Site icon MuslimahHTM News

Wahai tentera-tentera Muslim, Mengapa apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan

بسم الله الرحمن الرحيم

Wahai tentera-tentera Muslim:

“Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? “ (TMQ At-Taubah [9]: 38)

Entiti Yahudi telah menyambung semula kempen serangan mereka dari udara, laut, dan darat ke atas Gaza bermula dari 18 Mac 2025 hingga ke hari ini. Serangan ganas mereka telah merosakkan segala-galanya—manusia, tumbuhan, dan batu-batan. Mereka telah membunuh lebih daripada 400 orang, termasuk wanita, kanak-kanak, dan warga tua, daripada apa yang mereka dakwa sebagai gencatan senjata, namun mereka telah mengkhianatinya.

Sesungguhnya, entiti Yahudi adalah kaum yang penuh dengan pengkhianatan dan tidak akan berhenti melakukan kezaliman, sebagaimana firman Allah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa:

“Oleh itu, jika engkau menemui mereka dalam peperangan maka hancurkanlah mereka (supaya dengan itu) orang-orang yang di belakang mereka (gerun gentar); mudah-mudahan orang-orang itu pula beringat (insaf).”(TMQ Al-Anfaal [8]:57)

Mereka tidak akan dihentikan melainkan dengan kemunculan benteng baru (Khandaq) yang menghancurkan mereka sepenuhnya, seperti peristiwa Khaibar yang membinasakan mereka, sebagaimana kaum Thamud dahulu dihancurkan. Jika tidak, mereka akan terus-menerus mengkhianati perjanjian – dan kini mereka melakukannya lagi:

Semua pembantaian dan serangan kejam ini berlaku di hadapan mata para tentera di negeri-negeri umat Islam, terutamanya yang berada di sekitar Palestin seperti Mesir, Jordan, Arab Saudi, Turki, dan Iran, apatah lagi negeri-negeri yang sibuk dengan kelemahan dan kehinaan mereka sendiri seperti Lubnan, Iraq, dan Syria!

Namun, di sebalik semua ini, para penguasa ini terus merayu kepada Amerika dan masyarakat antarabangsa supaya menekan Israel, sedangkan Amerika sendiri adalah penyokong utama mereka. Sementara itu, para penguasa ini hanya sekadar mengecam dengan malu-malu, seolah-olah kecaman mereka itu mampu menghidupkan kembali seorang syahid, menyembuhkan yang cedera, atau membebaskan walau seinci pun tanah Gaza! Semoga Allah membinasakan mereka, bagaimana mereka boleh berpaling (dari kebenaran)!

Mesir yang pernah mengusir tentera Salib dan Mongol, kini hanya sekadar mengecam dengan kata-kata yang tidak membawa manfaat atau perubahan!

Kementerian Luar Negeri Mesir dalam satu kenyataan pada hari Selasa mengecam serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza dan menyifatkannya sebagai ‘pelanggaran terang-terangan terhadap perjanjian gencatan senjata serta eskalasi berbahaya yang boleh membawa akibat buruk kepada kestabilan rantau ini.’ Mesir meminta masyarakat antarabangsa supaya “segera campur tangan bagi menghentikan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza bagi mengelakkan rantau ini daripada kembali ke dalam kitaran keganasan dan tindak balas yang berterusan.” (Sky News, 18/3/2025)

Begitulah juga Jordan, bumi Yarmouk yang pernah berlangsungnya pertempuran besar yang menghapuskan kekuasaan Rom dari Syam, kini juga sekadar mengecam:

“Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri Jordan, Jaafar Hassan, pada hari Selasa menegaskan bahawa perang yang dilancarkan oleh Israel ke atas Gaza adalah ‘perang terhadap kemanusiaan.’ Agensi berita Jordan, Petra, melaporkan bahawa Hassan, dalam sesi mesyuarat kabinet yang diadakan hari ini, berkata, ‘seluruh masyarakat antarabangsa mesti prihatin untuk menghentikan kebiadaban ini yang telah menimpa kanak-kanak, wanita, dan orang awam, dan kini terus berlanjutan dengan kebuluran yang bertujuan mengusir mereka dari tanah mereka.” (Sky News, 18/3/2025)

Turki, bumi Sultan Al-Fatih yang telah menghapuskan empayar Rom, juga sekadar mengecam dengan kata-kata tanpa sebarang tindakan:

“Turki mengecam serangan maut Israel di Gaza dan menganggapnya sebagai fasa baharu dalam dasar pembunuhan beramai-ramai (genosid) yang diamalkan oleh Israel di wilayah Palestin itu.” (Sky News, 18/3/2025)

Begitu juga Iran, jirannya, juga hanya mengeluarkan kenyataan:

Dalam satu kenyataan pada hari Selasa, jurucakap Kementerian Luar Iran, Ismail Baghai, menegaskan bahawa serangan udara Israel ke atas Gaza pada awal pagi ini telah menyebabkan kematian ratusan orang, termasuk wanita dan kanak-kanak. Jurucakap Iran itu menganggap bahawa Amerika Syarikat adalah ‘bertanggungjawab secara langsung ke atas serangan ini.” (Anadolu, 18/3/2025)

Bagi Arab Saudi pula, yang kini menjadi pengikut Amerika Trump, mengulang kata-katanya tanpa menafikan sokongannya terhadap entiti Yahudi. Malah, ia juga tidak melangkaui sekadar kecaman lisan sama seperti yang lain:

“Arab Saudi, pada hari Selasa, mengecam sekeras-kerasnya peningkatan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza serta pengeboman langsung ke atas kawasan yang didiami orang awam tanpa sedikit pun mempedulikan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.” (Anadolu, 18/3/2025)

Beginilah cara negeri-negeri yang mengelilingi Palestin mengecam serangan dan jenayah berterusan entiti Yahudi terhadap Semenanjung Gaza! Hanya sekadar kecaman tanpa menggerakkan walau satu pasukan atau mengangkat walau sebatang tombak!

Wahai tentera-tentera di negeri-negeri umat Islam, khususnya yang berada di sekitar Palestin!

Adakah masih ada alasan bagi mereka yang ingin mencari alasan? Adakah masih tersisa hujah bagi mereka yang mahu berdalih? Bagaimana kamu melihat dan mendengar serangan serta pembunuhan beramai-ramai oleh entiti Yahudi sedangkan kamu tetap diam di tempat kamu tanpa bergerak, padahal sepatutnya kamu mara ke bumi ribath, Palestin, bumi yang diberkati, untuk menghalang serangan mereka dan menghapuskan kewujudan mereka?

Bagaimana kamu rela berdiam diri, sedangkan kamu membaca firman Allah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa:

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah – membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (TMQ At-Taubah [9]: 38-39)

Adakah kamu berdalih dengan ketaatan kepada para penguasa yang mengikut jejak penjajah kafir selangkah demi selangkah, dan meletakkan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya di belakang mereka? Mereka tidak mahu berperang melawan Yahudi seolah-oleh mereka berkecuali, padahal mereka lebih cenderung kepada entiti Yahudi berbanding kepada umat Islam!

Para penguasa ini melindungi entiti Yahudi semasa mereka melakukan genosid di Palestin, ketaatan kamu kepada mereka tidak akan menyelamatkan kamu daripada kehinaan di dunia mahupun azab daripada azab di akhirat. Kamu akan menyesal, dan pada ketika itu, tiada lagi gunanya penyesalan:

(Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka. Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami (dengan itu dapat kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)!” Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka.” (TMQ Al-Baqarah [2]: 166-167)

Ketaatan kepada penguasa dalam kemaksiatan kepada Allah adalah dosa besar.

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): “Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.“ (TMQ Al-Ahzaab [33]:66)

Wahai para tentera…

Tidakkah ada di antara kamu seorang yang bijak, yang akan bangkit memimpin tentera dan memberikan nusrah kepada kami, agar kita dapat merealisasikan janji Allah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa:

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa;” (TMQ An-Nur [24]: 55)

Tidakkah ada di antara kamu seorang yang bijak yang akan memimpin para tentera dan menolong kami untuk menegakkan Khilafah selepas pemerintahan zalim yang sedang kita alami ini, untuk merealisasikan bisyarah (khabar gembira) Rasulullah SAW yang bersabda: “… Kemudian akan datang pemerintahan yang menindas (diktator) selama kurun waktu tertentu yang Allah kehendaki, kemudian Allah akan mengangkatnya bila Dia menghendaki. Kemudian akan datang Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian. Kemudian baginda diam…“ [HR Ahmad]

Tidakkah ada di antara kamu orang yang bijak, yang akan memimpin tentera dan mematahkan belenggu yang dibuat oleh para penguasa Ruwaibidhah dengan tidak memerangi entiti Yahudi. Dan kemudian itu para tentera Muslim akan berangkat sehingga mewujudkan apa yang telah diberitahukan kepada kita oleh Rasul yang jujur lagi dipercayai (SAW) …

Imam al-Bukhari telah meriwayatkan dalam Sahihnya:“ Kamu akan memerangi Yahudi, lalu kamu akan diberikan kemenangan ke atas mereka…“

Imam Muslim juga meriwayatkan dalam Sahihnya:“Sesungguhnya kamu pasti akan memerangi Yahudi dan kamu pasti akan membunuh mereka…“

Kemudian kamu akan mencabut entiti Yahudi dari Tanah yang diberkati, dan kemudian Tanah yang diberkati itu akan kembali ke dalam naungan Islam, sebagaimana ia telah dibuka oleh Umar bin al-Khattab, dibebaskan oleh Salahuddin al-Ayyubi, dan dijaga kehormatannya oleh Sultan Abdul Hamid II.

“Dan pada hari itu, bergembiralah orang-orang yang beriman dengan kemenangan daripada Allah. Dia menolong sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dia lah Yang Maha Perkasa, lagi Maha Penyayang..” (TMQ Ar-Rum [30] : 4-5)

Pada 19 Ramadhan 1446H
Bersamaan 19 Mac 2025M

Hizb ut-Tahrir

#Ameer_Hizb_ut_Tahrir

#أمير_حزب_التحرير

Sumber: https://www.facebook.com/61571597738807/posts/pfbid05uNHsJU6PYi2qddrp7SiqaEywFjNNU2q8r4Hy9GHj8ZFBiTsgunkNCrKo7Jznxgql/?mibextid=Nif5oz

Exit mobile version