Site icon MuslimahHTM News

Kebakaran Los Angeles, Aktivis Muslim: Musibah dari Allah SWT yang Perlu Dijadikan Hikmah

Kebakaran Los Angeles, Aktivis Muslim: Musibah dari Allah SWT yang Perlu Dijadikan Hikmah

 

Oleh: Syamsiyah Jamil

 

Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia Al-Ustaz Abdul Hakim Othman mengatakan bahawa kebakaran besar yang terjadi di Los Angeles (LA) merupakan musibah daripada Allah SWT yang perlu dijadikan hikmah.

 

“Kebakaran besar yang terjadi di LA merupakan musibah daripada Allah SWT yang perlu dijadikan hikmah,” tuturnya dalam Kupas Tuntas bertajuk Los Angeles Wildfire: Balasan Allah untuk Amerika? di akaun Facebook Jurucakap HTM, Jumaat (17/01/2025).

 

“Padahal Amerika dikatakan kuat, mempunyai tentera yang terkuat, mempunyai kekuatan ekonomi, kecanggihan teknologi, dan sebagainya, namun ketika terjadi kebakaran di LA, maka tidak ada kekuatan manusia yang dapat melawan kekuatan Allah SWT,” ujarnya.

 

Mereka gagal memadamkan api, lanjutnya, peristiwa itu menunjukkan betapa lemahnya Amerika.

 

Beliau menjelaskan bahawa musibah dalam Kitab al-Mu’jam al-Wasith bererti segala sesuatu yang dibenci yang menimpa manusia. “Sebagai umat Islam, kita wajib menerima musibah sebagai qada Allah SWT, baik kecil mahupun besar,” tuturnya.

 

“Pada dasarnya, musibah boleh terjadi dalam dua bentuk. Pertama, musibah sebagai salah satu bentuk hukuman atau azab di dunia yang dijatuhkan Tuhan kepada manusia. Kedua, musibah juga boleh menjadi ujian bagi manusia,” jelasnya.

 

Musibah yang berupa hukuman atau azab, sambungnya, sering disebutkan Allah dalam Al-Qur’an. “Kerana kebohongan manusia terhadap ayat-ayat Allah dan nabiNya, maka Allah menurunkan azab. Allah pun memberikan hukuman kepada manusia kerana perbuatan tangannya sendiri,” ucapnya mengingatkan.

 

Beliau menjelaskan pengertian musibah sebagai ujian dengan mengatakan, “Bencana yang menimpa mereka adalah kerana Allah SWT ingin memberikan maghfirah (pengampunan) kepada mereka atau Allah ingin menghapus dosa-dosa mereka, atau Allah ingin menaikkan darjat mereka, atau Allah ingin  menambah pahala mereka, atau menambah kesabaran mereka.”

 

Apakah kebakaran tersebut merupakan azab Allah SWT terhadap Amerika, beliau menjelaskan, sebagai seorang Muslim, kita tidak boleh secara pasti mengaitkan atau bahkan yakin bahawa itu adalah azab Allah SWT. Tetapi pada saat yang sama, hal itu tidak boleh dinafikan.

 

“Sebagai Muslim, kita sangat membenci kejahatan Amerika. Kita sebagai individu tidak terkalahkan. Jadi, mungkin yang terjadi di Amerika adalah hukuman Allah terhadap Amerika,” ujarnya.

 

Beliau menegaskan, pendapat yang mengingkari musibah tersebut merupakan malapetaka bagi Amerika dengan alasan kebakaran adalah hal biasa atau tidak ada hubungannya dengan teguran atau peringatan daripada Allah SWT, adalah pendapat yang salah. “Tidak ada musibah yang terjadi di muka bumi ini kecuali yang telah ditetapkan oleh Allah SWT,” tegasnya.

 

“Jadi, jangan terlalu keras hati hingga ingin menafikan bahawa apa yang terjadi di Amerika tidak ada campur tangan Allah SWT”, kata mantan peguam itu.

 

“Baik yang kafir mahupun Muslim, yang berbuat dosa, pelaku maksiat, maka kita ghalabatu zhan (dugaan kuat) bahawa musibah yang menimpanya merupakan azab atau seksa daripada Allah kepada orang tersebut,” jelasnya.

 

Lanjutnya, apabila suatu musibah menimpa seorang Muslim yang taat dan soleh dan tidak melakukan kemaksiatan, maka musibah itu adalah ujian, bukan hukuman. “Allah memberikan ujian untuk menaikkan darjatnya, memaafkannya, menambah pahalanya, dan sebagainya,” katanya menguatkan.

 

“Apa sahaja musibah, kita mengambilnya sebagai pengajaran untuk kita kembali ke jalan yang benar. Kembali ke jalan Islam. Ini jalan yang Allah SWT perintahkan, ini jalan yang kita kena ambil,’ tutupnya.

 

Sumber: https://www.facebook.com/share/v/19APzdAP1k/

Exit mobile version