Site icon MuslimahHTM News

[Sejarah Nasionalisme di Dunia Islam] Bendera Islam

[Sejarah Nasionalisme di Dunia Islam]

Bendera Islam

 

Telah dikuatkan dalam beberapa riwayat bahawa ada dua bendera dalam Islam. Yang pertama disebut Al-Liwa’, sebagai tanda bagi pemimpin tentera kaum muslim dan sebagai bendera Negara Islam. Bendera yang lain disebut Ar-Rayah, digunakan oleh tentera kaum muslim.

 

Bendera Al-Liwa’ Rasulullah SAW adalah sepotong kain putih dengan tulisan “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah” di tengahnya. Bendera Ar-Rayah Rasulullah SAW adalah sepotong kain kapas hitam dengan tulisan “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah” di tengahnya. Dengan demikian, Al-Liwa’ adalah bendera putih dengan tulisan hitam, sedangkan Ar-Rayah adalah bendera hitam dengan tulisan putih.

 

Ibnu Abbas ra. meriwayatkan bahawa bendera Ar-Rayah Rasulullah berwarna hitam dan Al-Liwa’ berwarna putih. Ketika Perang Mu’tah, Rasulullah SAW menyampaikan khutbahnya di Madinah. Rasulullah menceritakan apa yang telah terjadi di tengah-tengah kancah peperangan kepada kaum muslim. Beliau menceritakan bahawa pada saat itu Zaid terbunuh, lalu Ja’far mengambil bendera hitam (Ar-Rayah) dari tangan Zaid. Ketika Ja’far juga terbunuh, maka Abdullah bin Rawahah mengambil Ar-Rayah. Al-Barra Ibnu Azib ditanya tentang bendera Ar-Rayah Rasulullah, maka dia mengatakan, “Rayah berwarna hitam, memiliki empat sudut dan terbuat daripada kain kapas.”

 

 

Sumber: Sejarah Nasionalisme di Dunia Islam

 

Exit mobile version