Site icon MuslimahHTM News

Nasihat Indah Ketika Merasa ‘Lelah’ Menjadi Ibu dan Isteri

Nasihat Indah Ketika Merasa ‘Lelah’ Menjadi Ibu dan Isteri

Oleh : Dra. Zulia Ilmawati, S. Psi

 

Soalan:

 

Assalamu’alaikum Wr. Wb. Mohon nasihat tentang bagaimana cara kita mengatasi kelelahan-kelelahan dalam menjalankan tugas sebagai isteri dan ibu. Baik kelelahan fizikal mahupun psikologi. Jazakillah. Wassalamu’alaikum Wr. Wb.

 

Jawapan:

 

Wa’alaikumsalam Wr. Wb.

 

Kalut, penat, lelah, adalah keluhan yang sering terucap daripada para ibu ketika sudah merasa jenuh dengan masalah anak-anak dan pekerjaan rumah. Lebih-lebih lagi jika anak-anak itu cenderung bertindak mengikut sesuka hatinya. Tidak mahu diatur, susah tidur, meragam, tidak mahu makan, bertengkar dengan adik beradiknya, mengacau apa saja yang ada di rumah, atau segala macam perilaku “menjengkelkan” anak-anak.

 

Rumah yang sudah dikemas rapi, akan kembali bagaikan kapal pecah. Kelelahan fizikal dan psikologi dalam mengasuh anak dan mengatur rumah tangga jika tidak diatasi dengan baik boleh membawa akibat yang buruk.

 

Ibu yang baik,

Anak itu amanah, anugerah sekaligus ujian. Cara pandang terhadap keberadaan anak seperti ini menjadi sangat penting, agar yang muncul dalam sikap ketika membimbing dan mendampinginya penuh dengan rasa syukur, ikhlas, sabar, dan kasih sayang.

 

Tidak menjadikan anak sebagai beban. Amanah akan memunculkan rasa tanggungjawab untuk memberikan pendidikan yang terbaik.

 

Anugerah akan memunculkan rasa syukur atas setiap kelebihan yang dimiliki oleh anak. Dan kesabaran akan memunculkan rasa kenikmatan dalam menjalani proses dengan segala ujiannya

Jika tidak dengan kesabaran, bagaimana akan sanggup menghadapi setiap masalah anak-anak dengan baik dari sejak bangun tidur sampai tidur kembali?

 

Sabar disertai dengan niat yang ikhlas, hanya semata-mata untuk mencari redha Allah SWT akan menjadi energi yang luar biasa dalam menjalaninya peranan anda sebagai ibu dan isteri.

 

Ibu yang baik,

Yang paling berperanan penting dalam mengasuh dan mendidik anak memang ibu. Namun demikian, untuk meringankan tugasnya diperlukan kerjasama dengan anggota keluarga lainnya.

 

Sekali sekala suami membantu atau menguruskan pekerjaan rumah dan anak-anak dengan mengajak orang-orang terdekat yang boleh diminta bantuannya.

 

Mengupah pembantu rumah juga akan sangat membantu meringankan pekerjaan rutin. Sehingga anda boleh mempunyai lebih banyak waktu untuk memperhatikan anak-anak.

 

Jika tidak memiliki pembantu rumah, cubalah untuk bekerja efektif dan efisien dengan pengurusan waktu yang baik. Banyak ibu yang merasa sangat penat dengan pekerjaan rumah hanya kerana sebenarnya tidak pandai mengatur waktu.

 

Jika ada anak yang sudah besar, dapat ditanamkan pemahaman pada diri mereka untuk ikut membantu mengelola tugas rumah tangga sehari-hari. Ajarkan prinsip kerjasama dan tanggungjawab sejak kecil pada anak agar dia terbiasa bersikap berdikari, berinisiatif, dan boleh diharapkan.

 

Ibu yang baik,

Teman merupakan sesuatu yang sangat berharga dalam hidup. Bayangkan jika banyak sekali masalah yang dihadapi tetapi tidak ada teman curahan hati yang dapat dipercaya. Ibarat gelas jika diisi air terus-menerus, maka akan tumpah melimpah ke mana-mana.

 

Pastikan bahawa teman yang anda pilih benar-benar yang dapat membantu, bukan teman yang sebaliknya akan menambah masalah baru.

 

Mengunjungi atau berbagi pengalaman dengan para ibu yang berjaya dalam melakukan pengasuhan terhadap anak-anak akan sangat membantu.

 

Suami tentu saja diharapkan dapat menjadi teman (sahabat) terbaik buat anda untuk menumpahkan segala masalahnya, termasuk urusan anak-anak. Insya Allah curahan hati dengan suami, rahsia akan lebih terjaga.

 

Ibu yang baik,

Seorang ibu juga perlu rileks, istirehat menenangkan fikiran dan tubuh. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang proses `relaxation‘, misalnya membaca buku-buku ringan yang berkaitan dengan penanganan masalah anak, membuat pelbagai hobi, berurut, dan sebagainya.

 

Berurut merupakan salah satu `relaxation‘ untuk melepaskan diri dari kelelahan fizikal dan psikologi. Urutan lembut dari suami tercinta misalnya, akan membuat lebih rileks, tidur lebih pulas, dan bangun kembali dengan badan yang lebih segar.

 

Olahraga ringan juga sangat efektif untuk sesi `relaxation‘. Olahraga akan memperlancarkan peredaran darah dan membuka jantung untuk menerima lebih banyak oksigen.

 

Ibu yang baik,

Yang tak kalah penting dari itu semua adalah tawakal dan doa. Bertawakallah kepada Allah, maka akan diberi jalan keluar yang kadang kala di luar perkiraan manusia.

 

Saat sudah merasa lelah dengan persoalan anak-anak, pekerjaan sehari-hari yang kadang mungkin menjemukan dan menyukarkan. Jangan lupa berdoa selalu minta bantuan Allah SWT agar diberikan kemudahan dalam menjalankan aktiviti anda sebagai ibu dan isteri.

 

 

Sumber: MuslimahNewsID

 

Exit mobile version