[Nafsiyah] Berhati-hati melabelkan orang lain salah
Oleh: Ustaz M Taufik N T
Hadis riwayat Imam Bukhari berikut ini menjadi iktibar untuk kita berhati-hati melabel orang lain sebagai salah apatah lagi sesat atau kafir sebelum kita benar-benar menelitinya.
حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ عُقَيْلٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ حَدَّثَنِي عُرْوَةُ أَنَّ الْمِسْوَرَ بْنَ مَخْرَمَةَ وَعَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ عَبْدٍ الْقَارِيَّ حَدَّثَاهُ أَنَّهُمَا سَمِعَا عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ يَقُولُ سَمِعْتُ هِشَامَ بْنَ حَكِيمٍ يَقْرَأُ سُورَةَ الْفُرْقَانِ فِي حَيَاةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاسْتَمَعْتُ لِقِرَاءَتِهِ فَإِذَا هُوَ يَقْرَأُ عَلَى حُرُوفٍ كَثِيرَةٍ لَمْ يُقْرِئْنِيهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكِدْتُ أُسَاوِرُهُ فِي الصَّلَاةِ فَتَصَبَّرْتُ حَتَّى سَلَّمَ فَلَبَبْتُهُ بِرِدَائِهِ فَقُلْتُ مَنْ أَقْرَأَكَ هَذِهِ السُّورَةَ الَّتِي سَمِعْتُكَ تَقْرَأُ قَالَ أَقْرَأَنِيهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ كَذَبْتَ أَقْرَأَنِيهَا عَلَى غَيْرِ مَا قَرَأْتَ فَانْطَلَقْتُ بِهِ أَقُودُهُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ إِنِّي سَمِعْتُ هَذَا يَقْرَأُ سُورَةَ الْفُرْقَانِ عَلَى حُرُوفٍ لَمْ تُقْرِئْنِيهَا فَقَالَ أَرْسِلْهُ اقْرَأْ يَا هِشَامُ فَقَرَأَ الْقِرَاءَةَ الَّتِي سَمِعْتُهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَذَلِكَ أُنْزِلَتْ ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اقْرَأْ يَا عُمَرُ فَقَرَأْتُ الَّتِي أَقْرَأَنِي فَقَالَ كَذَلِكَ أُنْزِلَتْ إِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ أُنْزِلَ عَلَى سَبْعَةِ أَحْرُفٍ فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنْهُ
Yahya bin Bukair telah menceritakan kepada kami Al Laits daripada Uqail daripada Ibnu Shihab telah menceritakan kepadaku Urwah bahawa Miswar bin Makhramah dan Abdurrahman bin Abdul Qari kedua-duanya menceritakan kepadanya, bahawa dia mendengar Umar bin Khattab berkata,
“Aku mendengar Hisham bin Hakim membaca Surah Al Furqaan ketika Nabi SAW masih hidup, dan aku menikmati bacaannya. Ternyata beliau membacanya dalam pelbagai teknik bacaan yang Rasulullah SAW belum pernah membacakannya kepadaku sehingga aku hampir-hampir menarik kepalanya ketika solat, tetapi aku cuba menahan sabarku sehingga dia mengucapkan salam. Lalu aku menarik bajunya (kolar) dan aku bertanya, ‘Siapakah yang pertama kali membaca surah Al-Quran kepadamu yang aku dengar engkau baca tadi? ‘ Beliau menjawab, ‘Rasulullah SAW membacakannya kepadaku!’
“Aku lalu berkata ‘Engkau berdusta, kerana Rasul SAW membacakan kepadaku bukan seperti yang engkau baca.’ “
“Maka aku bawa Hisyam bin Hakim kepada Rasulullah SAW dan aku melaporkan kepada baginda,”
“Aku telah mendengar orang ini membaca surah Al Quran tidak sama seperti teknik bacaan yang engkau bacakan kepadaku”,
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Lepaskan dia, bacalah wahai Hisyam”.
Lalu Hisyam membaca bacaan yang telah aku dengar sebelumnya, lalu Rasulullah SAW bersabda: “Begitulah turunnya surah tersebut! Kemudian Rasulullah SAW bersabda:Bacalah wahai Umar” “
“Aku pun membaca sebagaimana baginda membacakan kepadaku, dan baginda juga berkomentar ‘Begitulah surah Al-Quran tersebut diturunkan, sesungguhnya surah al-Quran ini diturunkan dalam tujuh Teknik bacaan, maka bacalah apa yang mudah bagimu’.” [HR. Bukhari no. 6995]
Sumber: https://mtaufiknt.wordpress.com/2011/02/02/jangan-mudah-men-cap-orang-lain-salah/
[Nafsiyah] Berhati-hati melabelkan orang lain salah

