Site icon MuslimahHTM News

[ Opini Muslimah Ideal ] Ramadhan, Kesempatan Membina Nafsiyah Anak

[ Opini Muslimah Ideal ] Ramadhan, Kesempatan Membina Nafsiyah Anak

 

Seperti yang kita tahu, bulan Ramadhan bukan sekadar waktu untuk beribadah, tetapi juga kesempatan untuk mengukuhkan kekuatan dalaman melalui kesabaran. Dalam konteks ini, hadis “Sabar itu separuh daripada iman” yang sering kita dengar menjelaskan betapa pentingnya kesabaran dalam melaksanakan ketaatan, seperti ibadah dan akhlak Islami, yang sangat ditekankan dalam Islam.

 

Kesabaran dalam bulan Ramadhan, sama ada dalam menahan diri daripada makan dan minum atau dalam menghadapi pelbagai ujian dan cabaran, adalah satu bentuk latihan atau praktikal yang membentuk iman yang lebih kukuh. Islam tidak berdiri atas ungkapan kosong, tetapi menuntut pelaksanaan dan tindakan nyata.

 

Dari sudut psikologi, mempraktikkan kesabaran dalam kehidupan seharian melibatkan kawalan diri dan emosi seseorang. Maka, pengurusan emosi ini memerlukan pendidikan dan latihan sejak kecil, dan ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak tentang kesabaran yang selari dengan keimanan. Ini perlu diterapkan sejak kecil supaya jiwa anak-anak tumbuh menjadi lebih kuat, dengan nafsiyah Islam yang mantap. Apabila nafsiyah mereka terbina dengan kukuh, insyaAllah mereka akan menjadi individu yang lebih matang dan mampu menghadapi pelbagai cabaran hidup dengan ketabahan.

 

Dr Aeni@Ainul

Team Media MHTM

Exit mobile version