MENOLAK LUPA 3 MAC 1924
Oleh: Prof. Fahmi Amhar
Bagi banyak manusia 3 Mac adalah hari-hari biasa
Seperti hari-hari lainnya
Padahal itu adalah hari malapetaka dunia bukan cuma untuk umat Islam saja.
3 Mac 1924 memang telah berlalu lama
Sejak hari itu umat Islam tidak lagi punya pemimpin sedunia
Sejak itu mereka tidak lagi mampu merahmati alam semesta
Persatuan umat tinggal fatamorgana
Disekat-sekat nasionalisme negara bangsa.
Tak terbayangkan ada “Jalan al-Khawarizmi” di tengah kita
Kerana penemu algebra itu hidup di Uzbekistan sana
Tidak ada juga “Salahuddin al-Ayubi” jadi nama lapangan kita
Kerana pengusir tentera Salib itu ada di Mesir sana
Padahal mereka orang-orang hebat nenek moyang kita.
3 Mac 1924 memang gerbang kepada ketidakberdayaan
Setelah sekian abad sehasta demi sehasta
Umat Islam mengalami kemunduran jiwa
Ketika mereka mulai takut mati dan makin cinta dunia
Meski jumlahnya berbilion tapi bagai buih di samudera.
Puluhan juta umat Islam memiliki tentera bersenjata
Tapi tak mampu membebaskan bumi Palestin
Puluhan juta kilometer persegi negeri kaya sumberdaya
Tapi tak mampu menjadikan umat ini sejahtera
Kerana tidak bersatu diatur dalam sistem yang sempurna
Dunia kini tak memiliki mekanisme yang berjaya
Melenyapkan penjajahan dalam segala bentuknya
Mengatasi berbagai krisis yang menghalang di depannya
Menyuruh yang makruf dan mencegah yang munkar di peringkat dunia
Dengan cara-cara berwibawa yang makin dekat kepada-Nya.
Tetapi 3 Mac 1924 bukan pengakhiran segalanya
Allah hadirkan kini orang-orang yang tampak sederhana
Mereka tak pernah bertemu Nabi, tetapi membenarkan kalimatnya
Bahawa khilafah ala minhajin nubuwwah akan kembali ke dunia.
Bahkan meneruskan bisyarah menaklukkan kota Rom.
Mereka menolak keganasan apatah lagi bersenjata
Dan mereka juga tak akan ikut permainan demokrasi utopia
Kerana kemunduran jiwa perlu diubati dengan pemikiran mulia
Hanya yang sihat isi akalnya akan melakukan perubahan nyata
Dan itulah jalan yang dicontohkan Rasulullah Nabi kita.
#khilafah
#3rdMarch1924

