[Kejatuhan Khilafah: Apa yang Umat Islam Perlu Pelajari?]
Kepentingan Pendidikan Islam yang Kukuh
Pendidikan Islam yang kukuh amat penting untuk melahirkan generasi yang memiliki kesedaran, ada kehendak dan keberanian untuk mempertahankan Islam.
Malangnya, sekularisme yang mula menyusup masuk ke dalam tubuh Daulah telah berkembang di kalangan rakyat Turki kerana mereka kehilangan kefahaman yang mendalam tentang Islam dan peranannya dalam kehidupan bermasyarakat. Semua ini berlaku disebabkan pergolakan dalam sistem pendidikan pada masa itu yang sudah mula dicemari oleh penyelewengan dari tsaqafah asing yang gagal dibendung sedari awal. Ini menjadi salah satu faktor yang melemahkan umat pada masa itu.
Oleh itu, sistem pendidikan berteraskan tsaqafah Islam yang murni mesti dijadikan dasar sistem negara pada hari ini agar pemahaman Islam dapat diterapkan secara komprehensif kepada generasi muslim. Sudah pasti kesempurnaan sistem pendidikan berteras akidah hanya dapat dicapai jika negara ini menerapkan sistem kepimpinan Islam kaffah, Khilafah.

