[TRIVIA MUSLIMAH IDEAL]
Khairah, Ibunda Imam Hassan al Basri
Siapa yang tidak kenal Imam Hassan al-Basri? Tokoh tabiin yang dibesarkan di antara wewangian kenabian. Kemuliaan sang Imam tidak terlepas dari pola asuhan ibunda dan ibu susunya, Ummul Mukminin Ummu Salamah ra. Ibundanya, Khairah adalah seorang perempuan tabiin berpengetahuan luas. Beliau banyak menuntut ilmu dari isteri-isteri Rasulullah SAW. Kapasiti ilmu dan kehidupannya yang zuhud telah berjaya mengantarkan kedua anaknya menjadi ulama besar, iaitu Hasan bin Abu Hasan al-Basri dan Said bin Abu Hasan al-Basri. Anak kedua Khairah, yakni Said bin Abu Hasan al-Basri merupakan tokoh tabiin yang tsiqah. Dia seorang yang zuhud dan terkenal dengan sikap gemar beribadah. Dia dijuluki rahib kerana sikap waraknya, dan hadis-hadisnya terdapat dalam buku kumpulan hadis. Ibnu Hibban memasukkannya dalam kategori sebagai perawi yang tsiqah. Buah jatuh tidak jauh dari pohonnya. Seorang ibu pembelajar yang mahu mengharungi lautan ilmu dapat menularkan keberkahan ilmunya kepada sang anak. Khairah adalah teladan bagi para ibu. Jika ingin anak soleh dan solehah, para ibu juga mesti belajar menjadi solehah. Sentiasa melayakkan diri menjadi ibu teladan sebagaimana kisah Khairah yang sangat menginspirasi.
#MuslimahIdeal #SeniMembinaGenerasiPemimpin #IbuMuslimahInspiratif

