Puasa Mengajar Pengendalian Diri
Oleh: Rahmah
Aktivis Dakwah, Ustaz Ali Akbar menyatakan bahawa puasa mengajar agar lebih mampu mengendalikan diri.
“Puasa mengajarkan kita agar kita lebih mampu mengendalikan diri, syahwat dan nafsu kita. Termasuk imsak dalam konteks berpuasa ini adalah menahan diri kita untuk tidak mengejar-ngejar dan mencari-cari kekuasaan kecuali kita faham betul ini kelak akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT,” ujarnya dalam Channel Ra’yun TV dengan tajuk Kekuasaan Adalah Amanah yang akan diminta Pertanggungjawaban oleh Allah SWT pada Jumaat (14/3/2025).
Menurutnya, ramai orang yang memiliki syahwat kekuasaan yang berlebihan dan berkeinginan untuk memiliki kedudukan tinggi di sebuah negara. Namun lupa bahawa kekuasaan adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan.
“Berapa ramai di antara kita yang memiliki syahwat kekuasaan yang berlebihan. Hanya sekadar berkeinginan berkuasa memiliki kedudukan yang tinggi di sebuah negara, menguasai rakyat yang begitu ramai tetapi lupa bahawa kekuasan di dalam Islam adalah amanah yang kelak akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT,” jelasnya.
Lebih lanjut, beliau mengatakan, seseorang yang menjadi penguasa harus sedar akan kewajipannya mengurus rakyat dan sekiranya tidak menunaikan amanah kekuasaan akan mendapatkan kehinaan dan penyesalan di hadapan Allah SWT.
“Seseorang yang menjadi penguasa, bukan sekadar mengurus satu dua orang bahkan berjuta orang. Bayangkan sekiranya jutaan orang itu tidak dapat diurus dengan sebaik- baiknya maka bayangkan jutaan orang tadi mengadu kepada Allah SWT,” katanya.
“Maka sungguh orang-orang yang berkuasa hanya mengikut nafsunya saja sekadar ingin mendapatkan kedudukan di hadapan manusia saja tetapi bukan di hadapan Allah SWT, maka sungguh kelak dia akan mendapat kehinaan dan juga penyesalan tersebut kerana kelak itu akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT,” sambungnya.
Ramadhan mengajarkan umat Islam khususnya penguasa agar menundukkan hawa nafsu sesuai kehendak Allah SWT dan petunjuk-petunjuk Rasulullah SAW ketika menjalankan amanah dan bukan sekadar untuk mendapatkan keuntungan duniawi semata.
“Kita diajarkan agar nafsu harus sesuai dengan kehendak Allah SWT; harus sesuai dengan petunjuk-petunjuk baginda Rasulullah SAW, bukan sekadar nafsu belaka. Syahwat kekuasaan hanya sekadar mendapatkan keuntungan duniawi saja tetapi kelak akan mendapatkan kehinaan di akhirat kerana tidak menjalankan amanah kekuasaan tadi dengan sebaik-baiknya,” tuturnya.
Beliau menegaskan, dalam konteks kekuasaan, pentingnya mengendalikan nafsu berpuasa terhadap kekuasaan dengan menjadikannya sebagai wasilah taqarrub kepada Allah dan menjalankan amanah dengan penuh keadilan agar mendapat kemuliaan di akhirat.
“Ketika kita ingin mendapatkan kemuliaan akhirat dalam konteks yang berhubungan dengan kekuasaan, maka kendalikan nafsu berpuasa terhadap kekuasaan tadi. Jadikan kekuasaan itu tadi sebagai wasilah taqarrub kepada Allah. Jalankan amanah itu sebagaimana yang diinginkan Allah SWT. Menjalankan amanah tadi dengan penuh keadilan; keadilan yang dimaksudkan tentunya adalah keadilan sebagaimana yang diinginkan dalam Islam iaitu menjalankan perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan sesuai petunjuk-petunjuk Rasulullah SAW,” tutupnya.
Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=-GcFWk3ntic

