Site icon MuslimahHTM News

Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan di Gaza Sementara AS Terus Memprasaranakan Genosid, dan Dunia Tetap Berdiam Diri

Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan di Gaza Sementara AS Terus Memprasaranakan Genosid, dan Dunia Tetap Berdiam Diri

 

Berita:

 

Pada 5 Januari, dilaporkan bahawa entiti pembunuh Zionis mengebom Semenanjung Gaza lebih daripada 100 kali dalam hanya 3 hari, membunuh lebih daripada 200 orang – majoriti wanita dan kanak-kanak. Sasaran termasuk bangunan kediaman, kumpulan orang ramai di jalanan dan di pasar, dan orang ramai di dalam tempat perlindungan mereka.

 

Dilaporkan juga bahawa bayi ke-8 telah mati beku di Semenanjung Gaza kerana kesejukan yang terpaksa ditempuhi oleh mereka yang tinggal di khemah-khemah sementara yang tidak mampu melindungi daripada cuaca musim sejuk yang membeku, serta disebabkan oleh sekatan kejam Zionis yang menghalang keperluan seperti makanan, bahan api dan pakaian musim sejuk serta selimut daripada memasuki Gaza. Ibu kepada bayi itu berkata, “Mereka tidak memberikan satu saat pun untuk berasa gembira dengan bayi saya… Dia meninggal dunia kerana cuaca yang sangat sejuk. Dia tidur di sebelah saya dan pada waktu pagi, saya dapati dia sudahpun beku dan mati.”

 

Pada masa tersebut, semua hospital di utara Gaza telah ditutup kerana serangan udara Zionis tanpa henti dan serbuan ke atas prasarana perubatan, menyebabkan beribu-ribu orang tidak mendapat akses kepada penjagaan kesihatan kritikal termasuk bayi dan kanak-kanak yang kelaparan dan membeku.

 

Sementara itu, menurut media Amerika, Presiden AS Joe Biden telah memberitahu Kongres AS tentang penjualan senjata $8 bilion yang dirancang untuk entiti pendudukan yang akan merangkumi hulu peledak 500 paun, peluru artileri, peluru berpandu untuk jet dan helikopter serang, dan peluru berpandu udara-ke-udara. Semua ini berlangsung walaupun jumlah kematian yang besar di Semenanjung Gaza.

 

Komentar:

 

Pembunuhan beramai-ramai di Gaza telah membongkar kepada dunia tentang kelompongan moral yang wujud dalam kuasa besar dunia yang sanggup membiayai dan melengkapkan pertumpahan darah ini tanpa mengira skala kematian, kemusnahan dan penderitaan yang ditimbulkannya.

 

Stephen Zunes, seorang profesor politik di Universiti San Francisco, mengulas mengenai rancangan untuk menghantar senjata bernilai $8 bilion kepada entiti pendudukan, “‘Israel’ menggunakan senjata ini pada kadar yang sangat pantas, seperti yang ditunjukkan oleh jumlah kematian yang sangat besar dan kemusnahan yang berterusan, namun Biden bersedia untuk membekalkannya semula.”

 

Ogos lalu, Washington meluluskan pakej berasingan bernilai $20 bilion kepada entiti genosid Yahudi, termasuk jet, kenderaan tentera, serta bom dan peluru berpandu, manakala pada November, pentadbiran Biden meluluskan pakej senjata $680 juta lagi kepada entiti pendudukan tersebut.

 

Ianya jelas bahawa genosid dan pendudukan ini tidak akan berakhir di bawah tatanan dunia semasa di mana tidak ada negara, pemimpin, atau organisasi atau institusi antarabangsa yang mempunyai kemahuan politik untuk mengambil tindakan yang berkesan untuk menamatkan penyembelihan besar-besaran ini. Genosid ini tidak akan berakhir melalui kenyataan kecaman kosong daripada PBB, atau penghakiman tidak berkuasa daripada ICC atau ICJ. Bergantung kepada institusi sedemikian untuk menamatkan genosid ini atau untuk mencapai keadilan bagi rakyat Palestin adalah sangat sesat, kerana mereka berkhidmat untuk kepentingan kuasa besar barat berbanding untuk negara-negara yang tertindas di dunia. Oleh itu, terus mempercayai kerajaan atau institusi tatanan dunia semasa untuk menamatkan pembunuhan beramai-ramai skala industri ini, hanya memberikan harapan palsu dan dengan itu memanjangkan penyeksaan, penindasan dan penderitaan yang dahsyat terhadap rakyat Palestin.

 

Tambahan pula, Allah (swt) memperingatkan kita dari meletakkan kepercayaan kepada orang-orang kafir untuk menyokong dan melindungi kita sebagai orang yang beriman. Dia (swt) berkata,

 

﴿مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ أَوْلِيَاءَ كَمَثَلِ الْعَنكَبُوتِ اتَّخَذَتْ بَيْتًا وَإِنَّ أَوْهَنَ الْبُيُوتِ لَبَيْتُ الْعَنْكَبُوتِ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ﴾ “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, maka tinggalah ia dalam kalangan mereka selama sembilan ratus lima puluh tahun; akhirnya mereka dibinasakan oleh taufan sedang mereka berkeadaan zalim (dengan kufur derhaka).” (TMQ Al-‘Ankabuut [29]:14)

 

Untuk menamatkan genosid ini memerlukan kita sebagai umat Islam untuk mengurus urusan kita sendiri dan menyelesaikannya mengikut peraturan agama kita dan apa yang Allah (swt) gambarkan sebagai cara untuk mempertahankan, melindungi dan membebaskan Umat ini.

 

Nabi (saw) bersabda, «إِنَّمَا الْإِمَامُ جُنَّةٌ يُقَاتَلُ مِنْ وَرَائِهِ وَيُتَّقَى بِهِ»
“Hanya Imam (Khalifah) yang menjadi perisai dan kamu melindungi diri kamu di belakangnya dengan berperang.”

 

Oleh itu, Negara Khilafah, berdasarkan metode kenabian, adalah cara umat Islam melindungi diri dan agamanya daripada serangan musuh-musuhnya. Dengan ketiadaan Khilafah, seperti yang kita lihat hari ini, umat Islam menjadi sasaran kepada genosid dan pembersihan etnik tanpa negara atau kepimpinan yang membela mereka. Sesungguhnya Khilafahlah yang akan menjadi penjaga bagi umat Islam dan negeri-negeri serta agama mereka; dan institusi negara ini sahaja yang akan membela kepentingan umat Islam, memperjuangkan perjuangan mereka, dan melindungi mereka daripada penindasan. Negara ini sahajalah yang mempunyai kemahuan politik untuk menggerakkan tenteranya untuk mempertahankan darah umat Islam, tidak kira di mana mereka tinggal seperti yang dilihat berulang kali dalam sejarah Islam.

 

Umat Islam telah mengalami genosid dan kempen pembersihan etnik pada masa lalu, seperti yang kita lihat ketika pencerobohan Tartar ke atas tanah umat Islam pada abad ke-13, tatakala kira-kira tiga perempat daripada dunia Islam telah diduduki berdasarkan beberapa anggaran; atau inkuisisi Sepanyol pada abad ke-15 apabila puluhan ribu orang Islam dibunuh oleh kerajaan Kristian; atau pendudukan tentera salib Kristian di Palestin dari abad ke-11 hingga ke-13.

 

Dalam semua kes ini, umat Islam mencapai kemenangan ke atas musuh-musuh mereka atau diselamatkan serta diberi tempat perlindungan kerana kehadiran negara Khilafah yang menggerakkan tenteranya dan menggunakan sumber-sumber di bumi Islam yang disatukan demi melindungi umat Islam.

 

Sebagai umat Islam, agama dan sejarah kita mengajar kita satu pelajaran penting dalam hidup – iaitu kejayaan dan kemenangan ke atas musuh kita hanya dicapai dengan ketaatan kepada Allah (swt), mengambil penyelesaian dari agama kita, dan tidak bergantung kepada orang kafir untuk perlindungan. Jika kita mahu genosid di Gaza dan seluruh Palestin berakhir, dan agar setiap inci tanah yang diberkati ini dibebaskan daripada penjajahan yang kejam ini untuk kebaikan, maka kita mesti menyeru penubuhan Khilafah dengan segera, yang merupakan satu-satunya wasilah yang mana tujuan-tujuan ini akan dicapai. Meletakkan harapan kita pada selainnya, hanya menguatkan tangan musuh kita dan memberi mereka lebih banyak masa untuk menyembelih Ummah ini.

 

Allah (swt) berfirman:
﴿إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ أَن يَقُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ * وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَخْشَ اللَّهَ وَيَتَّقْهِ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ﴾
“ Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat”: dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.“(TMQ An-Nuur [24]:52).

 

Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir oleh
Asma Siddiq
Ahli Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir

Exit mobile version