[Seputar Gerakan Islam] Fasa Mekah (Bahagian 5/22)
[Sambungan dari Bahagian 4/22]
Abu Lahab adalah orang yang paling menonjol dalam melakukan permusuhan kepada Nabi SAW . Mana tidaknya, dia yang membuat keputusan tentang jawatankuasa tersebut. Beliau mempunyai sikap permusuhan yang jelas sejak hari pertama diutuskan Rasul SAW, dia telah memerintahkan dua puteranya iaitu Utbah dan Utaibah supaya menceraikan isteri masing-masing iaitu Ruqayyah dan Umu Kulthum, dua puteri Rasul SAW.
Isteri Abu Lahab, Ummu Jamil, yang nama sebenarnya Arwa binti Harb bin Umayyah, juga telah memasang duri di jalan yang dilalui Rasul SAW dan di hadapan rumahnya. Dia banyak bercakap tentang Nabi dan suka menyemarakkan api fitnah. Mengenai Ummu Jamil dan suaminya (Abu Lahab), turunlah Al-Quran surah Al-Masad yang menyifatkan kedua-duanya sebagai pembawa kayu api.
Demikianlah serangan dan gangguan yang terjadi. Di antara yang terkenal mengganggu Nabi SAW selain Abu Jahal dan isterinya adalah Hakam bin al-‘Ash bin Umayyah, Uqbah bin Abi Mu’ith, Adi bin Hamra ats-Tsaqafi, dan Ibnu al-Ahda’ al-Huzali. Salah seorang daripada mereka pernah melemparkan isi perut seekor biri-biri yang baru disembelih kepada Rasul ketika beliau sedang solat. Salah seorang daripada mereka ada yang melemparkan kotoran biri-biri itu ke periuk beliau.
Tatkala Rasul SAW mendapat diperlakukan sedemikian rupa, beliau keluar sambil memegang sepotong dahan. Kemudian beliau berdiri di pintu rumah beliau dan bersabda, “Hai Bani ‘Abd Manaf, tetangga macam apakah ini?” Kemudian beliau membuang kotoran itu ke jalan.
Uqbah bin Abi Mu’ith pada suatu hari telah meletakkan kotoran unta yang baru disembelih di atas punggung beliau ketika beliau sedang solat. Abu Jahal juga mengganggu Rasul SAW dengan kata-kata dan menghalang beliau untuk solat di Masjidil Haram. Umayyah bin Khalaf, ketika melihat Rasul SAW, dia mengumpat dan mencela beliau.
Berkenaan dengan itu, lalu turun firman Allah SWT, “ Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)! Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam “Al-Hutamah”. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Al-Hutamah” itu? (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), Yang naik menjulang ke hati; Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka. (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang..” (TMQ Al-Humazah: 1—9).
Suatu saat, Ubay bin Khalaf meminta Uqbah bin Ab Mu’ith untuk meludahi wajah Nabi SAW, Uqbah pun melakukannya. Ubay bin Khalaf juga meremukkan tulang belulang, lalu menaburkannya di udara yang berhembus ke arah Rasul SAW.
Akhnas bin Syariq ats-Tsaqafi termasuk salah seorang yang menimpakan gangguan atau seksaan kepada Nabi SAW Demikian juga Walid bin Mughirah yang disifatkan oleh Al-Quran dengan firman Allah SWT, “…yang banyak mencela, yang kian ke mari menghambur fitnah, yang sangat enggan berbuat baik, yang melampaui batas lagi banyak dosa, yang kaku kasar, selain dari itu, yang terkenal kejahatannya.” (TMQ Al-Qalam: 11—13).
Sungguh, Rasulullah SAW menerima banyak bentuk gangguan dan seksaan, walaupun kemuliaan dan keperibadian beliau tetap terhormat dan agung dalam benak masyarakat. Apalagi beliau mendapat perlindungan daripada bapa saudara beliau, Abu Thalib, yang merupakan salah seorang daripada kaum Quraisy yang sangat diambil kira dan dihormati di Makkah al-Mukarramah.
Oleh kerana itu, wajar kaum muslim, tidak terkecuali orang-orang lemah di antara mereka, juga mendapat banyak gangguan atau seksaan. Berbagai perlakuan yang sangat kejam dan mengerikan menimpa mereka. Setiap kabilah menyeksa setiap orang daripada mereka yang memeluk Islam. Mereka menimpakan berbagai bentuk seksaan kepada kaum muslim.
Orang yang tidak memiliki kabilah diserahkan kepada para pemuka dan pembesar kaum untuk diberikan berbagai macam tekanan. Jika diceritakan secara terperinci, sungguh akan membuat hati pilu. Bapa saudara Uthman bin Affan pernah diselubungi tikar daripada daun kurma dan diasapi dari bawahnya.
Ketika ibu Mushab bin Umair mengetahui bahawa anaknya masuk Islam, dia tidak memberi makan anaknya dan mengusirnya dari rumah. Sesungguhnya Mushab bin Umair padahal sebelumnya termasuk orang yang paling senang hidupnya, sehingga kulitnya mengelupas seperti ular yang berganti kulit.
Sumber: Muhammad Said Abu Za’rur, Seputar Gerakan Islam.

