Site icon MuslimahHTM News

Masalah Utama Umat Islam Adalah Terpisahnya Al-Quran Daripada Kehidupan

Masalah Utama Umat Islam Adalah Terpisahnya Al-Quran Daripada Kehidupan.

Oleh: Syamsiyah Jamil

Aktivis Muslim Malaysia Al-Ustaz Abdul Hakim Othman  menyatakan bahawa masalah utama dalam kalangan umat Islam adalah apabila al-Quran itu terpisah daripada kehidupan umat Islam, individu Muslim dan juga negara.

“Masalah yang menimpa umat Islam ini sebenarnya adalah masalah apabila al-Quran itu terpisah daripada kehidupan umat Islam, al-Quran itu terpisah daripada diri individu umat Islam, al-Quran itu terpisah daripada negara,” katanya  dalam Siri Kupas Tuntas yang bertajuk 101 tahun Ramadhan Tanpa Khilafah di akaun Facebook Jurucakap HTM, Isnin (3/3/2025)

Beliau mengatakan bahawa Allah SWT mendampingkan bulan  Ramadhan dengan bulan turunnya al-Quran, jadi umat Islam sepatutnya mendekatkan diri dengan al-Quran apabila mengingati Ramadhan.

“Allah SWT mengaitkan ataupun mendampingkan Ramadhan dengan al-Quran, jadi sepatutnya kita di bulan Ramadhan ini, mendekatkan lagi diri kita dengan al-Quran, mentadabur al-Quran, mengkaji al-Quran, bukan sekadar membaca. Memahami al-Quran dan melihat apakah perintah-perintah, apakah larangan- larangan yang ada dalam Quran untuk kita laksanakan atau pun untuk kita tinggalkan,” jelasnya.

Beliau melanjutkan, perintah Allah SWT untuk berpuasa, solat, zakat, berperang dan menerapkan qisas, semuanya datang daripada sumber yang sama iaitu al-Quran.

“Kenapa apabila Allah SWT mewajibkan puasa, kita berpuasa. Tetapi apabila Allah SWT mewajibkan kepada umat Islam supaya berperang tetapi tidak ada sekarang ini pemerintah yang berperang, tidak ada tentera yang berperang dengan musuh musuh Allah,” tambahnya.

Beliau menjelaskan, Allah SWT juga mewajibkan umat Islam untuk menerapkan hukum qisas iaitu balas kepada si pembunuh tetapi tidak diterapkan pada hari ini. Penguasa umat Islam justeru memilih-milih perintah Allah SWT padahal semua perintah tersebut datangnya daripada al-Quran yang sama.

“Kewajipan untuk menegakkan Khilafah itu tidak ada bezanya dengan kewajipan kita berpuasa, tidak ada bezanya kewajipan untuk kita melakukan solat, bayar zakat, kewajipan berdakwah. Semuanya tidak ada beza kerana datangnya daripada sumber yang sama, itulah Allah,” jelasnya.

Beliau menyeru umat Islam untuk sentiasa mengingatkan para penguasa umat Islam akan kewajipan mereka untuk menerapkan hukum Allah SWT secara kafah di samping  berpuasa dan melalukan ibadah lain.

“Kita ingatkan umat Islam mengenai kewajipan untuk menegakkan Khilafah. Apatah lagi apabila tarikh hari ini, 3/3/2025, tarikh yang sama 101 tahun dahulu di mana Khilafah telah diruntuhkan oleh Mustafa Kamal laknatullah,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa tidak ada lagi alternatif yang boleh menyelamatkan umat Islam, mengalahkan Barat dan Yahudi, serta mensejahterakan dunia  kecuali dengan wujudnya Khilafah berdasarkan bisyarah (khabar gembira) yang diberikan oleh Rasulullah SAW.

“Sempena bulan Ramadhan ini, kita berusaha untuk meningkatkan lagi aktiviti ke arah penegakan Khilafah, seruan-seruan kita, usaha-usaha kita, kita tingkatkan lagi supaya insyaAllah ganjaran kita tu dilipat gandakan lagi oleh Allah SWT. Jadi itulah harapan kita, itulah seruan kita kepada umat Islam seluruhnya,” tutupnya.

Sumber: https://www.facebook.com/share/v/1DSjh3zDhm/


Exit mobile version