Site icon MuslimahHTM News

Kebahagiaan Orang yang Berpua

[Siri Sinar Ramadhan] Kebahagiaan Orang yang Berpuasa

Nabi Muhammad SAW bersabda:
لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ حِينَ يُفْطِرُ ، وَفَرْحَةٌ حِينَ يَلْقَى رَبَّهُ
Maksudnya: “Bagi orang yang berpuasa ada dua kebahagiaan, iaitu kebahagiaan ketika berbuka dan kebahagiaan ketika bertemu Tuhannya (di syurga).” [HR Bukhari, Muslim dan Ahmad].

Berdasarkan hadis ini, Rasulullah SAW menyatakan bahawa orang yang berpuasa akan mendapat dua kebahagiaan iaitu ketika berbuka puasa dan ketika dia bertemu Allah SWT di akhirat kelak. Kebahagiaan ketika berbuka puasa yang dimaksudkan ialah merujuk kepada perasaan gembira apabila dapat menahan diri dari lapar dan dahaga setelah seharian berpuasa. Selain itu, kebahagiaan ini juga datang dari rasa syukur kerana telah dapat menyempurnakan salah satu ibadah yang telah diperintahkan oleh Allah SWT. Kebahagiaan ketika berbuka juga dapat dinikmati apabila seseorang berkongsi rezeki yang halal bersama keluarga dan sahabat.

Kegembiraan ketika bertemu Allah SWT pula bermaksud, ganjaran di akhirat yang bakal diperolehnya daripada ibadah puasa yang telah dilaksanakan. Ganjaran bagi mereka yang berpuasa dengan ikhlas adalah sangat besar iaitu balasan syurga beserta keistimewaan yang Allah SWT sediakan bagi hamba-Nya yang taat. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

“Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [TMQ Al-Muzzammil (73): 20]

Pelaksanan ibadah puasa bukan sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga sahaja, tetapi dengan berpuasa dapat yang membawa kegembiraan di dunia dan di akhirat. Amatlah beruntung sekiranya menjadi orang yang berpuasa dan menjaga kualiti puasanya sehingga dikurniakan kebahagiaan ketika berbuka dan ketika bertemu Allah SWT kelak.

Exit mobile version