MEMAHAMI RUKYATUL HILAL GLOBAL
Penulis: K.H Hafidz Abdurrahman
Alhamdulillah bulan suci akan menaungi umat Islam sedunia, itulah Ramadhan tetamu istimewa sekaligus syiar Islam yang mulia. Namun sayang, Ramadhan yang sepatutunya menjadi simbol kesatuan umat terganggu oleh keadaan dimana berlakunya perbezaan awal dan akhir Ramadhan. Hal ini merupakan masalah yang sering berlaku di dunia Islam, antara satu negara dengan negara yang lain.
Sudah tentu di era globalisasi informasi dan kecanggihan teknologi komunikasi dewasa ini, perbezaan tersebut mengganggu fikiran kita. Jika siaran langsung solat tarawih dari Masjidil Haram sepanjang bulan Ramadhan dapat diikuti kaum muslimin di seluruh dunia, termasuk di Indonesia. Tapi mengapa tidak boleh diadakan siaran langsung informasi rukyatul hilal dan kesamaan awal dan akhir Ramadhan? Sedangkan bulan sabit (hilal) yang menjadi objek pengamatan bagi menentukan masuknya bulan baru adalah bulan yang satu. Sebab bulan bagi planet bumi kita memang hanya ada satu.
Faktor Penyebab Perbezaan
Perbezaan dalam menentukan awal dan akhir Ramadhan, menurut analisis sebahagian pemikir muslim boleh berlaku kerana tiga faktor: (1) faktor astronomi, (2) fikih dan (3) faktor politik. Dari ketiga faktor ini, faktor politiklah jelas yang paling dominan.
Secara politik, umat Islam kini hidup terkotak-kotak dalam berbagai bangsa dan negara. Setiap ketua negara menentukan awal dan akhir Ramadhannya masing-msing tanpa memperhatikan nas-nas syarak. Walaupun mereka mengambil kira pendapat fuqaha, nampaknya ianya hanya dijadikan dalil sekunder atau bahkan sekadar justifikasi. Dalil utamanya adalah kekuasaan dan fanatisme atas wilayah negara dan bangsa mereka.
Sedangkan keterpecahan mereka dalam berbagai bangsa dan negara adalah hasil rekayasa imperialisme Barat. Bukan sekadar perasaan kebangsaan murni. Tengoklah bangsa Arab yang berpenduduk sekitar 325 juta terpecah dalam sekitar 24 buah negara? Indonesia, Malaysia, Brunei, yang serumpun pun menjadi negara-negara yang terpisah. Bukankah sepatutnya 1.7 bilion kaum muslimin di dunia ini hidup dalam satu naungan negara, sebagaimana masa peradaban Islam dahulu?!
Faktor politik kebangsaan inilah yang menjadikan umat Islam tidak bersatu, termasuk dalam penentuan awal-akhir Ramadhan. Misalnya, ketika pemerintah Yaman mengumumkan hilal pada 7/12/1999 sehingga 1 Ramadhan jatuh pada 8/12/1999, pemerintah Arab Saudi tidak mahu mengikuti mereka sehingga menetapkan 1 Ramadhan di Arab Saudi jatuh pada 9/12/1999. Sedangkan dari segi jarak, Yaman dan Saudi adalah dua wilayah yang berdekatan.
Pada tahun 2012, ada sebahagian umat Islam di Indonesia yang berpuasa 1 Ramadhan pada Khamis 19/7/2012, ada berpuasa pada Jumaat 20/7/2012, sedangkan pemerintah pada waktu itu memutuskan puasa pada Sabtu 21/7/2012. Adapun muslim di belahan negeri yang lain (seperti Timur Tengah, Eropah, dan Asia) menetapkan awal puasa Ramadhan pada Jumaat 20/7/2012. Jadi, perbezaan yang disebabkan oleh faktor politik kebangsaan inilah yang menjadikan umat Islam tidak bersatu dalam puasa Ramadhan.
Masalah Mathla’ Moden
Mengenai perbezaan mathla’ (tempat-waktu terbitnya hilal), yang digunakan sebahagian pihak sebagai alasan untuk berbeza dalam berpuasa dan beraidilfitri, sebenarnya merupakan manâth (fakta untuk penerapan hukum) yang telah dikaji para ulama terdahulu. Fakta saat itu, kaum muslim memang tidak dapat menginformasikan berita rukyatul hilal ke seluruh penjuru wilayah Khilafah Umayyah atau Abbasiyyah yang teramat luas dalam tempoh waktu satu hari, kerana sarana komunikasi yang terbatas. Namun, kini fakta telah berubah. Malah, apabila konsep terbitnya bulan (mathla’) yang digunakan menjadi tidak logik dan menyusahkan diri sendiri.
Dalam konsep mathla’, setiap daerah yang berjarak 24 farsakh atau 133 km memiliki mathla’ sendiri. Ertinya, penduduk Jakarta dan sekitarnya dalam radius 133 km hanya terikat dengan rukyah yang dilakukan di Cakung, tanpa terikat dengan hasil rukyah di Pelabuhan Ratu. Penduduk Surabaya dan sekitarnya hanya terikat dengan rukyah di Tanjung Kodok tanpa perlu terikat dengan rukyah di Makassar, begitulah seterusnya.
Dengan konsep mathla’ wilayah Indonesia yang jarak hujung Barat hingga hujung Timur sekitar 5200 km itu, pasti akan disintegrasi menjadi 39 mathla’.
Disebabkan kesulitan tersebut, sebahagian pihak konon mencipta ‘mazhab’ baru yakni wilayah al-hukmi, yakni penyamaan awal dan akhir Ramadhan diserahkan pada negara nasional masing-masing. Persoalannya, adakah landasan syarie yang membolehkan wilayah kaum muslimin terpecah menjadi lebih dari 50 negara, yakni lebih dari 50 wilayatul hukmi? Bukankah Islam hanya mengajarkan satu wilayatul hukmi untuk seluruh dunia, sebagaimana masa keemasan Khulafa ar-Rasyidin!
Adapun dalil yang sering digunakan demi membenarkan adanya lebih dari satu mathla’ dalam menentukan awal-akhir Ramadhan adalah riwayat dari Kuraib. Suatu ketika, Ummu al-Fadhl binti al-Harits mengutus Kuraib menghadap Mu’awiyah di Syam. Kuraib berkata; Aku pun datang ke Syam dan menyampaikan keperluannya kepadanya. Ketika itu aku melihat hilal awal Ramadhan pada saat masih berada di Syam, aku melihatnya pada malam Jumaat. Kemudian aku sampai di Madinah pada akhir bulan. Maka ‘Abdullah bin ‘Abbas bertanya kepadaku tentang hilal, dia bertanya, “Bila kalian melihatnya?” Aku menjawab, “Kami melihatnya pada malam Jumaat.” Dia bertanya lagi, “Adakah kamu yang melihatnya?” Aku menjawab, “Ya, orang-orang lain juga melihatnya sehingga mereka terus melaksanakan ibadah puasa, begitu juga Mu’awiyah.” Ibnu ‘Abbas berkata, “Akan tetapi kami melihatnya pada malam Sabtu. Dan kami pun sekarang masih berpuasa untuk menggenapkannya menjadi tiga puluh hari atau hingga kami melihat hilal.” Aku pun bertanya, “Tidakkah cukup bagimu mengikuti rukyah Mu’awiyah dan puasanya?” Dia menjawab, “Tidak, beginilah Rasulullah SAW memerintahkan kepada kami.” (HR. Muslim, 1819).
Jadi, Ibnu ‘Abbas tidak mengakui rukyah Mu’awiyah, dan tidak berpuasa mengikuti puasa Mu’awiyah. Pernyataan tersebut sebenarnya tidak boleh dijadikan sebagai dalil syarak, sebab ia hanyalah ijtihad Ibnu ‘Abbas dalam memahami hadis “Shûmû li ru’yatihi wa afthirû li ru’yatihi.” Imam asy-Syaukani rahimahullah dengan teliti menjelaskan:
واعلم أن الحجة إنما هي في المرفوع من رواية ابن عباس لا في اجتهاده الذي فهم عنه الناس والمشار إليه بقوله: هكذا أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم
“Ketahuilah, yang menjadi hujjah hanya hadis marfu’ yang dituturkan Ibnu ‘Abbas saja, sedangkan ijtihad Ibnu ‘Abbas yang difahami orang dan ditunjukkan dengan perkataannya “Beginilah Rasulullah SAW memerintahkan kami” tidak boleh menjadi hujjah. (Nail al-Authâr, IV/230).
Selain itu, ijtihad Ibnu ‘Abbas ini juga lemah, kerana bertentangan dengan hadis yang diriwayatkan dari beberapa kaum Ansar:
أُغْمِيَ عَلَيْنَا هِلَالُ شَوَّالٍ، فَأَصْبَحْنَا صِيَامًا، فَجَاءَ رَكْبٌ مِنْ آخِرِ النَّهَارِ، فَشَهِدُوا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُمْ رَأَوا الْهِلَالَ بِالْأَمْسِ، فَأَمَرَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُفْطِرُوا، وَأَنْ يَخْرُجُوا إِلَى عِيدِهِمْ مِنْ الْغَدِ
“Kami terhalang melihat hilal Syawal, sehingga pagi harinya tetap berpuasa. Lalu, datang di penghujung siang itu satu rombongan. Mereka bersaksi di hadapan Nabi SAW bahawa kemarin mereka telah melihat hilal. Nabi SAW pun memerintahkan mereka membatalkan puasa, kemudian esoknya semua berangkat melaksanakan solat Eid.” (HR. Ahmad, 19675; Ibnu Majah, 1643; disahihkan Ibnu Mundzir dan Ibnu Hazm).
Rasul SAW jelas telah memerintahkan mereka membatalkan puasa pada hari yang mereka sangka Ramadhan, kerana penduduk lain di luar Madinah telah melihat hilal Syawal. Saat ini, sarana informasi sangat canggih, sehingga dalam satu minit, informasi awal-akhir Ramadhan, termasuk Hari Arafah dan Aidifitri-Aidiladha ini boleh dikongsi ke seluruh dunia. Seterusnya, kaum muslim juga boleh melaksanakan puasa dan berhari raya di hari yang sama.
Kepentingan Rukyah Hilal Global
Sesuai hujah terkuat, syariah Islam menjelaskan bahawa rukyatul hilal merupakan sebab (ketentuan) dimulai dan diakhirinya puasa Ramadhan. Apabila bulan tidak dapat dirukyah, maka puasa dilakukan setelah istikmâl (digenapkan) bulan Syaaban. Ketetapan ini didasarkan banyak dalil. Misalnya, hadis Nabi SAW:
صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ وَأَفْطِرُوا لِرُؤْيَتِهِ
“Berpuasalah kalian kerana melihat hilal dan berbukalah kalian kerana melihat hilal.” (HR. Al-Bukhari 1776; Muslim 1809; At-Tirmidzi 624; An-Nasa’i 2087).
.
Berdasarkan hadis seperti itu, lahirlah ijmak ulama bahawa hisab astronomis (al-hisâb al-falaki) tidak boleh dijadikan sandaran menentukan masuknya awal bulan Qamariyah. Ijmak ini diriwayatkan oleh Ibnu Mundzir, Ibnu Taimiyah, Abul Walid al-Baji, Ibnu Rusyd, al-Qurthubi, Ibnu Hajar, al-‘Aini, Ibnu Abidin, dan asy-Syaukani. (Lihat, Majmu’ al-Fatawa, XXV/132; Fathul Bari, IV/158; Tafsir al-Qurthubi, II/293; Hasyiyah Ibnu Abidin, III/408; Bidayatul Mujtahid, II/557).
Ibnu Rusyd (w. 1198 M) rahimahullah menyampaikan:
إنّ العلماء أجمعوا على أنّ الشهر العربي يكون تسعاً وعشرين، ويكون ثلاثين، وعلى أن الاعتبار في تحديد شهر رمضان إنّما هو الرؤية
“Para ulama menyepakati, bulan di kalangan Arab ada dua puluh sembilan dan ada yang tiga puluh hari, namun tolok ukur penentuan bulan Ramadhan hanya berdasarkan rukyah semata (bukan hisab).”
Lebih lanjut, ini menunjukan bahawa umat Islam semestinya berpegang pada rukyatul hilal global, dalam erti rukyatul hilal di salah satu negeri muslim berlaku untuk kaum muslimin di negeri-negeri lain di seluruh dunia. Hal ini sesuai dengan pendapat jumhur.
.
Syaikh Abdurrahman al-Jaziri (w. 1941 M) rahimahullah menjelaskan:
إذا ثبت رؤية الهلال بقطر من الأقطار وجب الصوم على سائر الأقطار، لا فرق بين القريب من جهة الثبوت والبعيد إذا بلغهم من طريق موجب للصوم. ولا عبرة باختلاف مطلع الهلال مطلقاً، عند ثلاثة من الأئمة؛ وخالف الشافعية: إذا ثبتت رؤية الهلال في جهة وجب على أهل الجهة القريبة منها من كل ناحية أن يصوموا بناء على هذا للثبوت، والقرب يحصل باتحاد المطلع، بأن يكون بينهما أقل من أربعة وعشرين فرسخاً تحديداً، أما أهل الجهة البعيدة، فلا يجب عليهم الصوم بهذه الرؤية لاختلاف المطلع
“Apabila rukyatul hilal telah terbukti di salah satu negeri, maka negeri yang lain wajib juga berpuasa. Dari segi pembuktiannya tidak ada perbezaan lagi antara negeri yang dekat dengan yang jauh apabila informasi rukyatul hilal itu memang telah sampai kepada mereka dengan cara terpercaya yang mewajibkan puasa. Tidak diperhatikan lagi di sini adanya perbezaan mathla’ hilal secara mutlak. Demikianlah pendapat tiga imam mazhab (Abu Hanifah, Malik, Ahmad). Para pengikut mazhab Syafie berpendapat lain: Apabila rukyatul hilal di suatu daerah telah terbukti, maka atas dasar pembuktian ini, penduduk yang terdekat di sekitar daerah tersebut wajib berpuasa. Ukuran kedekatan di antara dua daerah dihitung menurut kesamaan mathla’, iaitu jarak keduanya kurang dari 24 farsakh. Adapun penduduk daerah yang jauh, maka mereka tidak wajib berpuasa dengan rukyah ini, kerana terdapat perbezaan mathla’. (Al-Fiqh ‘alâ al-Madzâhib al-Arba’ah, I/550).
Di sisi lain, meski ulama syafi’iyyah berbeza dengan jumhur, ada juga ulama syafi’iyyah lain yang berpedoman pada rukyatul global, imam an-Nawawi (w. 1277 M) rahimahullah berkata:
وقال بعض أصحابنا تعم الرؤية في موضع جميع أهل الأرض
“Sebahagian ulama di kalangan kami ada yang berpendapat, satu rukyah berlaku untuk seluruh tempat bagi semua penduduk bumi.” (Al-Minhâj Syarh Shahîh Muslim, V/197).
Imam asy-Syaukani (w. 1834 M) rahimahullah menyebutkan:
والذي ينبغي اعتماده هو … أنه إذا رآه أهل بلد، لزم أهل البلاد كلها
“Pendapat yang layak dijadikan pegangan adalah: apabila penduduk suatu negeri telah melihat bulan sabit (rukyatul hilal), maka rukyah ini berlaku pula untuk seluruh negeri-negeri yang lain.” (Nail al-Authâr, IV/195).
Imam ash-Shan’ani (w. 1768 M) rahimahullah berkata:
فمعنى إذا رأيتموه أي إذا وجدت فيما بينكم الرؤية، فيدل هذا على أن رؤية بلد رؤية لجميع أهل البلاد فيلزم الحكم
“Makna dari ungkapan hadis “jika kalian melihatnya” ertinya apabila rukyah didapati di antara kalian. Hal ini menunjukkan rukyah pada suatu negeri berlaku bagi semua penduduk negeri dan hukumnya wajib.” (Subulus Salâm, II/310).
Sayyid Sabiq (w. 2000 M) rahimahullah juga menegaskan:
ذهب الجمهور: إلى أنه لا عبرة باختلاف المطالع، فمتى رأى الهلال أهل بلد، وجب الصوم على جميع البلاد لقول الرسول صلى الله عليه وسلم: صوموا لرؤيته، وافطروا لرؤيته، وهو خطاب عام لجميع الامة فمن رآه منهم في أي مكان كان ذلك رؤية لهم جميعا
“Majoriti ulama berpendapat, tidak dianggap adanya perbezaan mathla’. Kerana itu, apabila penduduk suatu negeri melihat hilal, maka wajib atas seluruh negeri berpuasa kerana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam “Puasalah kalian kerana melihat hilal dan berbukalah kerana melihatnya.” Seruan ini bersifat umum mencakup seluruh umat Islam. Jadi siapa saja di antara mereka yang melihat hilal; di tempat mana pun, maka rukyah itu berlaku bagi mereka semuanya. (Fiqh as-Sunnah, I/368).
Kata Syaikh Wahbah az-Zuhaili (w. 2015 M) rahimahullah:
وهذا الرأي (رأي الجمهور) هو الراجح لدي توحيداً للعبادة بين المسلمين، ومنعاً من الاختلاف غير المقبول في عصرنا، ولأن إيجاب الصوم معلق بالرؤية دون تفرقة بين الأقطار
“Pendapat jumhur inilah yang kuat menurut saya, sebagai pemersatu ibadah kaum muslimin dan mencegah perbezaan pendapat yang tak dapat diterima lagi di masa sekarang, hal ini kerana kewajipan puasa itu berkaitan dengan rukyah tanpa pembezaan antara wilayah.” (Al-Fiqh al-Islâmi wa Adillatuhu, II/610; lihat pula al-Hafizh al-Ghumari, Taujîh al-Anzhâr li Tauhîd al-Muslimîn fi al-Shaum wa al-Ifthâr, hal. 19).
.
Jelaslah, menurut pendapat yang rajih dan dipilih jumhur, jika penduduk negeri-negeri Timur Jauh (benua Asia) melihat bulan sabit Ramadhan, maka hasil rukyahnya wajib diikuti kaum muslimin yang berada di negeri-negeri belahan Barat (Timur Tengah) tanpa kecuali. Siapapun kalangan kaum muslimin yang berjaya melakukan rukyatul hilal, maka rukyah tersebut merupakan hujah bagi orang yang tidak melihatnya. Kesaksian seorang muslim di suatu negeri sama kedudukannya dengan kesaksian seorang muslim di negeri yang lain.
Terjadinya perbezaan pendapat di dalam internal umat Islam dapat dipertimbangkan, selama termasuk pendapat Islami dan tidak menyebabkan perpecahan di tubuh umat Islam. Sedangkan perbezaan dalam menetapkan awal-akhir Ramadhan ini tergolong dalam hal yang tidak boleh ditoleransi, sebab berdampak luas pada disintegrasi umat Islam, iaitu kekacauan dan ketidakbersamaan dalam melaksanakan ibadah puasa serta dalam menampakkan syiar hari raya. Perbezaan dalam hal ini bukan tergolong rahmat, sebab di dalamnya menyangkut halal-haram, serta perpecahan dunia Islam.
Dari perbezaan awal-akhir Ramadhan ini, kita semua faham akan pentingnya persatuan umat Islam di seluruh dunia. Perbezaan awal-akhir Ramadhan dan Aidilfitri pada tahun-tahun tertentu, sungguh sangat memalukan. Umat Nasrani sendiri boleh bersatu menyambut Hari Natal pada setiap 25 Disember, sebagaimana Yahudi, Buddha, Hindu, mereka semua bersatu dalam kebersamaan hari-hari besar perayaan agama mereka, mengapa umat Islam, sebagai umat terbaik tidak boleh?
Dari sini ada pelajaran penting yang amat berharga, umat Islam sangat memerlukan institusi politik yang menyatukan, dengan kekuatan yang sanggup menyatukan Marocoo (Maghribi) hingga Merauke. Sehingga, ketika melakukan rukyah, hasil rukyah akan diberlakukan secara global kepada seluruh umat Islam.
Imam al-Maziri (w. 1141 M) rahimahullah ketika mensyarah hadis-hadis Sahih Muslim tentang rukyatul hilal, memberi arahan kepada kita, tentang institusi politik seperti apa yang sanggup mempersatukan umat Islam dalam awal-akhir Ramadhan, beliau menjelaskan:
إذا ثبت الهلال عند الخليفة لزم سائر الأمصار الرجوع إلى ما عنده … والفرق بين رؤية الخليفة وغيره أن سائر البلدان لمّا كانت بحكمه فهي كبلد واحد
“Jika hilal telah terbukti oleh Khalifah maka seluruh negeri-negeri Islam wajib merujuk hasil rukyah itu … Sebab rukyah Khalifah berbeza dengan rukyah dari selain Khalifah. Kerana seluruh negeri-negeri yang berada di bawah pemerintahannya dianggap bagaikan satu negeri. (Al-Mu’lim bi Fawâ`id Muslim, II/44-45). Wallahu a’lam.

