IBU BAPA BAHAGIA BILA ANAK BERANI JUJUR
Oleh: Ummu Fairuzh
Setiap ibu bapa pasti mendambakan untuk memiliki anak yang jujur lagi amanah. Sikap jujur dan amanah semakin sukar ditemukan pada manusia zaman ini.
Kehidupan kapitalistik yang mengagungkan material telah mengajarkan masyarakat untuk menghalalkan segala cara demi mencapai tujuan hidup yang fana.
Makin dekat seseorang dengan kekuasaan, makin jauh dia dari kejujuran. Makin tinggi kekuasaan, begitu mudah bagi seseorang untuk meninggalkan sikap jujur. Setiap pembohongan tidak akan berlaku sekali, melainkan akan diikuti dengan pembohongan seterusnya.
Dari Ka’ab bin Ujrah RA, dia berkata, “Rasulullah SAW pernah keluar atau masuk menemui kami, ketika itu kami seramai sembilan orang dan di antara kami ada bantal yang diperbuat dari kulit. Baginda lalu bersabda, ‘Sesungguhnya akan ada setelahku pemimpin yang berdusta dan zalim. Barang siapa mendatangi mereka kemudian membenarkan pembohongan mereka atau membantu mereka dalam kezalimannya, maka dia bukan dari golonganku dan aku bukan dari golongannya. Serta dia tidak akan minum dari telagaku. Barang siapa tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak membantu mereka dalam berbuat kezaliman, maka dia adalah dari golonganku dan aku adalah dari golongannya, dan kelak dia akan minum dari telagaku.” (HR Ahmad)
Lalu, bagaimana para ibu bapa mendidik anak-anaknya agar mereka memiliki akhlak jujur lagi amanah? Bayangkan dunia masa depan pasti berada di tangan peradaban yang agung di bawah cahaya Islam.
Jadikan anak-anak kami menjadi salah satu penjaga peradaban itu. Yaa Rabb, ijabah doa-doa kami. Amin.
Ajarkan Kecintaan kepada Allah, Rasul juga Sahabat
Jujur bukan sekadar perhiasan pemanis kehidupan. Jujur bukan sarana mendapatkan kekayaan yang melimpah. Yang tepatnya, jujur merupakan bahagian dari perintah syariat. Agar mampu taat syariat, anak perlu memahami makna cinta yang hakiki terlebih dahulu.
Cinta (al-hubbu) menurut Al-Baidhawi merupakan kehendak untuk taat (iradatut tha’at). Oleh itu, erti cinta seorang hamba kepada Allah dan Rasul-Nya adalah mentaati dan mengikut perintah Allah SWT dan Rasul-Nya.
Tanpa kecintaan kepada Allah SWT dan Rasul-Nya, mustahil untuk si anak mampu menggenggam sifat kejujuran dalam hidupnya. Inilah konsep utama yang perlu ditanamkan pada anak sejak kecil.
Adapun kecintaan kepada para Sahabat, sudah tentu kerana mereka adalah sebaik-baik hamba yang mewujudkan kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya. Dari Abdullah bin Hisyam, dia berkata, “Kami bersama Nabi SAW, sementara beliau memegang tangan Umar bin Al-Khattab. Umar berkata, “Wahai Rasulullah! Sungguh engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu kecuali dari diriku sendiri.’ Nabi SAW bersabda, ‘Tidak boleh! Demi Allah hingga aku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri.’ Maka Umar berkata, ‘Sungguh mulai saat ini, demi Allah, engkau lebih aku cintai daripada diriku sendiri.’ Nabi bersabda, ‘Sekarang engkau telah benar wahai Umar.” (HR Bukhari)
Hargai Anak yang Berani Jujur
Anak adalah sosok yang suci ibarat kertas putih. Akibat kesuciannya yang belum memahami tolok ukur suatu perbuatan, kadang-kadang anak melakukan sesuatu yang dia tidak fahami bahawa perbuatan itu adalah perbuatan tercela (qabih). Mereka juga kadang-kadang melakukan perbuatan buruk (syar) tanpa motivasi dorongan tertentu, hanya terdorong oleh rasa ingin mencuba.
Contohnya, Zahra menangis dan mengadu kerana dicubit oleh Nida. Ketika ditanya mengapa Nida melakukan perbuatan tersebut, Zahra menjawab bahawa dia tidak tahu. Sedangkan Nida mencubitnya kerana Zahra telah merosakkan permainan kesayangan Nida. Nida juga turut menangis kerana permainan kesayangannya telah rosak. Sebagai ibu bapa, perkara ini tidak sering berlaku, ada anaknya yang mencubit temannya, tetapi dia yang malah menangis.
Oleh itu, sikap yang seharusnya dilakukan seorang ibu seperti ibu Zahra adalah memujuk anaknya agar mahu mengakui perbuatannya, lalu meminta maaf kepada temannya. Sudah pasti tanpa melabel si anak itu tadi sebagai anak yang tidak jujur. Ini kerana agar anak termotivasi dan berani berlaku jujur serta dapat merasakan ketenangan dengan bersikap jujur.
Sokongan dan penghargaan perlu diberikan terlebih dahulu kepada anak yang berani mengakui kesilapannya. Sehinggakan ibu merasa bangga kepadanya setelah anak berani mengakui pembohongannya. Kemudian, barulah memahamkan si anak akan perbuatan dusta iaitu ia adalah perbuatan tercela kerana Allah tidak redha, maka tidak boleh mengulanginya lagi.
Wahai ibu bapa, lihatlah betapa pentingnya memerhatikan pembentukan karakter anak-anak sejak kecil. Mereka adalah generasi pewaris yang akan mewarisi peradaban Islam yang cemerlang.
Oleh itu, jangan biarkan jiwa suci itu dicemari debu-debu beradaban fasad kapitalisme. Ini kerana umat sangat memerlukan bakal-bakal pemimpin yang jujur dan amanah.
#MuslimahIdeal #SeniMembinaGenerasiPemimpin #IbuMuslimahInspiratif
#IslamicParenting

