[TRIVIA MUSLIMAH IDEAL]
Ummu Aiman
Ummu Aiman ra adalah sosok sahabiyah yang banyak memberi inspirasi kepada kita dalam ketaatan tanpa syarat kepada Allah. Beliau merupakan antara orang terawal masuk Islam. Beliau juga merupakan pengasuh Rasulullah saw dan isteri kepada Zaid bin Harithah. Tanpa harta beliau hijrah ke Madinah. Ketika usia tua, beliau tetap aktif dalam dakwah. Suaminya syahid di perang mu’tah dan anaknya Aiman syahid di perang Hunain. Sementara anaknya Usamah menjadi pemimpin tentera termuda bagi pasukan yang menghadapi Romawi dan berjaya mengalahkannya dalam tempoh 40 hari. Beliau merelakan suami dan anaknya syahid dan mendidik anak-anaknya menjadi pembela Islam. Ketika perang Uhud beliau bertanggungjawab memberi minum dan merawat kepada yang tentera cedera. Tidak hanya itu, beliau akan memercikkan air ke wajah tentera yang ingin lari dari perang Uhud lantas melontarkan alat tenun kepada salah seorang tentera dan berkata, “ berikan pedangmu dan ini alat tenunku untukmu!” Ummu Aiman RA telah membuktikan bahawa ketaatan penuh kepada Allah tidak memerlukan syarat apa pun. Oleh kerana itu, taatlah, bekerjalah, dan berikanlah sebanyak mungkin sumbangan untuk kemenangan dakwah Islam.
#MuslimahIdeal #SeniMembinaGenerasiPemimpin #IbuMuslimahInspiratif

