Site icon MuslimahHTM News

[Soal-Jawab Seputar Gerakan Islam] Target dan Metode Dakwah Harakah Islamiah (Bahagian 2/5)

[Soal-Jawab Seputar Gerakan Islam] Target dan Metode Dakwah Harakah Islamiah (Bahagian 2/5)

Harakah Islamiah atau parti politik Islam sama sekali tidak diperbolehkan saling menuduh dan menyalahkan dengan mengatakan bahawa di antara pengikut-pengikutnya ada yang belum menjalankan hukum-hukum yang telah diwajibkan Islam, walaupun hal ini didasarkan kepada pendapat/fahaman fikih tertentu.

Adapun organisasi-organisasi atau parti-parti yang menonjolkan syiar-syiar Islam dengan maksud menyembunyikan kekufurannya, mereka juga memiliki pandangan, syarat-syarat, dan sifat-sifat tertentu terhadap setiap anggotanya.

Boleh jadi, misalnya, mereka hanya mengambil dan memperhatikan masalah-masalah kerohanian, tetapi tidak berlandaskan kepada akidah Islam. Sama halnya dengan aliran-aliran kebatinan yang ajaran-ajarannya bertentang dengan akidah Islam.

Begitu juga organisasi-organisasi dan parti-parti yang sekular ataupun materialistik, masing-masing memiliki asas, tolok ukur, serta nilai-nilai tertentu yang berbeza-beza untuk menerima mahupun menolak seseorang menjadi anggotanya. Juga untuk organisasi-organisasi kerjaya atau kesatuan buruh, masing-masing mempunyai tolok ukur dan penilaian yang berlainan terhadap setiap orang yang ingin menjadi anggotanya. Akan tetapi, jenis-jenis organisasi dan parti tersebut di atas tidak termasuk ke dalam pembahasan kita.

Kedua, target yang hendak dicapai.

Jika pandangan terhadap pembentukan wadah gerakan berbeza antara satu dengan lainnya, maka pandangan mengenai target yang ingin dicapai tentu juga akan berbeza-beza. Berbagai macam gerakan boleh saja mencapai titik-titik temu mengenai target, tetapi dalam faktanya tidak sedikit yang saling berselisih.

Apa yang diperselisihkan boleh jadi menyangkut persoalan mendasar, boleh jadi pula persoalan yang furuk (cabang). Sekalipun demikian, semua kelompok sepakat bahawa setiap gerakan dikehendaki mempunyai perbaikan di dalam masyarakat.

Apabila kita mendalami setiap gerakan yang melakukan perbaikan di dalam masyarakat, walaupun secara sederhana, kita akan mendapati dua jenis kelompok.

Pertama, kelompok yang memperbaiki masyarakat berdasarkan agama. Kedua, kelompok yang ingin memperbaiki masyarakat tetapi tidak berdasarkan agama.

Kelompok yang terakhir ini tidak perlu kita bahas.

Setiap kelompok, organisasi, dan parti yang berasaskan akidah Islam dan tegak di atas dasar perbaikan, biasanya menentukan persyaratan-persyaratan tertentu bagi orang-orang yang ingin menjadi anggotanya, misalnya mesti terikat dengan Islam secara menyeluruh.

Dalam hal ini, tentu saja ketiga-tiga jenis golongan tersebut tidak akan menerima anggota yang tidak terikat dengan Islam atau tidak berakhlak Islam. Apabila kita arahkan pandangan secara lebih mendalam terhadap semua kelompok ini, mereka akan terbahagi ke dalam tiga jenis arah/target.

Pertama, target yang hanya memperhatikan kepentingan individu.

Sebahagian perkumpulan, seperti tarekat (sufisme) dan semacamnya, menjadikan keselamatan dan kemenangan di akhirat sebagai target. Menurut mereka, target tersebut hanya dapat diraih melalui aktiviti rohani dan sikap beruzlah (mengurangi aktiviti bermasyarakat).

Mereka mendasarkan pandangan ini pada firman Allah SWT, “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu, tidaklah orang sesat itu akan memberi mudarat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. …” (TMQ Al Maidah: 105).

Maksud mereka dengan istilah mencari keselamatan adalah menjauhkan diri daripada masyarakat atau menghindari krisis-krisis yang ada di dalam masyarakat. Bahkan jika perlu dengan cara menggigit akar pohon sekalipun, mereka sanggup melakukannya, asalkan dapat menyelamatkan diri sendiri.

Kedua, target memperbaiki akidah dan akhlak individu.

Sebahagian organisasi/gerakan Islam berpendapat bahawa masyarakat terdiri atas kumpulan individu, sehingga apabila individu-individu itu baik, tentu masyarakatnya akan menjadi baik. Sebaliknya, apabila individu-individu itu akhlaknya rosak, akan rosak pula akhlak masyarakat tersebut.

Atas dasar pandangan yang keliru ini, mereka menjadikan perubahan individu sebagai dasar untuk mengubah keadaan masyarakat. Mereka bertolak dari pandangan ilmu sosiologi Barat tentang definisi masyarakat, padahal pendapat tersebut tidak sesuai dengan fakta pembentukan suatu masyarakat.

Sesungguhnya sekelompok individu seperti itu hanya akan menghasilkan suatu jemaah (perhimpunan), bukan masyarakat. Sedangkan yang membentuk masyarakat adalah interaksi antara anggota masyarakat berdasarkan adanya kepentingan bersama. Interaksi yang dimaksud adalah bahawa kepentingan tersebut hendaklah berdasarkan kepada pemikiran, perasaan, dan peraturan yang sama.

Ketiga, target memperbaiki Masyarakat.

Sebahagian organisasi Islam lainnya berpendapat bahawa masyarakat itu sebenarnya memiliki interaksi-interaksi yang berlangsung terus-menerus antara individu masyarakat. Di dalamnya terdapat sistem politik yang melibatkan negara untuk mengatur hubungan tersebut. Sementara itu, usaha individu dalam menjalinkan hubungan dengan orang lain adalah berdasarkan kesatuan pandangan dan perasaan mengenai ukuran/nilai mashlahat yang menjadi objek interaksi.

Oleh kerana itu, kerosakan masyarakat yang terjadi adalah kerana rosaknya interaksi di antara mereka ini, yakni rosaknya pemikiran dan perasaan masyarakat, serta rosaknya sistem yang mengatur interaksi antara individu masyarakat.

Inilah tiga jenis arah orientasi perbaikan masyarakat dan usaha mengembalikan kaum muslim ke masa kejayaannya. Masing-masing kelompok memilih salah satu arah sebagai metode khususnya untuk mencapai target dan masing-masing mengaku “Inilah metode Rasulullah SAW dalam dakwah!”


Sumber: Abdurrahman Muhammad Khalid, Soal-Jawab Seputar Gerakan Islam.

Exit mobile version