Site icon MuslimahHTM News

Sikap Kesateria Tentera Muslim : Pelajarilah “Al-Furusiyyah” hanya dari Islam!

Sikap Kesateria Tentera Muslim

 

Wahai Pasukan Muslim, pelajarilah “Al-Furusiyyah” hanya dari Islam!

 

Pada masa kejayaan Islam, para ulama sangat memperhatikan pentingnya pendidikan furusiyyah kerana ianya mampu menciptakan generasi yang berani dan bertanggung jawab. Islam menginginkan generasi yang kuat dan tidak malas, individu yang mampu menghadapi musuh, membela diri, serta masyarakat yang produktif dan mampu berkontribusi. Semua ini bertujuan untuk mencapai kejayaan dan kehormatan Islam, serta untuk mencapai kemajuan dan kesejahteraan bagi umat Islam.

 

Istilah “Al-Furusiyyah” merupakan istilah yang umum dinisbatkan kepada Al-Faris, yakni sejenis satuan dalam jajaran keperajuritan peradaban Islam pada abad 10 hingga abad 19 Masihi. Al-Faris merupakan sejenis pasukan berkuda, dapat juga disebut kavaleri (pasukan khas berkuda). Faris merupakan tulang belakang kekuatan pasukan umat Islam pada masa awal dan pertengahan abad Islam, terlebih setelah kemenangan umat Islam melawan serbuan bangsa Mongol dalam pertempuran ‘Ain Jalut, yang dipimpin oleh Baibars al-Bunduqdari dari Dinasti Mamluk Bahri, pada abad ke-13.

Exit mobile version