Site icon MuslimahHTM News

HUKUM MEMBUAT AKAD BERTULIS

HUKUM MEMBUAT AKAD BERTULIS

Oleh : KH. M. Shiddiq Al-Jawi

 

Soalan :

Ustaz, apa hukumnya membuat akad secara bertulis, misalnya akad jual beli, akad hutang piutang, akad syirkah, dsb?

 

Jawapan :

 

Hukum asalnya adalah mandub (sunnah), tidak wajib, membuat akad bertulis (al-’aqd al-maktūb) untuk berbagai akad-akad muamalah, seperti akad jual-beli, akad hutang-piutang, akad syirkah, dan sebagainya. (Al-Mausū’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah,14/137).

 

Istilah para fuqaha untuk pembuatan akad bertulis ini adalah kitābat al-’uqūd (penulisan akad) atau tautsīq al-uqūd bi al-kitābah (pengukuhan akad-akad dengan tulisan).

 

Dalil yang menunjukkan sunnahnya tautsīq al-uqūd bi al-kitābah (pengukuhan akad-akad dengan tulisan), adalah firman Allah SWT :

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنتُمْ بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى فَاكْتُبُوهُ

“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu’amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya.” (TMQ Al-Baqarah [2] : 282).

 

Syeikh Wahbah Zuhaili mentafsirkan ayat tersebut dengan berkata :

 

فَاكْتُبُوهُ نَدْباً اسْتِيْثاَقاً لِلدَّيْنِ وَدَفْعاً لِلنِّزاَعِ

“Ayat yang berbunyi (فَاكْتُبُوهُ), yang ertinya “hendaklah kamu menuliskannya [muamalah tidak tunai] sebagai suatu perbuatan mandub (sunnah) (نَدْباً), untuk mendokumentasikan hutang dan untuk menjauhkan persengketaan.” (Syeikh Wahbah Al-Zuhaili, Al-Tafsīr Al-Munīr, 3/109).

 

Dalil lainnya yang menunjukkan sunnahnya tautsīq al-uqūd bi al-kitābah (pengukuhan akad-akad dengan tulisan), adalah hadis sbb :

 

عن عبد المجيد بن وهب قال : قال لِي الْعَدَّاءُ بْنُ خَالِدِ بْنِ هَوْذَةَ : أَلَا أُقْرِئُكَ كِتَابًا كَتَبَهُ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ؟ قَالَ : قُلْتُ : بَلَى . فَأَخْرَجَ لِي كِتَابًا : هَذَا مَا اشْتَرَى الْعَدَّاءُ بْنُ خَالِدِ بْنِ هَوْذَةَ مِنْ مُحَمَّدٍ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، اشْتَرَى مِنْهُ عَبْدًا أَوْ أَمَةً ، لَا دَاءَ ، وَلَا غَائِلَةَ ، وَلَا خِبْثَةَ ، بَيْعَ الْمُسْلِمِ الْمُسْلِمَ. رواه الترمذي حديث رقم : (1216) وحسنه الألباني في ” صحيح الترمذي “.

Dari ‘Abdul Majid bin Wahab, dia berkata,”Telah berkata kepadaku Al-’Adda` bin Khalid bin Haudzah,’Maukah aku bacakan kepadamu satu surat yang ditulis oleh Rasulullah SAW untukku?’ Aku berkata,”Ya mahu.” Lalu dia mengeluarkan untukku sebuah surat (yang berbunyi),’Ini adalah apa yang dibeli oleh Al-’Adda` bin Khalid bin Haudzah dari Muhammad SAW, dia membeli darinya SAW seorang budak (hamba) lelaki atau budak perempuan, yang bebas dari penyakit, yang tidak buruk dan tidak jelik, jual beli daripada muslim kepada muslim.” (HR. Al-Tirmidzi, 1216, hadis hasan menurut  Syeikh Nashiruddin Al-Albani, dalam Shahīh Al-Tirmidzī).

 

Syeikh Musthofa Az-Zarqa’ menjelaskan bahawa hukum asal shīghat akad (yang terdiri daripada ijab dan kabul itu) adalah dengan ucapan, tetapi ucapan dapat diganti dengan tulisan, sebagaimana penjelasan beliau dalam kitabnya Al-Madkhal Al-Fiqhī Al-’Ām sebagai berikut :

 

اَلنُّطْقُ بِالِّلساَنِ لَيْسَ طَرِيْقاً حَتْمِيَّةً لِظُهُوْرِاْلإِراَدَةِ الْعَقْدِيَّةِ بِصُوْرَةٍ جاَزِمَةٍ فَي النَّظَرِ الْفِقْهِيِّ ، بَلِ النُّطْقُ هُوَ اْلأَصْلُ فِي الْبَياَنِ ، وَلَكِنْ قَدْ تَقُوْمُ مَقاَمَهُ كُلُّ وَسِيْلَةٍ أُخْرَى اخْتِياَرِيَّةً أَوْ اضْطِرَارِيَّةً مِمَّا يُمْكِنُ أَنْ تُعَبِّرَ عَنِ اْلإِرَادَةِ الْجاَزِمَةِ تَعْبِيْراً كاَفِياً مُفِيْدًا . وَعَلىَ هَذَا أَقَرَّ الْفُقَهاَءُ أَنَّهُ يَقُوْمُ مَقاَمَ النُّطْقِ فِي اْلإِيْجاَبِ وَالْقَبُوْلِ إِحْدَى وَسَائِلِ ثَلاَثٍ أُخْرَى ، وَهِيَ : اَلْكِتاَبَةُ ، وَإِشاَرَةُ اْلأَخْرَسِ , وَالتَّعاَطِيِّ

 

“Ucapan dengan lidah bukanlah cara yang diharuskan untuk mengekspresikan kehendak dalam bentuk yang tegas menurut pandangan fiqih, melainkan ucapan dengan lidah itu adalah hukum asalnya dalam memberikan penjelasan, akan tetapi ucapan itu dapat digantikan oleh setiap sarana lain, baik yang sifatnya optional (pilihan) mahupun keterpaksaan, yang dapat mengekspresikan kehendak yang tegas dengan ungkapan yang cukup dan memberikan pengertian. Maka dari itu, para fuqaha` mengakui bahawa ucapan dalam ijab dan kabul dapat digantikan dengan salah satu dari tiga sarana lain, iaitu : tulisan, isyarat bagi orang bisu, dan ta’āthī (saling memberi).” (Musthofā Az-Zarqā’, Al-Madkhal Al-Fiqhī Al-’Ām, hlm. 411).

 

Berdasarkan penjelasan di atas, jelaslah bahawa hukum asal pembuatan akad bertulis (kitābat al-’uqud) (penulisan akad) adalah mandub (sunnah), tidak wajib.

 

Namun dalam kitab Al-Mausū’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah, disebutkan :

 

وَقَدْ يَكُوْنُ التَّوْثِيْقُ وَاجِباً

Tautsīq al-uqūd (pengukuhan akad-akad dengan tulisan, dsb) hukumnya boleh menjadi wajib.”(Al-Mausū’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah,14/137).

 

Dalil bahawa pembuatan akad bertulis (kitābat al-’uqud) (penulisan akad) hukumnya dapat menjadi wajib, antara lain 2 (dua) dalil sebagai berikut;

 

Pertama, jika kewajipan para pihak untuk menjaga hak-hak (shiyānat al-huqūq) masing-masing tidak dapat dilaksanakan, kecuali dengan penulisan akad. Kaedah fiqih yang terkait dengan masalah ini menyebutkan :

 

مَا لاَ يَتِمُّ الْوَاجِبُ إِلاَّ بِهِ فَهُوَ وَاجِبٌ

Mā lā yatimmul wājibu illā bihi fahuwa wājib.

 

Ertinya,“Jika suatu kewajipan tidak terlaksana kecuali dengan sesuatu, maka sesuatu itu wajib pula hukumnya.“ (Muhammad Shidqī Al-Burnū, Mausū’ah Al-Qawā’id Al-Fiqhiyyah, 9/218).

 

Kedua, jika diduga kuat akan timbul mudharat (bahaya) kalau penulisan akad tidak dilakukan, misalnya terjadi persengketaan (munāza’āt/khusūmāt), keragu-raguan, dsb, maka penulisan akad menjadi wajib untuk menghilangkan mudharat itu, utamanya untuk menghilangkan persengketaan (qath’u al-munāzā’at). Kaedah fiqih yang terkait masalah ini menyebutkan :

 

اَلضَّرَرُ يُزاَلُ

Al-dharar yuzālu. Ertinya,“Segala macam bentuk mudharat (bahaya) wajib untuk dihilangkan.” (Muhammad Shidqī Al-Burnū, Mausū’ah Al-Qawā’id Al-Fiqhiyyah, 6/261, Musthofā Ahmad Az-Zarqā`, Syarah Al-Qawā’id Al-Fiqhiyyah, hlm.179).

 

Kesimpulannya, berdasarkan dua dalil tersebut, maka jelaslah bahawa pembuatan akad bertulis (kitābat al-’uqūd) (penulisan akad) yang hukum asalnya sunnah (mandub), dapat berubah menjadi wajib, kerana dua alasan utama, iaitu :

 

Pertama, demi untuk menjaga hak masing-masing (shiyānatul huqūq), yang hukumnya wajib.

 

Kedua, demi untuk menghilangkan segala bentuk dharar/mudharat (bahaya), utamanya demi untuk menghindari persengketaan (qath’ul munāza’āt). (Lihat : Al-Mausū’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah,14/135-137).

 

Perlu kami beri catatan penting, bahawa pembuatan akad bertulis hukumnya dapat menjadi haram, jika pembuatan akad bertulis itu menjadi sarana kepada yang haram, misalnya akad hutang piutang ribawi (berbunga), atau akad jual beli segala sesuatu yang diharamkan (misalnya jual beli dadah, babi, khamr, dsb), atau segala macam akad-akad haram lainnya, sesuai kaedah fiqih :

 

اَلْوَسِيْلَةُ اِلىَ الْحَراَمِ مُحَرَّمَةٌ

Al-wasīlah ilā al-harām muharramah. Ertinya, segala sarana atau perantaraan menuju yang haram, hukumnya diharamkan. (Muhammad Shidqī Al-Burnū, Mausū’ah Al-Qawā’id Al-Fiqhiyyah, VIII/775).

 

Wallāhu a’lam bi al-shawāb.

 

 

Exit mobile version