[Nafsiyah] JANGAN MEREMEHKAN DOSA
Oleh: Al-Faqir Arief B. Iskandar
PERNAHKAH anda, ketika sedang bersantai-santai di ruang kerja ,tiba-tiba anda diterjah masuk oleh orang atasan atau bos anda? Anda tiba-tiba kena bekerja di bawah pemerhatian langsung orang atasan atau bos anda yang sangat anda segani bahkan mungkin sangat anda takuti. Bagaimana rasanya? Anda pasti akan segera bekerja dengan persepsi bos yang sangat sempurna; segera kembali bekerja dengan berusaha menampakkan keseriusan dan kesungguhan. Ketika itu anda mungkin gementar, salah tingkah, dan merasa takut tersalah langkah. Anda pasti akan sangat berhati-hati dalam bekerja. Sejauh kemampuan anda, sekecil apapun kesalahan pasti akan anda hindari. Apalagi kesalahan mutlak? Mengapa? Kerana anda pasti berfikir, besar atau kecil kesalahan yang anda lakukan di hadapan orang atasan atau bos anda sama sahaja.
Sekarang, bayangkanlah bahawa yang sedang mengawasi anda, yang sedang menatap dan memperhatikan anda, adalah Allah SWT, Tuhan Pencipta anda. Sudah pasti, Allah SWT mengawasi seluruh amal dan gerak-geri kita pada setiap hari, setiap waktu, bahkan setiap detik; setiap tarikan nafas kita. Bagaimana rasanya? Sepatutnya, anda akan jauh lebih gementar, lebih takut tersalah tingkah dan lebih takut untuk berbuat salah. Anda pasti akan selalu hati-hati agar tidak melakukan kesalahan dan dosa, termasuk dosa-dosa kecil sekalipun.
Ini disebabkan oleh sebagaimana kata Imam Hasan al- Basri, “Persoalannya bukan terletak pada besar-kecilnya dosa, tetapi kepada siapa sesungguhnya kita berdosa? Tentu kepada Tuhan yang sama; kepada Allah SWT.”
Ini bererti, sebagai seorang Muslim, jangankan dosa-dosa besar, bahkan dosa-dosa kecil pun akan mereka hindari sejauh kemampuan mereka. Mereka tidak pernah menganggap remeh akan dosa-dosa. Mengapa? Kerana besar atau kecil dosa itu, sama-sama merupakan dosa kepada Allah SWT, zat yang sepatutnya ditaati dan tidak layak kita durhakai.
Walhasil, jika anda seorang Muslim, renungkanlah sabda Rasulullah SAW berikut:
إِنَّ الْمُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ فِي أَصْلِ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ، وَإِنَّ الْفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ مِثْلَ ذُبَابٍ عَلَى أَنْفِهِ فَذَبَّهُ عَنْهُ»
“Sesungguhnya seorang Mukmin melihat dosa-dosanya seperti dia berdiri di hadapan gunung yang menjulang tinggi yang dia khuatirkan runtuh menimpa dirinya. Sebaliknya, seorang pendosa melihat dosa-dosa seperti lalat yang menempel di hidungnya, kemudian dia menepisnya.” [HR Ibn Abi ad-Dunya’].
Wa mâ tawfîqî illâ billâh.

