Site icon MuslimahHTM News

FIWS: Gencatan Senjata Gaza hanya sementara, Akar Masalah Palestin Belum Selesai

FIWS: Gencatan Senjata Gaza hanya sementara, Akar Masalah Palestin Belum Selesai

 

Oleh: Rahmah

 

Pengarah Forum on Islamic World Studies (FIWS), Farid Wadjdi menyatakan bahawa gencatan senjata di Gaza bukanlah penyelesaian yang menyeluruh, kerana akar permasalahannya masih ada, iaitu dukungan daripada kuasa imperialis Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya terhadap entiti Yahudi Zionis.

 

“Gencatan senjata di Gaza bukanlah penyelesaian yang menyeluruh, kerana akar permasalahannya masih ada, iaitu sokongan daripada kuasa imperialis AS dan sekutunya terhadap entiti Yahudi Zionis,” kata beliau yang dipetik dalam saluran YouTube Khilafah News bertajuk Israel Serang Gaza Pasca Gencatan, Isnin (20/01/2025).

 

Farid menegaskan bahawa entiti Yahudi Zionis itu disokong oleh penjajah kafir iaitu British yang melahirkannya, dan AS yang melindunginya sebagai harga mati.

 

“Entiti Yahudi Zionis ini berani melakukan serangan demi serangan kerana diamnya penguasa negeri-negeri Islam,” ujarnya dengan tegas.

 

Diamnya penguasa-penguasa negeri Islam, lanjut beliau, khususnya penguasa-penguasa negara Arab, yang bahkan digelar penguasa Arab ini merupakan kubah besi (iron dome) yang paling kuat dan dekat melindungi entiti penjajah Yahudi Zionis ini.

 

“Terdapat dua alasan mengapa penguasa Arab bersikap pasif dan berdiam diri daripada memberi bantuan,” tambahnya.

 

Pertama, pembentukan negara-negara Arab itu memang bertujuan untuk memecah-belah kesatuan umat Islam melalui perjanjian yang mengatasnamakan negara bangsa. “Sejak awal lagi negara Arab direka untuk memecah belah umat Islam dengan adanya negara bangsa sejak Perjanjian Sykes Picot,” katanya.

 

Kedua, keberadaan penguasa-penguasa yang tunduk dan setia melayani arahan negara-negara imperialis.

 

“Penguasa-penguasa yang muncul sebenarnya berada di bawah kawalan ketat negara-negara imperialis. Itulah sebabnya penguasa-penguasa Arab itu tidak bertindak, kerana mereka sebenarnya adalah pelayan setia negara-negara imperialis,” jelasnya.

 

Selanjutnya, beliau menyatakan bahawa adanya belenggu nation state (negara bangsa) yang menghalang umat Islam daripada bersatu. “Umat Islam tidak dapat bergerak kerana penguasa yang khianat, konsep negara bangsa juga telah menjadi belenggu bagi umat Islam untuk bersatu,” katanya.

 

Penyelesaian Hakiki

 

“Umat Islam perlu memahami akar permasalahan yang sebenar agar penyelesaiannya juga tepat, iaitu melawan entiti Yahudi Zionis dan kuasa imperialis di belakangnya,” ujarnya.

 

“Usaha yang konkrit untuk menyelesaikan masalah Palestin adalah dengan mengusir penjajah Yahudi Zionis dari Palestin. Ini bukan sekadar perang melawan entiti penjajah Yahudi Zionis, tetapi juga perang dengan penguasa-penguasa atau negara kafir imperialis yang ada di belakangnya,” tambahnya lagi.

 

Beliau menegaskan bahawa perlunya kewujudan khilafah untuk menyatukan kekuatan umat Islam dan menggerakkan tentera umat Islam agar masalah Palestin dapat diselesaikan secara menyeluruh.

 

“Di situlah kesatuan dan kekuatan umat Islam diperlukan, lalu diperlukan Khilafah ala Minhajin Nubuwwah untuk mempersatukan umat Islam, termasuk untuk menghapuskan halangan-halangan penguasa-penguasa Arab yang khianat,” ujarnya.

 

“Dengan cara itulah mobilisasi tentera umat Islam boleh dilakukan dan seterusnya menyelesaikan masalah Palestin ini secara komprehensif dan menyeluruh,” katanya.

Exit mobile version