[Kenyataan Media] Adakah Umat Islam Akan Membiarkan Penduduk Tebing Barat Sendirian Menghadapi Kezaliman Yahudi, Seperti Mereka Membiarkan Penduduk Gaza Sebelum Ini?!
Tentera Yahudi telah melancarkan operasi ketenteraan di Tebing Barat dengan nama “Tembok Besi,” (iron wall) yang bermula di bandar Jenin dan kem pelariannya pada 21 Januari. Ia kemudiannya diperluaskan untuk merangkumi bandar Tulkarm dan kem-kemnya.
Menurut kenyataan tentera Yahudi, operasi ini bertujuan untuk mengamankan entiti pendudukan haram dan menghapuskan ‘keganasan’ di Tebing Barat, khususnya di utara dan kem-kem pelariannya. Setakat ini, operasi itu mengakibatkan 17 syahid, berpuluh-puluh individu cedera dan ditahan.
Tentera Yahudi telah mengusir banyak keluarga dari kawasan sasaran, merobohkan rumah-rumah, memusnahkan infrastruktur, dan mengepung hospital. Media tempatan memetik, Datuk Bandar Jenin, Mohammad Jarrar, sebagai berkata:
“Tentera Israel memaksa kira-kira 15,000 penduduk kem tersebut berpindah. Mereka telah merobohkan, membakar, dan meletupkan lebih daripada 100 buah rumah sejak operasi bermula. Antara 70 dan 80 buah rumah telah dibakar, 30 hingga 40 lagi musnah sepenuhnya. Telah berlaku pemusnahan besar-besaran jalan-jalan dengan menggunakan jentolak, berserta sumber air, elektrik, kumbahan, dan rangkaian komunikasi.”
Dia menambah, “Apa yang baharu dalam operasi ketenteraan ini ialah pemindahan besar-besaran penduduk kem Jenin dan perobohan rumah-rumah serta bangunan secara berterusan.”
Semua ini berlaku tatkala Tebing Barat telah dipecah-pecahkan oleh ratusan sekatan dan pusat pemeriksaan, yang menukar setiap bandar dan malah setiap kampung menjadi penjara kecil.
Situasi ini telah menambah penderitaan dan kesusahan penduduk Tanah yang Diberkati, di samping perobohan rumah dan struktur secara berterusan yang berlaku di pelbagai bahagian Tebing Barat.
Sebaik sahaja gencatan senjata diumumkan di Gaza, entiti Yahudi itu memulakan operasi ketenteraannya di utara Tebing Barat, di mana jenayah dan operasi Yahudi tidak pernah berhenti walaupun ketika genosid berlangsung di Gaza.
Ditambah lagi dengan operasi oleh Pihak Berkuasa Palestin, yang salah dan penuh tipu daya mengatasnamakan “Perlindungan Watan (Watan Protection),” yang telah mendahului operasi Yahudi dengan mematuhi arahan Amerika dan Yahudi.
Operasi ini melibatkan pengepungan kem pelarian Jenin selama lebih daripada 48 hari dan cuba untuk menghapuskan pejuang penentangan, yang mereka labelkan sebagai “penjenayah”. Malah, Pihak Berkuasa Palestin kini membantu entiti Yahudi itu dalam pencerobohannya terhadap Jenin, Tulkarm, dan kem pelarian mereka, dengan harapan mendapat kelulusan dan menerima sisa-sisa sebagai balasan.
Pencerobohan ini mencerminkan tindakan tentera Yahudi semasa genosid di Gaza. Ia menyasarkan orang awam dengan menembak wanita, kanak-kanak, dan orang tua, serta menggunakan mereka sebagai perisai manusia. Ia merobohkan masjid, meletupkan rumah, membakarnya, dan memindahkan penduduknya secara paksa selepas mengepung mereka dan memotong bekalan air, elektrik, dan makanan. Ia telah memusnahkan infrastruktur, mengepung hospital, dan menghalang pasukan perubatan daripada membantu mereka yang cedera.
Entiti jenayah ini tidak menghormati sebarang pakatan atau perjanjian dengan orang yang beriman. Kejahatannya mencerminkan kebencian dan permusuhan yang mendalam terhadap Islam dan umat Islam. Ia berterusan dalam kezalimannya, terus melaksanakan impian dan rancangan Tauratnya.
Nampaknya talian hayat penjenayah Amerika dan para pengkhianat dari kalangan pemimpin negeri-negeri Muslim telah dilanjutkan. Mereka membekalkan kepada entiti dengan pelbagai sarana kekuasaan serta kelangsungan hidup.
Sementara itu, kelihatannya masih tiada tindakan sebenar daripada umat Islam dan tenteranya untuk mempertahankan tapak mikraj Nabi kita SAW dan membebaskan Tanah Yang Diberkati.
Wahai umat Islam,
Sungguh memalukan dan berdosa besar apabila kalian memiliki keupayaan material dan sumber manusia untuk membebaskan Tanah yang Diberkati daripada najis orang Yahudi, tetapi kalian tidak melakukan apa-apa. Kalian membenarkan orang Yahudi menyebarkan rasuah dan melakukan jenayah di Tebing Barat, sama seperti kalian kekal pasif semasa pencerobohan berlaku ke atas Gaza.
Kami mengingatkan dan memberi amaran kepada kalian bahawa entiti penjenayah ini tidak akan berhenti di sempadan Tanah yang Diberkati. Ia akan terus mengejar cita-cita Tauratnya dengan sokongan Trump, yang percaya bahawa ‘Israel sangat kecil’ dan mesti diperluaskan. Kami mengatakan kepada rakyat dan tentera Jordan dan Mesir secara khusus, bahawa Trump mahu jadikan mereka sebagai tuan rumah bagi penduduk Gaza yang terlantar, seolah-olah tanah ini adalah miliknya untuk diberikan dan rakyat mereka hanya tertakluk kepada kehendaknya.
Sama ada kamu, wahai Ummah, berdiri bersama penduduk Tanah yang Diberkati, Palestin, bangkit membela mereka, dan menggagalkan rancangan Yahudi dan Amerika – dengan terlebih dahulu menyingkirkan para pemerintah yang khianat dan kemudian berarak untuk membebaskan Tanah yang Diberkati- atau kamu akan menghadapi kehinaan dan kemurkaan serta azab Allah di dunia dan Akhirat:
﴿وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْماً غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ﴾
“Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.” (TMQ Muhammad [47]:38)
Bahagian Muslimah
Pejabat Media Pusat
Hizb ut Tahrir

