Site icon MuslimahHTM News

BILA ANAK BEREBUT MAINAN

BILA ANAK BEREBUT MAINAN

Oleh: Ustazah Yanti Tanjung

 

“Ini mainan adik, abang tak boleh ambil, adik tengah main…” jerit adik. “Pinjamlah sekejap, jangan kedekut, orang kedekut dibenci Allah, nanti adik takkan ada kawan,” balas abang sambil bertegas. Serta-merta mainan itu bertukar tangan. “Umiiiiiii hu hu huk…. mainan abang ambil, abang tak minta izin dulu…” Adik pun menangis dan mendekati ibu yang sedang menyusui si kecil.

 

Fenomena ini sering dialami dalam keluarga yang mempunyai ramai anak. Kanak-kanak selalu berebut, itu tandanya mereka kanak-kanak, orang dewasa juga sebenarnya melakukan perkara yang sama, malah yang mereka rebutkan bukan sahaja objek tetapi juga kuasa.

Fenomena ini sering dialami dalam keluarga yang mempunyai ramai anak. Kanak-kanak yang suka bergaduh itu tandanya mereka kanak-kanak, orang dewasa juga sebenarnya melakukan perkara yang sama, malah yang mereka berebut bukan sahaja objek tetapi juga kuasa.

 

Manusia sememangnya dinamik kerana diberi potensi untuk kehidupan termasuklah keinginan untuk memiliki dan ingin berkuasa serta bersaing sesama sendiri. Jika tiada fenomena seperti itu pasti hidup akan terasa jumud atau mungkin tiada kehidupan langsung. Kerana itu, minda kita sentiasa dihidupkan dan emosi kita sentiasa berwarna-warni, kerana hidup ini sememangnya penuh warna. Hadapi, hayati dan nikmati, kemudian bersyukur.

 

Ketika anak saling berebut suatu barang itu maksudnya anak perlu dididik tentang kepemilikan dan bagaimana meminta izin apabila menggunakan hak milik orang lain. Ajarkanlah tentang perkara ini berulang-ulang sehingga anak memiliki kesedaran rasional tentang hal itu dalam erti kata lain, dia dapat memahami mana yang menjadi miliknya dan yang mana milik orang lain, dan mana yang perlu dia pertahankan dari rebutan orang lain.

 

Seiring terbentuknya pemahaman dengan memberikannya banyak informasi berupa tsaqafah islam yang bersumber dari Al-Quran dan As-Sunnah, insya Allah anak akan berubah perilakunya sesuai syariah, sesuai standard halal dan haram.

 

Anak suka berebut itu bermakna anak perlu dididik menahan diri, bersabar jika tidak dibenarkan, mengambil harta orang lain adalah satu kesalahan, dilarang dalam Islam. Ajar perkara ini berulang kali sehingga anak faham. Bagi mereka yang barangnya direbut, belajarlah memaafkan dan jangan meniru perangai yang sama.

 

Anak saling berebut itu maksudnya anak perlu diajarkan tentang berkongsi dan mengikhlaskan hati. Mendahulukan saudara adalah kebaikan dan Allah akan membalas kebaikan itu dan bahkan kebaikannya boleh berlimpah. Mengikhlaskan hati terhadap kepemilikan kita untuk dipinjam oleh orang lain juga merupakan satu kebaikan.

 

Anak saling berebut juga sedang belajar mengatasi konflik, belajar mengungkapkan masalah lalu menceritakan kronologinya kemudian dicari akar permasalahannya. Anak juga akan belajar mencari penyelesaian yang benar. Di sinilah pemikiran yang betul mesti terus konsisten, jika tidak, kanak-kanak boleh mengambil penyelesaian yang salah, bukan kebenaran tetapi pembenaran (justifikasi). Maka konsistenlah dalam menjadikan Islam sebagai jalan penyelesaian agar anak-anak sentiasa mengambil petunjuk daripada Islam.

 

Satu hal yang perlu kita fahami adalah bahawa kita perlu bersabar dalam proses yang benar, teliti, terperinci dan cermat ketika berhadapan dengan anak-anak yang sedang berebut atau bergaduh, jangan ambil sebelah pihak sebelum masalah itu jelas. Jadi ciptalah corak pemikiran Islam dan corak tingkah laku Islam dalam diri anak-anak anda.

 

Beberapa tips ini boleh dilakukan jika kita menyaksikan anak sedang berebut:

 

  1. Cuba bertenang kerana itu adalah perkara biasa, kemudian duduk jika berdiri, lipat tangan di dada supaya jari telunjuk tidak bergerak menghala ke arah anak atau tangan tidak terbang ke arah badan anak kerana marah. Perbanyakkan istighfar dan kalimah thoyyibah yang lain.
  2. Biarkan mereka menyelesaikan konfliknya, jika yang merebut barang yang menang sedangkan barang itu bukan miliknya, biarkan dulu sekejap, hadapi anak yang sedang menangis kerana mainannya direbut kemudian tenangkan. Sambil menenangkan bisikkan padanya bahawa Allah bersama orang yang bersabar, dan setiap perbuatan dicatat malaikat dan adik tidak boleh meniru perbuatan yang buruk. Kemudian, cari mainan pengganti untuk mengurangkan kekecewaan hatinya dan mengatasi rasa sakit hati dan usaha balas dendam.
  3. Bagi kanak-kanak yang telah merebut sesuatu, memarahi mereka biasanya akan membuatkan mereka mempertahankan diri mereka. Untuk seketika, biarkan mereka berfikir tentang mainan yang mereka rebut sehingga keadaan dan suasana menjadi kondusif.
  4. Saat keadaan sudah tenang ajaklah yang merebut barang untuk berbincang tentang apa yang dia lakukan tadi. Tanya apa penilaiannya terhadap perbuatannya tadi. Jika anggapannya bahawa yang dia lakukan adalah benar, kita perlu meluruskan dan mengingatkan dia tentang ayat-ayat Allah SWT atau hadis Rasulullah SAW tentang perilaku yang dia lakukan. Jika dia menyedari kesalahannya, suruhlah dia meminta maaf dan mengembalikan mainan yang sudah dia rebut kepada pemiliknya. Jika dia mahu minta maaf, ibu dan ayah perlu menghargai usahanya bahawa dia berani mengakui kesalahan dan mahu jujur mengaku salah. Allah menyukai orang yang meminta maaf dan berlaku jujur.

 

Fenomena pembelajaran sebegini benar-benar akan meninggalkan kesan dalam minda anak sehingga dewasa dan kata-kata lembut ibu dengan bahasa yang menyentuh minda dan rasa keimanan akan menjadi asas yang kukuh untuknya di masa hadapan tentang cara memiliki sesuatu objek dan tidak sambil lewa merampas sesuatu yang bukan miliknya. Jika dia menjadi pemerintah, dia tidak akan tamak mengambil harta rakyatnya dan dia akan menjaga hak milik negara dan rakyat daripada dirampas oleh negara lain.

Exit mobile version