Site icon MuslimahHTM News

IKHLAS DALAM BERSEDEKAH

[Nafsiyah] IKHLAS DALAM BERSEDEKAH

Oleh: Al-Faqir Arief B. Iskandar

 

SEDEKAH adalah salah satu amal soleh yang terbaik untuk mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah SWT. Bersedekah juga merupakan sesuatu yang dapat melindungi seseorang daripada azabNya pada hari kiamat. Kelebihan bersedekah benar-benar besar jika dilakukan dengan ikhlas dan semata-mata kerana mengharapkan pahala dan diredhai oleh Allah SWT, bukan kerana mengharapkan pujian manusia.

 

Agar sedekah yang kita sedekahkan itu tidak sia-sia dan menjadi rahmat di sisi Allah SWT, ada beberapa perkara yang harus diperhatikan ketika bersedekah, salah satunya adalah keikhlasan. Dalam setiap amal, termasuk bersedekah, seorang muslim hendaklah menetapkan niatnya semata-mata kerana Allah SWT dan semata-mata kerana mencari keredhaan dan menghampirkan diri kepadaNya, baik sedekah yang fardhu mahupun sedekah sunnah (mustahab). Jika tidak ada keikhlasan, maka batal sedekah dan batal pahalanya. Oleh itu, janganlah kita bersedekah untuk tujuan riya’ dan sum’ah, apatah lagi untuk menyombongkan diri kepada orang lain. Jika kita melakukan sedemikian, daripada mendapat pahala, sudah pasti kita akan merasai azab dari Allah SWT pada hari kiamat dengan azab yang sangat pedih.

 

Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW, “Terdapat tiga golongan manusia yang akan dipanaskan oleh api neraka dahulu pada hari kiamat…” Kemudian baginda bersabda, “Orang yang bersedekah pun ada,” Baginda bersabda lagi, “Allah berfirman, ‘Kamu berdusta. Sesungguhnya kamu bersedekah supaya dikatakan pemurah.’ Begitulah (realiti) yang telah dikatakan)…” 

[HR Muslim]. 

 

Natijahnya, marilah kita menjaga sejauh mungkin sikap riya’, sum’ah dan takabur dalam beramal terutamanya dalam bersedekah.

 

Wa mâ tawfîqî illâ billâh wa ’alaihi tawakkaltu wa ilaihi unîb.

 

Exit mobile version