SAMBUTLAH RAMADHAN 1446H DENGAN RASA SYUKUR DAN TAKWA
Rejab dan Syaaban telah pun malabuhkan tirainya, kini Ramadhan datang menyapa. Ramadhan bulan yang penuh rahmat dan keampunan-Nya. Teramat rugi kiranya jika umat Islam tidak bersedia menyambut kedatangannya dengan rasa syukur dan penuh ketakwaan.
Bersempena Kempen Muslimah Ideal siri kedua dengan tema Seni Membentuk Generasi Pemimpin yang masih berjalan, menjadi kesempatan yang berharga bagi para muslimah untuk menyambut Ramadhan dengan penuh rasa keimanan agar Ramadhan kali ini dapat menjadi madrasah yang akan meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT, bukan sahaja untuk diri para muslimah, tetapi untuk anak-anak juga. Semoga Ramadhan kali ini menjadikan para muslimah lebih bersemangat dan sabar dalam mendidik generasi pemimpin yang muslih dan beriman.
Para muslimah di luar sana juga pasti mengharapkan Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir tanpa penerapan syariat Islam agar kehidupan para muslimah dan generasi saat ini mendapat perlindungan yang sewajarnya seterusnya kehidupan anak-anak pasti akan terbela dan terjamin segala keperluan mereka. Disamping harapan yang menggunung tinggi itu, diharapkan semoga kita semua terus istiqamah di atas jalan dakwah Islam Kaffah sehingga terealisasinya bisyarah Nabi SAW. Jika tidak terealisasi di tangan kita, semoga ianya terealisasi di tangan generasi anak-anak kita Inshaa Allah.
Selamat menyambut Ramadhan Mubarak.
Sambutlah Ramadhan 1446H dengan penuh rasa syukur dan takwa.
– Daripada Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia
SAMBUTLAH RAMADHAN 1446H DENGAN RASA SYUKUR DAN TAKWA

