Gagasan Pelucutan Senjata Adalah Mitos
Oleh: Aliya Ab Aziz
Dalam kajian telaah Kitab Mafahim Siyasiyah (Konsep Politik Islam) edisi ke-25 bertajuk Faktor Pendorong Persaingan Antara Negara, Isu Perdamaian, dan Pelucutan Senjata, Pemerhati Politik Antarabangsa Ustaz Budi Mulyana menegaskan bahawa konsep pelucutan senjata yang diusung oleh negara-negara kuasa besar hanyalah mitos belaka.
“Konsep pelucutan senjata yang diusung oleh negara-negara kuasa besar hanyalah mitos belaka,” katanya terus terang, Rabu (2/8/2023).
Tambah Budi, pelucutan senjata sebenarnya adalah strategi negara kuasa besar untuk memastikan negara-negara lain tidak mempunyai kekuatan yang untuk menyaingi mereka.
“Negara kuasa besar itu akan berusaha agar negara lain tidak memiliki senjata yang boleh menjadi ancaman kepadanya. Inilah yang kemudiannya memunculkan gagasan bahawa untuk mencapai kedamaian, maka senjata-senjata itu mesti dilucutkan,” ujarnya.
Bagaimanapun menurutnya, “Adalah mustahil bagi negara kuasa besar itu akan menghapuskan kepemilikan senjatanya. Fakta kuasa besar itu ialah ia mesti mempunyai power(kuasa), dan power itu adalah kepemilikan senjata”.
Hal ini kerana realiti menunjukkan, tambahnya, bahawa negara-negara yang kuat tetap mempertahankan, malah mengembangkan teknologi persenjataan mereka.
Budi turut menyoroti bagaimana perjanjian antarabangsa seperti Non-Proliferation Treaty (NPT) atau Perjanjian Non-Proliferasi Nuklear dibuat bagi memastikan hanya negara-negara tertentu saja yang boleh memiliki senjata nuklear.
“Perjanjian larangan penyebaran nuklear itu kan isinya menyatakan bahawa nuklear hanya boleh dimiliki oleh negara-negara yang sudah mempunyai nuklear, seperti Amerika dan anggota tetap Majlis Keselamatan PBB, tapi yang lain tidak boleh (tidak dibenarkan) supaya ‘damai’,” jelasnya.
Menurutnya, ini adalah satu bentuk usaha yang nyata untuk mempertahankan status quo oleh negara-negara kuat agar terus mendominasi konstelasi politik global.
Beliau juga menyatakan bahawa kepemilikan kekuatan, termasuk ketenteraan, adalah sebahagian daripada tuntunan sebagaimana Al-Quran menekankan pentingnya memiliki kekuatan untuk menggentarkan lawan.
“Di dalam Al-Quran sendiri sudah disebutkan bahawa kita mesti memiliki kekuatan yang mampu menggentarkan lawan. Apa yang boleh menggetarkan pihak lawan? Iaitu, disebut sebagai kuda-kuda yang ditambatkan dengan pasukan berkuda. Oleh itu, pasukan berkuda adalah pasukan yang mematikan,” jelasnya.
Dalam konteks moden, konsep tersebut boleh ditafsirkan sebagai pentingnya kekuatan ketenteraan dan teknologi sebagai sebahagian daripada usaha pertahanan umat Islam. “Umat Islam saat ini masih bergantung pada teknologi ketenteraan negara lain, yang menjadikan dunia Islam rentan kepada tekanan antarabangsa,” ungkapnya.
“Masalahnya, kekuatan ketenteraan dunia Islam itu masih bergantung kepada industri ketenteraan asing. Kalau ketenteraannya tidak mandiri, ya tinggal di-shutdown saja dalam perang,” katanya.
Beliau turut menyentuh bagaimana teknologi berperanan besar dalam peperangan hari ini. “Perang di Ukraine itu adalah perang teknologi, tidak lagi mengirimkan orangnya. Anda mengirimkan orang tetapi menguji teknologi, contohnya melalui dron,” jelas Budi.
PBB, menurutnya, memiliki agenda untuk mengawal pembangunan teknologi persenjataan, namun tetap menghadapi halangan kerana negara-negara besar enggan melepaskan keunggulan mereka.
“Manusia itu fitrahnya ingin damai, tidak mahu berperang. Tetapi ada perintah kepada kita untuk melakukan jihad, walaupun itu berat untuk dilakukan,” ungkapnya.
Beliau melanjutkan penjelasan, perdamaian seringkali hanya menjadi wacana di meja diplomasi, manakala di lapangan negara-negara besar terus memperkuatkan ketenteraan mereka.
“Umat Islam mesti memahami bahawa perdamaian sejati hanya boleh dicapai jika umat memiliki kekuatan yang cukup untuk menjaga eksistensinya,” tegasnya.[]
Sumber:
Faktor Pendorong Persaingan Antara Negara, Isu Perdamaian Dan Pelucutan Senjata: Ust. Budi Mulyana
https://youtu.be/VekM52slrkQ ?feature=shared

