Site icon MuslimahHTM News

TIGA SYARAT AMAL SOLEH

TIGA SYARAT AMAL SOLEH

Oleh: Al-Faqir Arief B. Iskandar

 

Kita sering mendengar orang berkata, “Amalan baik bergantung pada niatnya. Yang penting ikhlas.”

 

Kata-kata ini tidak sepenuhnya salah, tetapi juga ia tidak sepenuhnya benar. Sebab, perbuatan baik bukan sahaja ditentukan oleh keikhlasan pelakunya, tetapi juga oleh kesesuaiannya dengan apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW contohkan. Beliau bersabda:

مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدُّ

“Sesiapa yang melakukan perbuatan yang tidak kami perintahkan, maka perbuatannya tertolak.” (HR al-Bukhari dan Muslim).

 

Hadis ini merupakan salah satu pedoman penting dalam Islam. Hadis ini dengan tegas menolak setiap perkara bidaah dan menyalahi Islam. Ini bermakna, segala amalan bidaah dan menyalahi ketentuan syariah tidak akan diterima oleh Allah SWT walaupun berlandaskan pada niat yang ikhlas dan lurus. Sebahagian ahli usul fiqh menjadikan hadis ini sebagai asas kaedah bahawa setiap yang dilarang dinyatakan sebagai perkara yang merosakkan.

 

Mengenai perkara di atas, jumhur ulama bersepakat bahawa amalan yang berpotensi diterima oleh Allah SWT memerlukan tiga syarat:

 

Pertama, didasarkan iman kepada Allah SWT. Oleh itu, amalan orang kafir walau seikhlas mana pun banyaknya adalah sia-sia di hadapan Allah SWT. Ini adalah sebagaimana firman-Nya:

 

وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا

“Kami menghadapi segala amal orang-orang kafir itu, lalu Kami jadikan amal mereka sia-sia seperti debu yang berterbangan.” (TMQ al-Furqan [25]: 23).

 

Kedua, berniat ikhlas semata-mata kerana Allah SWT, bukan kerana riak atau sum’ah (amal yang ingin dilihat atau didengari oleh manusia). Hal ini sesuai dengan sabda Rasulullah SAW:

 

َإِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ

“Sungguh amal itu bergantung pada niatnya.” (HR al-Bukhari dan Muslim).

 

Ketiga, mesti sesuai dengan petunjuk Allah SWT dan Rasul-Nya, iaitu sesuai dengan ketentuan syariah Islam. Salah satunya asasnya adalah hadis di atas.

 

Wa maa tawfiiqii illaa bilLaah.

 

Exit mobile version