (اَلصَّفْقَةُ مِنْ صَفَقَاتِ الْبَيْعِ) “ash-shafqah min shafaqāt al-bai’ “(yang bermaksud: satu kesepakatan di antara kesepakatan-kesepakatan berjual beli). (Al-Mausū’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah, Juz IX, hlm. 274; Ahmad Mahmūd Ālū Mahmūd, Al-Bai’ah fī al-Islām Tārīkhuhā wa Aqsāmuhā Bayna Al-Nazhariyat wa Al-Tathbīq, hlm.19).

 

Adapun makna syar’ī (makna terminologi) dari baiat, yang dirumuskan dari berbagai hadis Nabi SAW mengenai baiat, ada banyak definisi dari para ulama, namun maknanya sama, iaitu baiat adalah perjanjian antara umat Islam dengan penguasa muslim, iaitu Imam atau Khalifah, dengan balasan berupa kewajipan tertentu bagi pihak masing-masing. Umat Islam berkewajipan untuk mentaati Imam (Khalifah), sedangkan Imam (Khalifah) berkewajipan mengamalkan Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya, iaitu menerapkan Islam secara kāffah (menyeluruh) dalam segala aspek kehidupan tanpa kecuali.

 

Syeikh Muhammad Abu Zahrah (w. 1394 H/1974 M) mendefinisikan baiat dalam pengertian syariahnya sebagai berikut:

 

اَلْبَيْعَةُ هِيَ عَقْدٌ يَتِمُّ بَيْنَ طَرَفَيْنِ اَلْإِمَامِ وَأَهْلِ الْحَلِّ وَالْعَقْدِ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ، فَيُعْطِي الْمُسْلِمُوْنَ عَهْداً عَلىَ السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ، وَيُعْطِهِمُ اْلإِمَامُ عَهْداً عَلىَ الْعَمَلِ بِكِتَابِ اللهِ وَسُنَّةِ نَبِيِّهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Baiat adalah suatu akad antara dua pihak, iaitu Imam (Khalifah) dan Ahlul alli wal Aqdi dari kaum muslimin [wakil-wakil umat Islam], yang dengannya kaum muslimin berjanji kepada Imam/Khalifah untuk mendengar dan mentaati (Imam/Khalifah), dan Imam (Khalifah) berjanji kepada kaum muslimin untuk mengamalkan Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya.” (Muhammad Abu Zahrah, Tārīkh al-Madzāhib al-Islāmiyyah fī al-Siyāsah wa al- ‘Aqā’id wa Tārīkh al-Madzāhib Al-Fiqhiyyah, Kairo: Darul Fikri Al-‘Arabi, hlm. 135).

 

 Jadi baiat dalam pengertian syariahnya adalah akad atau perjanjian antara dua pihak, iaitu:

 

Pihak pertama, umat Islam atau wakil-wakilnya, yang sering disebut dengan istilah Ahlul Halli wal ‘Aqdi;

 

Pihak kedua, Imam (Khalifah), sebagai ketua negara dari negara Khilafah.

 

Dengan adanya baiat itu, Khalifah berjanji untuk menegakkan syariah Islam di tengah umat Islam secara kāffah (keseluruhan) dalam segala aspek kehidupan, sedangkan umat Islam berjanji untuk mentaati Imam (Khalifah) itu selama Imam (Khalifah) tidak memerintahkan sesuatu yang bersifat maksiat.

 

Hukum dan Dalil Baiat

 

Baiat hukumnya wajib atas seluruh kaum muslimin, dan sekaligus merupakan hak bagi setiap muslim baik lelaki mahupun perempuan. Yang demikian itu disebabkan baiat itu merupakan kaedah satu-satunya (al-tharīqah al-wahīdah) untuk mengangkat Khalifah sebagai ketua negara dari Negara Khilafah Islamiyah. (Maḥmūd ‘Abdul Majīd Al-Khālidi, Qawā’id Nizhām Al-Hukm fī Al-Islām, hlm. 106).

 

Dalil wajibnya baiat untuk mengangkat seorang Khalifah (Imam) ada dua:

 

Pertama, hadis-hadis Nabi Muhammad SAW.

Kedua, Ijma’ Sahabat (Permuafakatan Para Shahabat Nabi SAW).

Adapun dalil dari hadis-hadis Nabi SAW, di antaranya sabda Rasulullah SAW:

وَمَنْ مَاتَ وَلَيْسَ فِيْ عُنُقِهِ بَيْعَةٌ، مَاتَ مِيْتَةً جَاهِلِيَّةً. رواه مسلم (1851)

“Barangsiapa yang mati sedangkan tidak ada baiat (kepada Imam/Khalifah, bukan kepada pemimpin/amir sebuah kelompok) di lehernya, maka dia mati adalah mati secara jahiliyah (mati dengan membawa dosa, bukan mati dalam keadaan kafir).” (HR. Muslim, no. 1851).

 

Sabda Rasulullah SAW:

 

مَن بايَعَ إمَامًا فأعْطَاهُ صَفْقَةَ يَدِهِ وثَمَرَةَ قَلبِه، فَليُطِعْهُ مَا اسِتَطَاعَ، فإنْ جَاءَ آخَرُ يُنازِعُهُ فَاضْرِبُوْا عُنُقَ الآخَرِ. رواه مسلم (1844).

“Barangsiapa yang membaiat seorang Imam (Khalifah), lalu dia memberikan genggaman tangannya kepadanya dan kesungguhan hatinya kepadanya, maka hendaklah dia mentaati Imam itu dengan sekuat kemampuannya. Kemudian jika datang orang lain yang hendak merebut kekuasaan Imam itu, penggallah leher orang lain itu.” (HR. Muslim, no. 1844).

 

Adapun dalil wajibnya baiat dari ijma’ sahabat, terbukti dalam peristiwa yang terjadi setelah wafatnya Nabi SAW, para sahabat dari golongan Ansar dan Muhajirin berkumpul di Saqifah Bani Saidah untuk memilih pemimpin umat pengganti Rasululullah SAW. Para sahabat Nabi SAW akhirnya sepakat (ijmā’) untuk membaiat Abu Bakar Ash Siddiq RA sebagai khalifah yang menggantikan Rasulullah SAW dalam urusan kepimpinan umat. (Maḥmūd ‘Abdul Majīd Al-Khālidi, Qawā’id Nizhām Al-Hukm fī Al-Islām, hlm. 111).

 

Baiat Satu-Satunya Kaedah Pengangkatan Khalifah

 

Baiat dalam pengertian syariahnya, merupakan kaedah satu-satunya (al-tharīqah al-wahīdah) untuk pengangkatan Khalifah (nashbul khalīfah) sebagai ketua negara Khilafah, tidak ada jalan yang lain.

 

Inilah pendapat Imam Taqiyuddin An-Nabhani (w. 1398 H/1977 M), raimahullāh, dalam berbagai kitabnya. (Maḥmūd ‘Abdul Majīd Al-Khālidi, Qawā’id Nizhām Al-Hukm fī Al-Islām, hlm. 106; Taqiyuddin An-Nabhani, Al-Syakshiyyah Al-Islāmiyyah, Juz II, hlm. 40; Muqaddimat Al-Dustūr, Juz I, hlm. 125; ‘Abdul Qadīm Zallūm, Nizhāmul ukm fī Al-Islām, hlm. 57).

Imam Taqiyuddin An-Nabhani telah mengkritik 3 (tiga) kaedah lainnya untuk mengangkat khalifah (nashbul khalīfah), iaitu 2 (dua) kaedah dari golongan Ahlus Sunnah, dan 1 (satu) kaedah dari golongan Syiah.

 

Tiga kaedah lengkap tersebut adalah sebagai berikut:

(1) Istikhlāf Al-Imām min Qablu, iaitu penunjukan pengganti oleh khalifah sebelumnya,

(2) Al-Qahru wa Al-Istīlā`, iaitu pengambilan kekuasaan secara paksa dengan senjata, dan

(3) Nash atau Washiat, iaitu adanya nash atau wasiat dari Imam sebelumnya. (Lihat: Imam Al-Qalqasyandi, Ma’ātsirul Ināfah fī Ma’ālim Al-Khilāfah, Beirut: ‘Alam Al-Kutub, Juz I, hlm. 39, 47, dan 58; Imam Nawawi, Rawdhat Al-Thālibīn, Beirut: Dar Ibn Hazm, Cet. I, 1423/2002, hlm. 1715-1717).

 

Mengenai Istikhlāf Al-Imām min Qablu, iaitu penunjukan pengganti oleh khalifah sebelumnya, menurut Imam Taqiyuddin An-Nabhani ia bukanlah kaedah pengangkatan, melainkan sekadar pencalonan (tarsyīkh, nomination/promotion) dari khalifah sebelumnya. Calon Khalifah ini menjadi khalifah bukan kerana penunjukan pengganti itu, melainkan kerana baiat yang diberikan oleh umat setelah meninggalnya khalifah sebelumnya. Ini seperti yang terjadi di masa pembaiatan Umar bin Khattab RA yang dicalonkan oleh Abu Bakar Siddiq RA. (Taqiyuddin An-Nabhani, Al-Syakshiyyah Al-Islāmiyyah, Juz II, hlm. 40, Bab Al-Istikhlāf aw Al-‘Ahdu).

 

Mengenai Al-Qahru wa Al-Istīlā`, iaitu pengambilan kekuasaan secara paksa dengan senjata, menurut Imam Taqiyuddin An-Nabhani, juga bukan kaedah pengangkatan khalifah, kerana kalaupun baiat terjadi, pasti baiatnya terjadi dengan adanya unsur paksaan (al-ikrāh), sedangkan pembaiatan Khalifah hakikatnya sama saja dengan akad-akad muamalah lainnya, seperti akad jual-beli, akad nikah, dan sebagainya, yang mensyaratkan adanya keredhaan, dan tidak sah jika ada unsur paksaan (al-ikrāh).

 

Tetapi, jika penguasa yang berkuasa secara de facto itu berjaya meyakinkan rakyat bahawa akan ada kemaslahatan jika dia dibaiat umat, lalu dia dibaiat oleh atas dasar keredhaan tanpa ada unsur paksaan (al-ikrāh), maka baru pada saat itulah dia menjadi khalifah. Jadi dia menjadi khalifah secara rasmi (de jure) menurut Syariah Islam bukan saat berhasil merebut kekuasaan secara paksa, namun setelah dibaiat oleh umat berdasarkan keredhaan tanpa ada unsur paksaan (al-ikrāh). (Taqiyuddin An-Nabhani, Muqaddimat Al-Dustūr, Juz I, hlm. 125; Abdul Qadim Zallum, Nizhāmul ukm fī Al-Islām, hlm. 57, Bab ukmu Al-Mutasallith).

 

Adapun golongan Syiah berpendapat bahawa pengangkatan khalifah (Imam) adalah dengan nash atau washiyat dari Khalifah (Imam) sebelumnya. Maka menurut Syiah, setelah Rasulullah SAW wafat, sepatutnya yang menjadi Khalifah adalah ‘Ali bin Abi Thalib RA, bukan Abu Bakar Siddiq RA, kerana Syiah menuntut bahawa terdapat nash atau washiyat dari Rasulullah SAW bahawa setelah beliau meninggal, yang menjadi Khalifah adalah ‘Ali bin Abi Thalib RA.

 

Pendapat Syiah ini menurut Imam Taqiyuddin An-Nabhani tidak dapat diterima, kerana –salah satu alasannya– justeru bertentangan dengan hadis-hadis tentang baiat itu sendiri. Adanya hadis-hadis tentang baiat, justeru menjadi bukti bahawa dalam pengangkatan khalifah (nashbul khalīfah), Rasulullah SAW hanya menentukan kaedah pengangkatannya, iaitu baiat, tapi tidak menentukan orangnya (iaitu siapa-nya, Arab: al-syaksh) yang akan menjadi Khalifah. (Taqiyuddin An-Nabhani, Al-Syakshiyyah Al-Islāmiyyah, Juz II, hlm. 54-95).

 

Baiat Dalam Keadaan Tiadanya Khilafah

 

Pembaiatan Khalifah (Imam) yang dijelaskan sebelumnya, adalah pembaiatan khalifah ketika Khilafah-nya sendiri masih ada atau masih wujud, iaitu ketika Khalifah sebelumnya meninggal, atau ketika Khalifah sebelumnya diberhentikan oleh Mahkamah Mazhalim.

Adapun ketika Khilafah tidak ada sama sekali, seperti keadaan saat ini sejak runtuhnya Khilafah di Turki pada tahun 1924, akibat perbuatan jahat dari Mustafa Kamal yang murtad, maka kaedah-kaedah pengangkatan Khalifah (nashb al-khalifah) yang telah dijelaskan oleh para fuqaha, tidak dapat diterapkan, kerana kaedah-kaedah tersebut, seperti Istikhlāf Al-Imām min Qablu, atau Al-Qahru wa Al-Istīlā`, atau Al-Bai’ah (baiat) untuk mengangkat Khalifah, menganggap bahawa Khilafah-nya masih ada, bukan tidak ada sama sekali seperti keadaan saat ini.

 

Kerana itu, keadaan baru pasca 1924 tersebut memerlukan ijtihad baru agar umat Islam dapat melakukan pengangkatan Khalifah (nashbul khalifah) secara syarie, iaitu benar atau sah secara syariah Islam. Poin pentingnya adalah pembaiatan Khalifah (Al-Bai’ah) tetap menjadi satu-satunya kaedah untuk pengangkatan Khalifah (nashbul khalifah), dengan tambahan syarat-syarat di luar pembaiatan Khalifah, iaitu syarat-syarat untuk sebuah negeri Islam yang hendak menegakkan Khilafah dengan membaiat seorang Khalifah.

 

Menurut Imam Taqiyuddin An-Nabhani, rahimahullāh, ada 4 (empat) syarat bagi suatu negeri (al-quthr/al-balad) yang akan membaiat Khalifah dalam keadaan tiadanya Khilafah sama sekali. Empat syarat tersebut adalah sebagai berikut:

 

Pertamakekuasaan (sulthān) yang ada negeri tersebut, hendaklah merupakan kekuasaan yang mandiri (sulthān dzāty), yang bersandar kepada kaum muslimin semata, tidak bersandar kepada negara asing (kafir) atau orang asing (kafir).

 Keduakeamanan (al-amān) di negeri tersebut mestilah merupakan keamanan Islam, dalam erti perlindungan (al-imāyah) bagi negeri tersebut, baik keamanan dalam negeri mahupun keamanan luar negerinya, semuanya merupakan keamanan yang berada di tangan kaum muslimin.

Ketiga, negeri tersebut perlu segera memulakan penerapan Islam dengan penerapan yang sempurna dan menyeluruh (dalam segala aspek kehidupan) di dalam negeri, dan perlu segera melakukan kegiatan mengemban dakwah Islam ke seluruh dunia di luar negeri.

Keempat, khalifah yang dibaiat mesti memenuhi syarat-syarat baiat in’iqād, walaupun tidak memenuhi syarat-syarat afdholiyah (keutamaan), kerana yang menjadi piawai/penanda aras (al-‘ibrah) adalah syarat-syarat in’iqād. (‘Abdul Qadim Zallum, Nizhām Al-ukm fī Al-Islām, 59-60; Taqiyuddin An-Nabhani, Al-Syakhshiyyah Al-Islāmiyyah, Juz II, hlm, 26; Muqaddimat Al-Dustūr, Juz I, hlm. 125-130).

 

 

Dalil untuk syarat pertama, iaitu negeri yang akan membaiat Khalifah mestilah mempunyai kekuasaan yang mandiri (sulthān dzāty), tidak boleh kekuasaannya bersandar kepada negara atau orang kafir, adalah ayat Al-Quran yang telah mengharamkan adanya dominasi atau kekuasaan orang kafir atas kaum muslimin, sesuai firman Allah SWT:

 

وَلَنْ يَّجْعَلَ اللّٰهُ لِلْكٰفِرِيْنَ عَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ سَبِيْلًاࣖ

“Dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk menguasai orang-orang mukmin.” [TMQ. Al-Nisāa` (4): 141]. (Lihat: Muqaddimat Al-Dustūr, Juz I, hlm. 125).

 

Dalil untuk syarat kedua, iaitu keamanan (al-amān) di negeri tersebut mestilah merupakan keamanan Islam, adalah dalil keamanan yang menjadi satu syarat dari dua syarat Dārul Islām bagi sebuah negeri Islam, iaitu: (1) menerapkan hukum-hukum Islam di negeri tersebut, dan (2) keamanan (al-amān) di negeri tersebut berada di tangan kaum muslimin. (Lihat: Muqaddimat Al-Dustūr, Juz I, hlm. 126; Manhaj Hizbut Tahrīr, hlm. 4).

 

Dalil bahawa keamanan (al-amān) di dalam Dārul Islām perlu berada di tangan kaum muslimin, antara lain riwayat dari Ibnu Hisyam dalam kitabnya Al-Shīrah Al-Nabawiyyah (1/468) dari Ibnu Ishaq, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ قَدْ جَعَلَ لَكُمْ إِخْوَانًا وَدَارًا تَأْمَنُوْنَ بِهَا

“Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla sungguh telah menjadikan bagi kalian saudara-saudara dan negeri (dāryang kalian akan aman di dalamnya.” (Ibnu Hisyam, Al-Shīrah Al-Nabawiyyah, 1/468). (Lihat: Muqaddimat Al-Dustūr, Juz I, hlm. 11).

 

Dalil syarat ketiga, iaitu bahawa negeri tersebut perlu segera memulakan penerapan Islam di dalam negeri dan mengemban dakwah Islam ke seluruh dunia di luar negeri, adalah: (1) dalil-dalil yang mewajibkan umat Islam untuk menerapkan syariah Islam, dan (2) dalil-dalil yang mewajibkan umat Islam untuk melaksanakan jihad fi sabilillah. (Abdul Qadim Zallum, Nizham Al-Hukm fī Al-Islam, hlm. 15-16; Taqiyuddin An-Nabhani, Al-Syakhshiyyah Al-Islāmiyyah, Juz II, 148-149).

 

Dalil-dalil yang mewajibkan umat Islam untuk menerapkan syariah Islam, antara lain firman Allah SWT:

 

فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَآ اَنْزَلَ اللّٰهُ وَلَا تَتَّبِعْ اَهْوَاۤءَهُمْ عَمَّا جَاۤءَكَ مِنَ الْحَقِّۗ لِكُلٍّ

“Maka, putuskanlah (perkara) mereka menurut aturan yang diturunkan Allah dan janganlah engkau mengikuti hawa nafsu mereka dengan (meninggalkan) kebenaran yang telah datang kepadamu.” [TMQ. Al-Ma`idah (5): 48].

 

Firman Allah SWT:

وَمَنْ لَّمْ يَحْكُمْ بِمَآ اَنْزَلَ اللّٰهُ فَاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الْكٰفِرُوْنَ

“Barangsiapa tidak memutuskan dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang kafir.” [TMQ. Al-Ma`idah (5): 44].

 

Dalil-dalil yang mewajibkan umat Islam untuk melaksanakan jihad fi sabilillah, antara lain firman Allah SWT:

 

قَاتِلُوا الَّذِيْنَ لَا يُؤْمِنُوْنَ بِاللّٰهِ وَلَا بِالْيَوْمِ الْاٰخِرِ وَلَا يُحَرِّمُوْنَ مَا حَرَّمَ اللّٰهُ وَرَسُوْلُهٗ وَلَا يَدِيْنُوْنَ دِيْنَ الْحَقِّ مِنَ الَّذِيْنَ اُوْتُوا الْكِتٰبَ حَتّٰى يُعْطُوا الْجِزْيَةَ عَنْ يَّدٍ وَّهُمْ صٰغِرُوْنَࣖ

“Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhir, tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan (oleh) Allah dan Rasul-Nya, dan tidak beragama dengan agama yang hak (Islam), iaitu orang-orang yang telah diberikan Kitab (Yahudi dan Nasrani) sehingga mereka membayar jizyah sesuai kemampuan (mereka) dan mereka dalam keadaan tunduk (kepada hukum Islam).” [TMQ Al-Taubah (9): 29].

 

Firman Allah SWT:

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْۚ وَعَسٰٓى اَنْ تَكْرَهُوْا شَيْـًٔا وَّهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْۚ وَعَسٰٓى اَنْ تُحِبُّوْا شَيْـًٔا وَّهُوَ شَرٌّ لَّكُمْۗ وَاللّٰهُ يَعْلَمُ وَاَنْتُمْ لَا تَعْلَمُوْنَࣖ

“Diwajibkan atasmu berperang, sedangkan perang itu sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, sedangkan itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, sedangkan itu buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” [TMQ. Al-Baqarah (2): 216].

 

Dalil untuk syarat keempat, iaitu khalifah yang dibaiat perlu memenuhi syarat-syarat baiat in’iqād, walaupun tidak memenuhi syarat-syarat afdholiyah (keutamaan), secara terperinci akan dihuraikan di perenggan berikutnya. (lihat: Taqiyuddin An-Nabhani, Al-Syakhshiyyah Al-Islāmiyyah, Juz II, hlm, 30-36; Muqaddimat Al-Dustūr, Juz I, hlm. 127-130):

 

Ada 7 (tujuh) syarat-syarat baiat in’iqad, iaitu baiat pengangkatan Khalifah, sebagai berikut:

(1) Muslim.

(2) Lelaki.

(3) Aqil (Berakal).

(4) Baligh (Dewasa).

(5) Adil (bukan orang fasik).

(6) Merdeka (bukan budak/hamba).

(7) Mampu (Abdul Qadim Zallum, Nizhāmul ukm fī Al-Islām, hlm. 50-53).

 

Selain syarat-syarat baiat in’iqād tersebut, ada yang disebut syarat-syarat afdholiyah, atau syarat-syarat keutamaan yang sifatnya mandub (sunnah), tidak wajib, bagi seorang Khalifah. Contohnya, seorang Khalifah itu sebaiknya orang keturunan suku Quraisy, sebaiknya seorang mujtahid, dan sebagainya. (‘Abdul Qadīm Zallūm, Nizhāmul ukm fi Al-Islām, hlm. 53-54).

 

Dalil-dalil syarie untuk 7 (tujuh) syarat-syarat baiat in’iqād Khalifah tersebut perinciannya adalah sebagai berikut:

 

 Pertama, seorang khalifah itu wajib seorang muslim, tidak boleh orang kafir (non muslim), seperti orang Yahudi, atau Nasrani, menjadi seorang Khalifah. Dalilnya adalah firman Allah SWT:

وَلَنْ يَّجْعَلَ اللّٰهُ لِلْكٰفِرِيْنَ عَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ سَبِيْلًاࣖ

“Dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk menguasai orang-orang mukmin.” [TMQ Al-Nisāa` (4): 141].

Dalil lainnya bahawa khalifah mestilah seorang muslim, adalah kerana Khalifah itu merupakan Ulil Amri (pemegang kekuasaan) yang merupakan bahagian dari orang yang beriman (minkum), sesuai firman Allah SWT:

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اَطِيْعُوا اللّٰهَ وَاَطِيْعُوا الرَّسُوْلَ وَاُولِى الْاَمْرِ مِنْكُمْۚ

“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nabi Muhammad) serta Ulil Amri (pemegang kekuasaan) di antara kamu (minkum).” [TMQ Al-Nisāa` (4): 59]. (Lihat: Muqaddimat Al-Dustūr, Juz I, hlm. 128).

 

Kedua, seorang khalifah itu wajib seorang lelaki, dalilnya adalah sabda Nabi SAW yang mengulas penggantian (pengganti) Kisra Parsi yang meninggal, kemudian digantikan oleh anaknya yang perempuan:

لَنْ يُفْلِحَ قَوْمٌ وَلَّوْا أَمْرَهَمُ امْرَأَةً

“Tidak akan pernah beruntung suatu kaum yang menyerahkan kekuasaannya kepada seorang perempuan.” (HR. Al-Bukhari, no. 4425).

 

Ketiga, seorang khalifah mestilah aqil, iaitu berakal. Maka tidak boleh orang yang gila menjadi khalifah. Sabda Rasulullah SAW:

رُفِعَ الْقَلَمُ عَنْ ثَلاَثَةٍ: عَنِ النَّائِمِ حَتىَّ يَسْتَيْقِظَ، وَعَنِ الصَّبِيِّ حَتىَّ يَحْتَلِمَ، وَعَنِ الْمَجْنُوْنِ حَتىَّ يَعْقِلَ

“Telah diangkat pena (tidak sah dibebani taklif) dari tiga golongan; dari orang tidur sehingga dia bangun, dari anak kecil sehingga dia mimpi basah (baligh), dari orang gila sehingga berakal.” (HR. Abu Dawud, no. 4403)

 

Keempat, seorang khalifah mesti seorang yang telah baligh, iaitu dewasa. Maka tidak boleh orang yang masih kanak-kanak (yang umurnya kurang dari 15 tahun hijriyah) menjadi khalifah. Sabda Rasulullah SAW:

 

رُفِعَ الْقَلَمُ عَنْ ثَلاَثَةٍ: عَنِ النَّائِمِ حَتىَّ يَسْتَيْقِظَ، وَعَنِ الصَّبِيِّ حَتىَّ يَحْتَلِمَ، وَعَنِ الْمَجْنُوْنِ حَتىَّ يَعْقِلَ

“Telah diangkat pena (tidak sah dibebani taklif) dari tiga golongan; dari orang tidur sehingga dia bangun, dari anak kecil sehingga dia mimpi basah, dari orang gila sehingga berakal.” (HR. Abu Dawud, no. 4403).

 

Kelima, seorang khalifah mestilah orang yang adil (mempunyai sifat ‘adālah), iaitu lurus dalam menjalankan syariat agama Islam. Maka orang yang fasik, contohnya yang tidak solat lima waktu, atau yang minum minuman keras (khamr), tidak boleh diangkat menjadi khalifah.

 

Dalilnya adalah Allah SWT telah mewajibkan sifat adil pada orang yang menjadi saksi (syāhid), contohnya saksi dalam akad nikah, saksi dalam jual-beli, dan sebagainya. Maka Khalifah yang tugasnya lebih berat daripada seorang saksi, tentu lebih utama lagi kalau disyaratkan mempunyai sifat adil (‘adālah). Firman Allah SWT:

 

وَّاَشْهِدُوْا ذَوَيْ عَدْلٍ مِّنْكُمْ

“Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu.” [TMQ Al-Thalaq (65): 2].

 

Keenam, seorang khalifah mestilah orang yang merdeka (bukan hamba), sebab seorang hamba itu statusnya mamlūk, iaitu maksudnya di bawah kekuasaan orang lain (pemiliknya), sehingga dia tidak sah untuk melakukan perbuatan hukum (al-tasharruf) sendiri. Firman Allah SWT:

 

ضَرَبَ اللّٰهُ مَثَلًا عَبْدًا مَّمْلُوْكًا لَّا يَقْدِرُ عَلٰى شَيْءٍ  وَّمَنْ رَّزَقْنٰهُ مِنَّا رِزْقًا حَسَنًا فَهُوَ يُنْفِقُ مِنْهُ سِرًّا وَّجَهْرًاۗ

“Allah memberikan satu contoh perbandingan: Seorang hamba abdi yang menjadi milik orang, yang tidak berkuasa melakukan dengan bebasnya sesuatu pun; dan seorang lagi (yang merdeka) yang Kami kurniakan kepadanya pemberian yang baik (harta kekayaan) dari Kami, maka dia pun membelanjakan hartanya dengan bebasnya, sama ada secara bersembunyi atau terbuka, adakah kedua orang itu sama?” [TMQ An-Nahl (16): 75].

 

Ketujuh, seorang khalifah mestilah orang yang mampu (qādir), iaitu maksudnya mampu untuk mengemban tugas-tugasnya sebagai Khalifah dalam menjalankan roda pemerintahan Khilafah. Adanya kemampuan ini wajib hukumnya kerana merupakan akibat dari akad baiat itu sendiri (muqtadhā al-bai’at). Jadi orang yang lemah atau tidak mampu (‘ājiz/dhaīf), baik lemah secara fizikal (kesihatan) atau lemah secara pemahaman Islam, tidak boleh menjadi Khalifah, yang tugasnya sangat berat memimpin umat Islam seluruh dunia dalam segala aspek kehidupan.

 

Dalil yang mewajibkan kemampuan pada Khalifah, atau yang tidak membenarkan sifat lemah pada Khalifah, antara lain hadis-hadis berikut ini:

 

عَنْ أَبِيْ ذَرٍّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قاَلَ: قُلتُ: يَا رسُولَ الله، أَلاَ تَسْتَعْمِلُنِي؟ فَضَرَبَ بِيَدِهِ عَلَى مَنْكِبِي، ثُمَّ قَالَ يَا أَبَا ذَرٍّ، إِنَّكَ ضَعِيفٌ، وَإِنَّهَا أَمَانَةٌ، وَإِنَّهَا يَوْمَ القِيَامَةِ خِزيٌ وَنَدَامَةٌ، إِلاَّ مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا، وَأَدَّى الَّذِي عَلَيهِ فِيهَا

Dari Abu Dzarr RA, dia berkata, “Aku berkata, ‘Wahai Rasulullah, mengapa Engkau tidak mengangkatku menjadi pemimpin?” Maka Rasulullah SAW kemudian menepukkan tangannya ke bahuku seraya berkata, ‘Hai Abu Dzarr, sesungguhnya kamu adalah orang yang lemah, sedangkan kepemimpinan ini adalah amanah, dan amanah itu pada Hari Kiamat akan menjadi suatu kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi orang yang mengambil kepemimpinan itu dengan menjalankan haknya, dan dengan memenuhi kewajipannya.” (HR. Muslim, no 1825).

 

Dalil lainnya yang mewajibkan kemampuan pada Khalifah, adalah hadis sebagai berikut:

عَن أبي هُرَيرةَ رَضِيَ الله عَنه قال رَسولُ اللهِ فإذا ضُيِّعَتِ الأمانةُ فانتَظِرِ السَّاعةَ، قال: كيفَ إضاعَتُها؟ قال إذا وسِّدَ الأمرُ إلى غَيرِ أهلِه فانتَظِرِ السَّاعةَ

Dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika amanah telah disia-siakan, maka tunggulah datangnya Hari Kiamat.” Seseorang bertanya, “Bagaimana mensia-siakan amanah itu?” Rasulullah SAW bersabda, “Jika suatu perkara diserahkan kepada orang yang tidak mampu melaksanakannya, tunggulah datangnya Hari Kiamat.” (HR. Al-Bukhari, no. 6496). (Lihat Muqaddimat Al-Dustūr, Juz I, hlm. 130).

 

Demikianlah perincian dalil-dalil syarie untuk tujuh syarat baiat in’iqād Khalifah; iaitu seorang Khalifah yang dibaiat wajib memenuhi tujuh syarat, iaitu: muslim, lelaki, berakal, dewasa, adil, merdeka dan mampu.

 

Namun wajib diingat bahawa ada tiga syarat lainnya yang perlu dipenuhi untuk sebuah negeri (al-quthr/al-balad), sebagai syarat tambahan yang sifatnya wajib, sebagaimana sudah dihuraikan di atas. Ini kerana pengangkatan Khalifah (nashbul khalīfah) dewasa ini pasca hancurnya Khilafah Uthmaniyyah di Turki tahun 1924, terjadi dalam situasi ketika Khilafah tidak ada sama sekali di muka bumi. Jadi, kaedah dan syarat pengangkatan Khalifah yang dipakai dalam keadaan seperti ini, tidak dapat lagi mengamalkan penjelasan para fuqaha mengenai pengangkatan Khalifah (nashbul khalīfah) yang menganggap Khilafahnya masih ada.

 

Analisis Peluang Syria Menjadi Khilafah

 

Tentunya kita patut bersyukur dengan jatuhnya Basyar Al-Asad yang kafir, pada hari Ahad tanggal 8 Disember 2024 yang lalu, setelah kota Damsyik diambil alih oleh gabungan pasukan perlawanan Islam pimpinan HTS (Hai’at Tahrīr Al -Syām) kumpulan di bawah pimpinan Abu Muhammad Al-Jaulani. Alhamdulillāh, jazāhumullahu khairal jazā`.

Apakah ada peluang tegaknya Khilafah di Syria, yang ditandai dengan adanya pembaiatan Khalifah sebagai pemimpin negara Khilafah? Jawapannya, ada peluang untuk itu, tidak kira sebesar mana pun peluang untuk menegakkan Khilafah di Syria ketika ini.

 

Faktor-faktor yang menguatkan peluang itu, ada. Di antaranya, negara-negara yang selama ini menjadi penyokong setia Syria, iaitu Iran dan Rusia, sedang sibuk dengan urusan masing-masing. Namun faktor-faktor yang melemahkan peluang tegaknya Khilafah juga ada dan sangat perlu diperhatikan, utamanya ada 2 (dua) faktor, iaitu:

 

 

Andai kata pun HTS benar-benar mengisytiharkan tegaknya Khilafah di Syria, tentu kita masih perlu menguji lagi adakah ia sudah benar-benar memenuhi empat syaratnya, baik tiga syarat untuk negeri Syrianya itu sendiri, mahupun satu syarat untuk orang yang dibaiat menjadi Khalifah, adakah ia memenuhi tujuh syarat bai’at in’iqād untuk Khalifah yang dibaiat. Adanya empat syarat untuk sebuah negeri yang akan membaiat Khalifah dalam tulisan kami ini, kiranya dapat dijadikan penanda aras (dhawābith) untuk menganalisis Khilafah yang diumumkan tegak di sana, adakah ia merupakan Khilafah yang sebenar, iaitu Khilāfah ‘alā Minhāj Al-Nubuwwah, dengan indikator-indikator empat syarat yang telah kita jelaskan tadi, atau adakah hanya Khilafah palsu, seperti Khilafah ala ISIS yang tidak memenuhi empat syarat syariah.

 

Namun, nampaknya mustahil bagi Amerika Syarikat untuk membenarkan Syria menukar sistemnya daripada sistem sekular kepada sistem Khalifah, kerana Khalifah yang ditubuhkan di Syria jelas akan menjadi ancaman langsung kepada “Israel” yang bersempadan dengan Syria.

 

Walau bagaimanapun, terdapat juga kemungkinan bahawa Amerika Syarikat akan membenarkan penubuhan Khilafah di Syria, dengan syarat khas yang ditetapkan oleh Amerika Syarikat (mungkin melalui Turki), sebagai jalan tengah antara keinginan HTS untuk menegakkan Khilafah (jika ia benar bahawa HTS mempunyai keinginan yang kuat untuk menegakkan Khalifah), dengan kepentingan Amerika Syarikat untuk melindungi Israel. Jalan tengahnya adalah, Khilafah boleh berdiri di Syria, tetapi Khilafah tidak boleh menyerang Israel. Boleh jadi ke arah demikian senario yang akan dimainkan oleh Amerika Syarikat.

Atau mungkin, Amerika Syarikat akan mengarahkan perubahan di Syria dengan cara lama, seperti perubahan yang berlaku sebelum ini di Timur Tengah semasa “Arab Spring” yang terjadi pada 2012. Pada masa itu, perubahan berlaku di Tunisia, Libya dan Mesir. Namun, perubahan yang berlaku ternyata terhad kepada perubahan rejim, bukan perubahan sistem. Sistem itu tetap sekular, tidak berubah daripada sistem republik-demokratik sekular ala kafir Barat kepada sistem Khilafah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW.

 

Penutup

 

Berdasarkan huraian sebelumnnya, jelaslah umat Islam di samping turut bergembira dan bersyukur dengan jatuhnya rezim Basyar Al-Asad, berterima kasih kepada kelompok HTS (Hai’at Tahrīr Al-Syām) di bawah komando Abu Muhammad Al-Jaulani, juga wajib terus berwaspada dan berjaga-jaga ke arah mana Abu Muhammad Al-Jaulani membawa HTS dalam perubahan di Syria ini. Caranya dengan terus memberikan sokongan dan desakan melalui berbagai sarana dan cara, eperti bertemu dengan beliau melalui hubungan istimewa, atau mewujudkan pendapat umum yang kuat di kalangan masyarakat Syria dan masyarakat antarabangsa, agar HTS menerima cita-cita suci menegakkan Khilafah Islamiyah di Syria.

 

Umat ​​Islam perlu menyampaikan kepada komander HTS Abu Muhammad Al-Jaulani agar tidak terpedaya dan tertipu oleh Amerika Syarikat dan proksinya, yang pastinya akan mengarahkan perubahan di Syria kepada terhad kepada perubahan rejim, tetapi sampai kepada tahap mengubah sistem daripada sistem sekular kepada sistem Khilafah.

Marilah kita belajar daripada “Arab spring” 2012 yang hanya mengubah rejim, bukan sistem. Jangan sampai umat Islam tertipu dan tertipu kali kedua, atau seperti perumpamaan (al-amtsāl) Nabi Muhammad SAW, jangan sampai kita “disengat binatang berbisa dalam lubang yang sama untuk kedua kalinya.”

 

Mari kita ingat selalu hadis Nabi SAW berikut ini:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ لَا يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda, “Janganlah seorang yang beriman disengat binatang yang berbisa di lubang yang sama sebanyak dua kali.” (HR. Al-Bukhari, no. 6133).

 

Wallāhu a’lam.

 

Exit mobile version