Ibu Adalah Madrasatul Ula, Aktivis Muslimah: Pastikan Dirinya Mengetahui Kisah Tokoh Islam
Oleh: Syamsiyah Jamil
Aktivis Muslimah Malaysia, Puan Samsia Izzah mengatakan bahawa para ibu sebagai madrasatul ula (sekolah pertama) bagi anaknya mesti memastikan bahawa dirinya sendiri mengetahui kisah-kisah tokoh Islam untuk diceritakan kepada anaknya.
“Para ibu sebagai madrasatul ula (sekolah pertama) bagi anaknya mesti memastikan bahawa dirinya sendiri mengetahui kisah-kisah tokoh Islam untuk diceritakan kepada anaknya,” ujarnya dalam Siri Bicara Muslimah Online di akaun Facebook Muslimah HTM: Bedtime Story Anak Muslim, Sabtu (24/1/2024).
“Sebagai ibu umat Islam yang sekarang ini kita tahu banyak cabaran anak-anak, jadi sebaiknya kita jangan tumpukan kepada kisah-kisah fantasilah. Kita tukarkan cerita fantasi ini kepada realiti,” ujarnya.
Beliau menyarankan, bedtime story merupakan amalan yang bermanfaat bagi anak-anak kerana itulah waktu yang paling menenangkan untuk ibu menanamkan nilai-nilai murni pada anak.
“Kita sekarang tahu anak-anak mempunyai banyak cabaran, ceritakan kepada anak-anak banyak kisah tentang tokoh-tokoh tersebut. Jadi mereka akan tahu dan mengenali tokoh-tokoh tersebut, bukan tokoh-tokoh fantasi seperti Spiderman, Batman, Superman,” tuturnya.
Beliau menegaskan agar anak-anak boleh mengetahui kewujudan tokoh-tokoh fantasi tersebut namun jangan sampai anak-anak mengidolakan mereka melebihi watak-watak Muslim yang nyata dan benar. “Mereka adalah karakter yang diciptakan oleh Barat, bukan Islam,” terangnya.
“Ibu berperanan untuk menceritakan kisah watak-watak Islam yang hebat, yang benar-benar wujud dan katakan kepada mereka, yakinkan kepada mereka bahawa mereka ni sebenarnya memang wujud, memang betul, memang tak nampak sekarang, tapi memang ada,” ujarnya.
Beliau memberikan contoh Imam Syafie, seorang anak yatim yang hidup dalam kemiskinan. Tetapi ibunya bercita-cita untuk menjadikannya seorang ilmuwan dan membawanya pergi berguru dengan Imam Nawawi dalam keadaan miskin.
“Kemudian kita tanamkan kepada mereka semangat juang. Contohnya kisah Sultan al-Ayyubi, bagaimana Sultan al-Ayyubi ini dari kecil lagi, dia tidak leka, dia menjadi satu peribadi yang hebat, memimpin tentera, memimpin negara,” katanya sebagai contoh.
Kemudian yang paling terkesan dengan Sultan al-Ayyubi ini, Palestin itu sebenarnya Sultan Al-Ayyubi yang membukanya semula selepas ditakluk oleh orang-orang Kristian.
Doktor mata tersebut mengatakan bahawa fasa anak berumur 0-6 tahun adalah bonding time terbaik bersama ibu, maka bedtime story adalah momen paling penting untuk diterapkan. “Pada fasa ini, karakter anak akan terbentuk,” tegasnya.
“Semasa inilah kita kena tackle anak anak untuk dia mengenal identitinya, dia adalah orang Islam, dia adalah sebahagian umat Islam. Jadi umat Islam yang di Palestin itu saudara kita. Kenapa kita wajib pula melindungi mereka, menyokong mereka semua,” tegasnya.
“Banyak sebenarnya peranan ibu untuk menjadikan seorang anak tu tumbuh dewasa, bukan sahaja berakhlak mulia tetapi menjadi seorang pejuang agama masyarakat dan negara,” tutupnya.

