Israk Mikraj: Peristiwa Penguat Hati dan Dakwah Nabi
Oleh: Rahmah
Mudir Ma’had Al-Abqary, K.H. Yasin Muthohar menyatakan bahawa peristiwa Israk Mikraj adalah perjalanan luar biasa dan rihlah ‘adzimah (perjalanan agung) yang ditempuh Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa sebagai penguat bagi diri Nabi SAW dalam berdakwah.
“Israk Mikraj ini adalah peristiwa yang ditujukan untuk menguatkan hati Nabi SAW dan menjadikan Nabi semakin berani dalam berdakwah,” ujarnya dalam saluran YouTube Abi Yasin Muthohar bertajuk Israk Mikraj; Dimensi Spiritual, Sosial dan Politik pada Rabu (24/01/2025).
Beliau menyatakan, “Terdapat tiga dimensi politik daripada peristiwa Israk Mikraj Nabi.”
Pertama, dakwah Islam dan perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan keadilan pasti akan mendapat sokongan dan kemenangan dari Allah SWT, meski pun pada ketika itu Nabi SAW sedang menghadapi kesulitan besar, termasuk kewafatan bapa saudara dan isterinya.
“Jangan khuatir kalau orang memusuhimu, menentangmu, menyakitimu, menolak, kalau namanya dakwah itu pasti akan ditolong oleh Allah. Ada mad’umah biinayah ilahiyah (didukung dengan perhatian Allah) dan dakwah itu pasti akan menang meski pun menghadapi berbagai macam halangan dan rintangan,” tuturnya.
Kedua, simbol peralihan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, yang menunjukkan bahawa Islam bukan hanya agama yang terbatas di Mekah, tetapi agama yang memiliki pengaruh dan potensi untuk berkembang di seluruh dunia.
“Islam itu bukan untuk Mekah saja. Islam itu agama yang mendunia yang nanti akan memanjang dari Mekah ke Al-Quds, Palestin, Syam dan ke seluruh dunia semuanya,” katanya.
Beliau menjelaskan, daripada peristiwa Israk Mikraj juga Nabi Muhammad SAW diperlihatkan ke wilayah-wilayah (Mesir, Iraq, Palestin, Syam) yang akan menjadi pusat peradaban Islam pada masa depan dan memiliki dampak besar terhadap politik dan peradaban dunia.
“Nabi dibawa oleh Jibril dengan menaiki Burak ke tempat-tempat yang akan dituju oleh Nabi, iaitu dari Mekah ke Madinah (tempat hijrahnya Nabi). Kemudian ke Mesir (Bukit Tursina) iaitu tempat Nabi Musa mendapatkan wahyu dari Allah. Dari Bukit Tursina, Nabi dibawa ke Baitul Lahm, tempat lahirnya Nabi Isa AS. Dari Baitul Lahm, barulah Nabi dibawa ke Masjidil Aqsa,” jelasnya.
Ketiga, peristiwa Israk Mikraj itu menunjukkan pentingnya Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa, kerana negara mana yang dapat menguasai keduanya, dapat menguasai umat Islam.
“Kalau ingin melemahkan umat Islam di dunia, jantung Islam itu ada di Timur Tengah. Pusat Islam, pusat dunia itu Mekah. Kalau ingin menguasai umat Islam, kuasai Mekah, kuasai penguasanya. Makanya, sejak sebelum Khilafah runtuh, Arab itu sudah dikuasai oleh Inggeris. Sampai sekarang Mekah itu di bawah bayang-bayang Inggeris dan Amerika. Sekarang rasmi Amerika,” ujarnya.
Beliau menegaskan bahawa peristiwa Israk Mikraj bukan hanya berbicara tentang aspek ruhiyah tetapi juga dimensi masa depan politik dan kepemimpinan Islam, di mana Rasulullah SAW adalah sebagai qudwah hasanah untuk selalu sabar dalam perjuangan dan dakwah.
“Allah men”setting” Nabi sebagai qudwah dan uswah, sebagai teladan bagi umatnya dalam perjuangan. Ternyata perjuangan itu tidak mudah. Perjuangan itu ada halangan dan rintangan dan untuk menghadapi itu perlu kesabaran. Setelah sabar, maka akan datang pertolongan dari Allah SWT,” katanya.

