[Siri Kejatuhan Khilafah: Apa yang Umat Islam Perlu Pelajari? ]
Kepentingan Sistem Pemerintahan Islam
Sistem pemerintahan Islam adalah satu-satunya sistem yang mampu menyatukan umat Islam dan melindungi hak-hak mereka.
Selepas kejatuhan Khilafah, umat Islam kehilangan sebuah kuasa politik global, dan wilayah-wilayah Islam terpecah-belah serta tunduk kepada pengaruh kuasa asing, sehingga ke hari ini. Amat menyedihkan sekali.
Kejatuhan Daulah Uthmaniyah bukan sekadar sejarah, tetapi pengajaran penting bagi umat Islam untuk bangkit, menjaga kesatuan, dan mengembalikan peranan Islam sebagai kekuasaan dan sistem hidup yang sempurna. Dengan mengambil iktibar, umat Islam dapat mengakhiri chapter hitam sejarah umat Islam dan berusaha membina kembali kegemilangan peradaban Islam.
Sekaligus merealisasikan bisyarah Nabi SAW, kembalinya kepimpinan khilafah`ala Minhaj nubuwwah. Sudah pasti ia akan tegak ditangan-tangan orang-orang terpilih yang ikhlas mengusahakannya sekuat tenaga seperti Rasulullah dan para sahabat. Adakah kita akan menjadi sebahagian daripadanya?
