Peradaban Islam Sebuah Peradaban Yang Menitik Berat Rasional
Oleh: Hidayah Muhammad
Sejarawan Indonesia, Nicko Pandawa mengatakan, peradaban Islam ialah peradaban yang mementingkan rasional, akal manusia.
“Peradaban Islam adalah peradaban yang mementingkan rasional, kepada akal manusia. Maka seruan terawal yang diturunkan ialah ayat Iqra’ bismi rabbikallazi khalaq. Maka Allah SWT tidak menitikberatkan umatNya untuk membina bangunan yang tersergam indah,” ujarnya dalam saluran YouTube Khilafah News, berjudul Peninggalan Sejarah Islam Tidak Semegah Candi-Candi? Rabu (26/2/2025).
Memang, kata Nicko, terdapat perbezaan asas dari segi tamadun antara Islam dan tamadun India. Malah, bukan sahaja di India, tetapi kita juga dapati di Rom dan kemudian di Mesir kuno.
Beliau mendedahkan, rata-rata tamadun di luar Islam telah membangunkan warisan fizikal sehinggakan manusia pada zaman dahulu, pada zaman pra-Islam, bersaing membina bangunan tersergam indah.
Katanya, jika dilihat kepada tamadun yang meninggalkan bangunan yang canggih, bangunan yang ketika itu sangat indah dari sudut pancaindera, biasanya mereka adalah kaum-kaum yang diazab oleh Allah SWT.
“Ada kaum ‘Ad, ada kaum Thamud atau berpindah sedikit ke kota Pompei kalau kita lihat, ia sangat cantik. Mozek yang dibuat, kemudian patung-patung tetapi akhirnya kita tahu dari Pompei bahawa ada kota maksiat di sana, ada rumah pelacuran yang dikhaskan dan artifaknya masih kekal,” katanya lagi.
Jelasnya, memang ada perbezaan antara cara berfikir, pemikiran orang bukan Islam dan orang Islam. Islam meninggalkan sebahagian besar sejarahnya bukan dalam bangunan, bukan dalam patung tetapi sebaliknya dalam karya bertulis.
Sebab itu, kata Nicko, peradaban Islam di Indonesia meninggalkan banyak manuskrip yang mengandungi al-Quran, kitab-kitab fiqh, kitab-kitab tasawuf atau sejarah.
“Mengapa kita tidak mempunyai bangunan yang tersergam indah dalam sejarah? Kerana itu bukan penekanan dalam melakukan perubahan dalam berdakwah, tetapi ulama, wali-wali zaman dahulu cuba mengubah pemikiran umat, bukan mengubah bangunan,” akhir beliau. []
Sumber: https://youtu.be/bqH-C8T1eEo?si=4pPGxUObX_1IAOX5
Peradaban Islam Sebuah Peradaban Yang Menitik Berat Rasional

