Site icon MuslimahHTM News

Jangan Berburuk Sangka kepada Orang Mukmin

[Nafsiyah] Jangan Berburuk Sangka kepada Orang Mukmin

Oleh: Ust M Taufik NT

 

عَنْ حَارِثَةِ بْنِ النُّعْمَان قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ثَلاَثٌ لاَزِمٌ ِلاُمَّتِى : اَلطِّيَرَةُ وَالْحَسَدُ وَسُوْءُ الظَّنِّ. فَقَالَ : وَمَا يُذْهِبُهُنَّ يَارَسُوْلَ اللهِ مِمَّنْ هُنَّ فِيْهِ ؟ قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِذَا حَسَدَ فَاسْتَغْفِرِ اللهَ وَاِذَا ظَنَنْتَ فَلاَ تُحَقِّقْ وَاِذَا تَطَيَّرْتَ فَامْضِ

 

Dari Haritsah bin an-Nukman berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Tiga perkara yang menjadi kebiasaan di kalangan umatku:  Mempercayai ramalan sial, hasad dengki dan berprasangka buruk . Beliau bertanya: ‘Apakah yang dapat menghilangkan semua itu  wahai Rasulullah bagi orang yang telah memiliki perkara-perkara tersebut pada dirinya?’  Baginda bersabda:  Apabila berhasad dengki, mintalah ampun, apabila berprasangka buruk, janganlah diteruskan dan apabila mempercayai tataiyur (ramalan sial), hendaklah dihapuskan“.  [HR at-Tabrani].

 

عَنْ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ قَالَ :  وَلاَ تَظُنُّ بِكَلِمَةٍ خَرَجَتْ مِنْ اَخِيْكَ الْمُؤْمِن اِلاَّ خَيْرًا.

Dari Umar bin Al-Khattab, beliau berkata:  “Janganlah kamu berprasangka (buruk) terhadap kata-kata yang keluar dari (mulut) saudara kamu yang beriman kecuali (prasangka) yang baik”.  [Tafsir Ibnu Kathir]

 

Sa’id al-Musayyib Rahimahullahu berkata :

ليس من عالم ولا شريف ولا ذوفضل إلا وفيه عيب ولكن من الناس من لاينبغي أن تذكر عيوبه و من كان فضله أكثر من نقصه ذهب نقصه لفضله.

“Tidak ada seorang ulama pun, ataupun seorang yang mulia dan memiliki keutamaan, melainkan dia pasti memiliki kekurangan. Namun demikian, ada sebahagian manusia yang tidak sepatutnya mereka menyebutkan kekurangan-kekurangan para ulama ini. Barangsiapa yang keutamaannya lebih banyak daripada kekurangannya, nescaya hilanglah kekurangannya kerana banyaknya keutamaannya.”[ Ibnu Abdil Barr di dalam at-Tamhid]

 

 

Sumber: https://mtaufiknt.wordpress.com/2011/07/21/jangan-berburuk-sangka-kpd-mukmin/

 

 

 

 

Exit mobile version