Aisyah (RA): Teladan Bagi Wanita Syria dalam Membentuk Masyarakat Islam
Kejatuhan rejim Assad yang zalim telah membawa peluang seketika untuk rakyat Syria. Namun, membina semula negara dan membimbing rakyatnya ke arah perpaduan dan keadilan memerlukan kebijaksanaan, ketabahan, dan keimanan yang tidak berbelah bahagi kepada Allah. Wanita, perlu menjadikan legasi Aisyah binti Abu Bakar (ra) sebagai ilham, dan meletakkan diri mereka untuk membantu memimpin transformasi ini. Kehidupannya, diselitkan dengan ilmu pengetahuan, kepimpinan, dan komitmen terhadap kebenaran, berfungsi sebagai pelita bagi penyelesaian muktamad—penegakan Khilafah.
Aisyah (RA): Ikon Ilmu dan Kepimpinan
Aisyah (ra) terkenal dengan ilmu dan kepimpinannya yang luas. Dia meriwayatkan lebih 2,000 hadis, menawarkan pandangan mendalam tentang kehidupan Nabi Muhammad (saw) dan prinsip-prinsip pemerintahan dan keadilan.
Kehidupannya menunjukkan bahawa wanita bukan sahaja penting dalam pembangunan kerohanian dan intelektual masyarakat tetapi juga pemain utama disebalik tadbir urusnya.
Di Syria selepas Assad, wanita boleh menjadikan Aisyah (ra) sebagai teladan untuk diikuti dengan mendidik masyarakat mereka tentang prinsip Islam, memperkasakan rakyat untuk memeluk perpaduan di bawah kekhilafahan, dan menolak penyelesaian yang dikenakan oleh kuasa asing atau sekular.
Ketahanan dalam Kesusahan: Membina Asas yang Teguh
Semasa peristiwa Ifki, apabila Aisyah (ra) dilemparkan tuduhan palsu, dia menunjukkan kesabaran dan pergantungan yang luar biasa kepada Allah. Pembenarannya dinyatakan dalam Al-Quran:
“….Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu…. Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Amat melimpah belas kasihanNya, (tentulah kamu akan ditimpa azab dengan serta-merta). (TMQ An-Nuur [24]:11-20)
Episod ini mengajar kepentingan ketabahan, iman, dan tawakkal kepada Allah semasa ujian.
Wanita Syria, setelah mengalami peperangan, penindasan, penyeksaan, penderaan dan banyak lagi – mereka boleh menyalurkan kekuatan mereka untuk membina semula masyarakat dengan memupuk akauntabiliti, menyampaikan tentang keadilan, dan membimbing masyarakat ke arah nilai-nilai Islam, mereka boleh meletakkan asas yang kukuh untuk masa depan Syria dan seluruh dunia Islam.
Wanita sebagai Arkitek Masa Depan
Aisyah (ra) terlibat secara mendalam dalam menasihati dan membetulkan perkara-perkara kemasyarakatan dan politik. Beliau mencontohkan peranan aktif yang boleh dimainkan oleh wanita dalam membentuk masyarakat berasaskan keadilan. Allah memerintahkan orang-orang yang beriman untuk menegakkan keadilan:
”Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. …“ (TMQ An-Nisaa’ 4:135)
Wanita Syria boleh mengambil ibrah daripada legasi Aisyah (ra) dalam beberapa cara:
- Membina Kesedaran tentang Khilafah: Wanita boleh memimpin usaha untuk mendidik orang lain tentang Khilafah sebagai sistem yang ditetapkan oleh Ilahi yang memastikan keadilan, perpaduan, dan kesejahteraan masyarakat.
- Memupuk Perpaduan Komuniti: Keupayaan Aisyah (ra) untuk menjadi perantara dan menyatukan orang semasa masa perselisihan memberikan model yang kuat. Wanita boleh memainkan peranan yang sama dalam menyatukan pelbagai puak untuk membina semula Syria berdasarkan prinsip Islam.
- Memperjuangkan Dasar Berteraskan Syariah:
Allah (swt) berfirman: “…dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.” (TMQ Al-Maaidah [5]:44)
Wanita Syria boleh memastikan agar Syariah mentadbir segenap aspek kehidupan, daripada undang-undang sehinggalah struktur sosial, dengan mengambil bahagian secara aktif dalam proses pembinaan semula.
Memetakan Laluan Ke Hadapan
Kejatuhan rejim Assad menandakan permulaan perjalanan ke arah pembebasan sebenar.
Wanita, sebagai pengasuh keluarga dan pemimpin masyarakat, adalah penting untuk transformasi ini. Dengan menolak penyelesaian dan ideologi sekular yang dikenakan oleh asing, dan menerima panduan Syariah yang komprehensif melalui Khilafah, wanita Syria boleh membawa negara mereka ke arah keadilan dan kemakmuran yang sebenar.
Kesimpulan
Aisyah binti Abu Bakar (ra) kekal sebagai contoh sepanjang zaman tentang bagaimana wanita boleh membentuk masyarakat dengan ketahanan, pengetahuan, dan komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada perintah Allah. Al-Quran mengingatkan kita:
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (TMQ Ar-Ra’d, [13]:11).
Wanita Syria, dari apa yang diilhamkan oleh legasi Aisyah (ra), mempunyai peluang untuk memimpin negara mereka ke arah perpaduan dan keadilan yang berkekalan. Ini dapat dicapai dengan memperjuangkan pembentukan semula Khilafah dan menegakkan prinsip Islam. Dengan itu, mereka dapat memastikan Syria bukan sahaja pulih tetapi mampu berkembang maju sebagai mercu tanda keadilan dan rahmat di bawah naungan Allah (swt).
Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir oleh
Sumaya binti Khayyat

