Tidak Boleh Bergembira Dengan Gencatan Senjata
Oleh: Syamsiyah Jamil
Jurucakap HTM, Ustaz Abdul Hakim Othman mengatakan bahawa walaupun saudara kita di Gaza mendapat ketenangan sementara dalam tempoh gencatan senjata tetapi umat Islam tidak boleh bergembira dengannya.
“Kita tidak boleh bergembira dengan gencatan senjata ini. Bukan kita tidak suka saudara-saudara kita mendapat ketenangan sekejap. Kita nak saudara saudara kita di Palestin mendapat ketenangan selamanya, diselamatkan daripada Yahudi selama-lamanya, bukan selamat sementara kerana perjanjian gencatan senjata ini,” ujarnya, Jumaat (31/1/2025).
Di akaun Facebook Abdul Hakim Othman – Jurucakap HTM dalam Siri Kupas Tuntas bertajuk Genjata Senjata Gaza: Perlukah Umat Islam Gembira?, beliau menjelaskan, “Kita nak mereka dalam keadaan selamat selama-lamanya dan sepatutnya penguasa kaum Muslimin menyelamatkan mereka tetapi tiada yang melakukan sedemikian rupa.”
Lanjutnya, gencatan senjata ini sebenarnya hanyalah merupakan sebuah perangkap Amerika terhadap Gaza sebab Amerika merupakan dalang kepada gencatan senjata ini.
“Gencatan senjata ini berlaku setelah pembunuhan besar-besaran, setelah kemusnahan yang begitu dahsyat ke atas Gaza dan setelah diamnya para penguasa kaum Muslimin di seluruh dunia. Walhal mereka mampu untuk menghantar tentera untuk melawan kejahatan Yahudi dan tiba-tiba bila berlaku gencatan senjata, mereka antara orang yang bergembira,” terangnya.
Beliau menegaskan, berdasarkan track record Yahudi, sebenarnya tidak pernah mereka mematuhi apa sahaja perjanjian yang mereka buat, khususnya perjanjian gencatan senjata. “Tidak ada perjanjian gencatan senjata yang tidak dilanggar oleh Yahudi,” tegasnya.
“Yahudi ini satu kaum yang bangsat, satu kaum yang memang jahat, satu kaum pendusta, pembohong. Ini kaum yang dilaknat oleh Allah SWT. Kejahatan mereka, pembohongan mereka, Allah rakamkan di dalam al-Quran. Macam mana kita nak percaya pada kaum ini,” tegas mantan peguam itu.
Dalam al-Quran, Allah telah menyatakan bahawa Yahudi adalah kaum yang memang tidak akan mematuhi perjanjiannya. Kalau perjanjian dengan Allah sahaja mereka boleh langgar, apa lagi perjanjian dengan manusia.
“Isu yang sebenarnya lebih penting lagi adalah boleh atau pun tidak kaum Muslimin menandatangani perjanjian dengan satu kaum yang menjajah,” jelasnya.
Beliau menegaskan, perjanjian gencatan senjata sepatutnya ditandatangani di antara dua negara yang sedang berperang, bukan dengan negara yang datang menjajah. Untuk negara yang datang menjajah, jawapannya adalah jihad.
“Hukum ke atas kaum Muslimin adalah untuk berperang dengan jihad mengalahkan dan menghalau mereka keluar daripada tanah Gaza. Bukannya mengiktiraf penjajahan atau memberikan tanah jajahan kepada mereka,” ujarnya.
Beliau melanjutkan, jihad adalah satu-satunya cara untuk kaum Muslimin mengalahkan kaum Yahudi. “Ini perintah Allah SWT kepada penguasa dan tentera-tentera kaum muslimin. Malah Allah SWT dan RasulNya menjanjikan kemenangan kepada penguasa kaum Muslimin jika mereka berjihad melawan Yahudi seperti disebut dalam surah at-Taubah,” jelasnya.
“Betapa mendesaknya kita perlu kepada seorang Khalifah, sebuah negara Khilafah yang akan menggabungkan kekuatan tentera-tentera kaum Muslimin dan akan mengambil solusi yang benar yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah untuk memerangi entiti Yahudi dan seterusnya membebaskan Palestin secara keseluruhannya,” simpulnya.

