[Seputar Gerakan Islam] Fasa Madinah
Fasa ini bermula sejak Rasul SAW tiba di Madinah al-Munawwarah dan berakhir dengan berpulangnya beliau SAW ke haribaan-Nya. Saat itu beliau telah sempurna menunaikan amanah, menyampaikan risalah, dan berjihad di jalan Allah dengan jihad yang sebenarnya. Fasa ini berlangsung selama sepuluh tahun. Selama kurun waktu itu, Rasul SAW telah melakukan berbagai aktiviti penting.
Mendirikan Daulah Islamiah yang pertama. Tibanya beliau di Madinah dianggap sebagai permulaan Daulah Islamiah itu. Sebabnya, tujuan hijrah dalam bentuk yang mendasar adalah tercapainya tujuan itu, iaitu mendirikan Daulah Islamiah dan menerapkan hukum-hukum Allah di muka bumi. Beliau sungguh telah berjaya melangsungkan yang demikian.
Di samping mengemban kenabian dan risalah, beliau juga melaksanakan shalahiyah (kekuasaan) sebagai ketua negara dengan segala pengertian dari ungkapan ini (yakni ungkapan ketua negara). Beliau menyelesaikan pertikaian dan perselisihan, menunjuk dan mengangkat para wali (gabenor), para amil (pegawai tinggi/wali kota), para qadhi (hakim), dan para pemungut pendapatan negara. Beliau juga menunjuk para komandan, menyiapkan pasukan, dan lain sebagainya.
- Mendirikan masjid pertama dalam Islam, iaitu Masjid Quba di pinggiran Madinah al-Munawwarah.
- Mempersaudarakan kaum Muhajirin dengan kaum Ansar. Persaudaraan itu belum ada yang menyamainya pada sepanjang sejarah.
- Menyelesaikan fitnah dalam negeri, menentang Yahudi dan makar mereka, lalu melangsungkan Perdamaian Hudaibiyah dengan Quraisy.
- Melakukan perdamaian dengan para pemimpin paganisme. Hal itu terhenti ketika Fath Makkah (Penaklukan Makkah), lalu mengusir Yahudi dari Madinah.
- Menerima kabilah-kabilah, utusan-utusan, dan individu-individu setelah manusia masuk ke dalam agama Allah secara berbondong-bondong.
- Mendapat izin untuk berperang sesuai dengan perintah Allah Taala. Perkara ini menuntut hal-hal berikut:
- Mengikat perjanjian dengan kabilah-kabilah yang bertetangga (dengan Daulah Islamiah).
- Pengiriman utusan-utusan.
- Pelaksanaan berbagai peperangan dan sariyyah sebelum Perang Badar.
- Pengiriman pasukan ke luar dan terjadinya berbagai peperangan besar.
Fasa ini berakhir dengan wafatnya Rasulullah SAW pada Isnin, 12 Rabiul Awwal 11 H.
Inilah aktiviti-aktiviti penting pada Fasa ini. Kami memaparkan secara ringkas kerana keterkaitannya dengan tujuan ditulisnya buku ini kurang. Juga kerana menceburkan diri dalam Fasa Madinah bererti telah keluar dari motif penulisan buku ini yang telah kami sampaikan sebelumnya.
Sumber: Muhammad Said Abu Za’rur, Seputar Gerakan Islam.

