Site icon MuslimahHTM News

Cita-cita Trump untuk Menguasai Gaza dan “Diamnya” Pemimpin Muslim

Cita-cita Trump untuk Menguasai Gaza dan “Diamnya” Pemimpin Muslim

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kekal tidak berganjak. Dia bertegas untuk merealisasikan cita-citanya untuk mengambil alih Gaza dan memindahkan penduduknya ke tempat lain dengan alasan bahawa wilayah itu tidak boleh didiami dan penduduknya tidak boleh hidup secara berperikemanusiaan di tempat yang ditutupi runtuhan dan senjata yang belum meletup. Begitulah pendirian AS terhadap rancangan pembinaan semula Gaza yang dimulakan oleh Mesir dan Liga Arab.

Pada Sidang Kemuncak Liga Arab di Kaherah, Mesir, Selasa (4-3-2025) Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi mencadangkan pembentukan jawatankuasa Palestin untuk mentadbir Gaza. Jawatankuasa Palestin dianggotai oleh golongan bebas termasuk teknokrat yang akan mentadbir Gaza buat sementara waktu iaitu untuk tempoh 6 bulan di bawah naungan kerajaan Palestin (PA) yang berpusat di Tebing Barat. Ahli jawatankuasa itu tidak bergabung dengan mana-mana puak Palestin. Sementara itu, bagi warga Gaza, ancaman terbaharu Presiden AS Donald Trump untuk membumihanguskan Gaza jika pembebasan tebusan Zion*s tidak dilakukan rasanya tidak lebih daripada justifikasi untuk keganasan selanjutnya terhadap rakyat Palestin. Gaza sentiasa menjadi perhatian dunia, terutamanya bagi negara-negara yang mempunyai kepentingan di rantau ini.

Basa-basi Memihak Gaza

Rancangan untuk membina semula Gaza semakin menunjukkan watak dan basa-basi AS dan Liga Arab. Hal ini dapat kita lihat dari petunjuk berikut.

Pertama, Trump cuba mengambil alih Semenanjung Gaza dengan visi untuk membersihkan etnik Palestin dengan alasan pemindahan tetap ke negara berhampiran Gaza, seperti Mesir dan Jordan. Bagaimanapun, kedua-dua negara menolak rancangan Trump. Lahirnya idea pembinaan semula Gaza itu dimulakan oleh Mesir, dengan tawaran bahawa rakyat Palestin tidak perlu berpindah dari wilayah itu. Eropah dan Liga Arab meluluskan cadangan itu. Negara-negara Arab yang selama ini berdiam diri nampaknya bersuara dan berpihak kepada Palestin dengan idea pembinaan semula dan menubuhkan kerajaan sementara untuk Gaza melalui Jawatankuasa Palestin.

Sekali lalu, kenyataan Trump dan kehendak Mesir kelihatan bercanggah. Namun, jika kita teliti, penolakan Mesir dan Jordan terhadap rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Gaza ke negara mereka sebenarnya hanyalah penyamaran antara mereka. AS telah memberi isyarat bahawa ia terbuka untuk mendengar cadangan dan aspirasi negara-negara Arab untuk pembinaan semula Gaza selepas perang. Sementara itu, Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi memberitahu sidang kemuncak Liga Arab bahawa Trump akan dapat mencapai keamanan dalam konflik Zion*s-Palestin.

Ini bermakna, kedua-dua Trump (AS) dan negara-negara Arab mempunyai matlamat yang sama walaupun berbeza naratif iaitu mahu mengubah Palestin menjadi lebih moderat dan menyingkirkan gerakan-gerakan yang dianggap menentang keamanan seperti kumpulan mujahidin Palestin yang enggan tunduk kepada kepentingan AS dan sekutunya.

Kedua, campur tangan AS dalam nasib Palestin sudah cukup untuk menunjukkan betapa besarnya keangkuhan dan perlindungan AS terhadap Zion*s. Adakah penolakan negara Arab terhadap rancangan Trump dapat menghentikan serangan Zion*s ke atas Palestin? Pasti tidak. Sebagai sebuah negara yang mengaku sebagai polis dunia dan misi keamanan, AS tidak akan mudah ditundukkan dengan penolakan Mesir, Jordan, atau negara Arab yang lain. Buktinya, Trump penuh keyakinan dalam menyampaikan kenyataan kontroversinya, walaupun dia telah dikritik dan dikutuk oleh banyak negara.

Ini bermakna dominasi AS sebagai kuasa besar masih tidak boleh digantikan di pentas politik antarabangsa. Sebaliknya, ketidakberdayaan dan kebisuan negara-negara Arab terhadap genosid yang dilakukan oleh Zionis selama berpuluh-puluh tahun telah membuktikan bahawa mereka adalah negara lemah yang mudah dimanipulasi dan disabotaj oleh kepentingan AS.

Mengenai kedudukan strategik Timur Tengah dan sebab-sebab mengapa AS begitu sibuk menjaga wilayah ini, Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani telah menjelaskan perkara ini dalam kitab Mafahim Siyasiyah li Hizbit Tahrir, hlm. 132, “Jadi, masalah Timur Tengah adalah masalah berkaitan Islam, lokasi strategik, negara Yahudi, penjajahan, dan minyak. Tidak dinafikan bahawa isu ini sangat penting, bukan sahaja untuk penduduk Timur Tengah dan umat Islam, tetapi juga untuk seluruh dunia. Bagi Islam, ia sentiasa menjadi bahaya besar kepada AS dan Barat. Wilayah Timur Tengah boleh dianggap sebagai titik permulaan semula jadi untuk dakwah Islam di seluruh dunia. Oleh itu, tidak hairanlah AS menjadikan Islam sebagai musuh utamanya selepas keruntuhan sosialisme. AS menggunakan slogan keganasan, ekstremisme agama dan fundamentalisme agama sebagai alasan untuk menyerang Islam dan kaum muslim di rantau ini. AS cuba sedaya upaya untuk menghalang pergerakan politik Islam daripada kekuasaan. Ini dilakukan melalui keganasan, kekejaman, penyeksaan dan pembendungan yang dilakukan oleh rejim yang menjadi pengikut AS di rantau ini.”

Sepatutnya pemimpin negara Islam boleh memberikan bantuan menyeluruh untuk menghentikan penjajahan dan serangan Zion*s kerana mereka mempunyai kuasa ketenteraan yang luar biasa. Bukan sekadar memberi kritikan dan kutukan, malah pemimpin negara Islam perlu menghantar bantuan ketenteraan untuk membantu saudara mereka di Palestin. Malangnya, mereka tidak melakukan ini kerana sekatan nasionalisme yang memecahbelahkan perpaduan dan ikatan akidah masyarakat Islam.

Sungguh menyedihkan apabila 2.2 bilion umat Islam iaitu bersamaan 25% penduduk dunia tidak berdaya melihat pembunuhan beramai-ramai saudara mereka di Palestin, walaupun jumlah musuh yang mereka hadapi adalah sangat kecil jika dibandingkan dengan jumlah umat Islam di dunia. Pemimpin negara Islam sebenarnya telah mengkhianati ikatan akidah dan persaudaraan Islam kerana tidak berusaha secara maksimum untuk membantu saudara seagama. Malah, sesetengah daripada mereka menormalisasikan hubungan dan berjabat tangan mesra dengan Zion*s. Sehingga 2020, enam daripada 22 negara Arab telah menormalisasikan hubungan mereka dengan Zion*s. Enam negara itu ialah Mesir, Jordan, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Sudan dan Maghribi.

Allah Taala berfirman, “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu dengan yang lain. Dan orang-orang yang beriman yang belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikitpun untuk membela mereka sehingga mereka berhijrah. Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) agama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian setia di antara kamu dengan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan.” [TMQ Al–Anfal (8): 72]

Jihad dan Khilafah, Penyelesaian Palestin

Tidak ada jalan lain bagi kaum muslim untuk membantu umat Islam Palestin kecuali dengan mengusahakan dan menyeru kepada jihad dan Khilafah. PBB mematung, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) juga membatu. Tiada apa yang boleh kita harapkan daripada PBB dan seumpamanya. Mereka hanya memberi harapan kosong. Buktinya, berpuluh-puluh repenyelesaian dan diplomasi yang berulang masih tidak dapat menghalang kekejaman Zion*s dan keangkuhan AS. Usaha untuk gencatan senjata juga telah disuarakan berulang kali, tetapi masih gagal membebaskan Palestin daripada penjajahan Zion*s.

Negara-negara umat Islam dan pemimpin mereka masih tidak dapat membuka mata dan minda mereka terhadap fakta bahawa Zion*s akan sentiasa mengkhianati gencatan senjata yang telah dipersetujui. Mereka terus menyerang dengan kejam walaupun ada larangan dan kecaman dari dunia. Zion*s adalah bangsa yang bodoh dan entiti parasit yang tinggal di negara asing. Untuk menghalang mereka, tiada penyelesaian yang lebih nyata melainkan dengan menyeru jihad memerangi mereka. Zion*s hanya boleh ditundukkan dengan bahasa perang, bukan diplomasi atau menyeru penyelesaian dua negara.

Seruan untuk penyelesaian dua negara hanya akan membuat Zion*s dan AS mendabik dada. Penyelesaian dua negara itu sebenarnya merupakan pengkhianatan yang paling nyata terhadap perjuangan umat Islam mempertahankan bumi Palestin yang berstatus tanah kharajiyah iaitu tanah milik umat Islam yang diperoleh melalui proses jihad dan penaklukan. Status tanah kharajiyah akan tetap berlaku sehingga hari kiamat. Walau bagaimanapun, sejak Khalifah Uthmaniyyah runtuh, bumi Palestin telah berada di bawah kawalan Zion*s, yang telah diisytiharkan oleh PBB dan mendapat persetujuan AS. Oleh kerana itu, cara mutlak untuk membebaskan Palestin daripada penjajahan Zion*s adalah melalui jihad dan Khilafah. Khilafah akan menyeru jihad memerangi musuh Islam dan melindungi negara Islam dan rakyatnya.

Umat perlu memahami bahawa akar masalah Palestin adalah ketiadaaan Khilafah sebagai perisai bagi kaum muslim. Pemahaman ini perlu terus dilaungkan untuk membentuk kesedaran umum di tengah-tengah umat bahawa Islam bukan sekadar agama ruhiyyah, tetapi juga siyasiyah (politik) yang mengatur permasalahan umat dan kehidupannya.

Selain itu, jihad dan Khilafah adalah ajaran Islam yang wajib dijalankan kaum muslim untuk menegakkan hukum Allah SWT dalam sendi kehidupan. Khalifah dengan seruan jihadnya akan membebaskan negeri-negeri umat Islam yang dijajah kembali ke pangkuan Islam. Negara Khilafah akan mampu memberikan jaminan keamanan dan keselamatan, serta menjadi kuasa besar yang memiliki kuasa rundingan di dunia antarabangsa kerana kekuatan ideologi Islam yang jernih dan adil.

Membangun Kesedaran Umat

Usaha untuk membangun kesedaran umat bahawa jihad dan Khilafah adalah penyelesaian hakiki bagi Palestin dan negeri-negeri muslim lainnya perlu terus dilakukan melalui dakwah pemikiran yang dijalankan oleh kelompok dakwah berideologi. Hal ini boleh dilakukan dengan cara yang sudah dicontohkan oleh Nabi ﷺ dalam membangun sistem dan negara Islam pertama di Madinah, di antaranya:

Pertama, bimbingan intensif dan umum, iaitu mengkaji pemikiran Islam dan kepentingan Islam sebagai cara hidup seorang Muslim. Islam bukan sahaja agama ritual, tetapi juga sistem kehidupan yang mengatur kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Allah SWT berfirman,

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” [TMQ Al-Baqarah (2): 208]

Kedua, membongkar makar dan propaganda penjajah dan musuh Islam agar umat memiliki kewaspadaan dan tidak mudah terperdaya oleh narasi yang mereka lakukan. Hal ini dapat kita lakukan dengan meluaskan pemikiran dan pendapat Islam melalui penulisan, sosial media, berinteraksi dengan masyarakat secara langsung, dan kandungan (konten) dakwah yang dapat mengaktifkan kesedaran umat tentang betapa pentingnya sistem Islam diterapkan dalam kehidupan kita.

Ketiga, berdakwah amar makruf nahi mungkar tanpa kekerasan. Saat ini pemikiran yang mendominasi dalam kehidupan umat adalah sekularisme. Usaha membentuk kesedaran dan penghabluran akidah Islam dalam diri individu Muslim adalah dengan mengajak mereka berfikir secara holistik bahawa Islam adalah ideologi yang mempunyai pandangan unik tentang alam, manusia, dan kehidupan yang mampu menyelesaikan segala permasalahan hidup dengan jelas tanpa berat sebelah.

Dengan usaha ini, umat akan memiliki kesedaran sahih dan pemikiran yang jernih bahawa Palestin bukan sebatas masalah kemanusiaan, bukan juga tindakan sosial. Akan tetapi, Palestin adalah usaha pembebasan yang memerlukan kesedaran pemikiran, perasaan, serta sistem dan negara yang akan melindunginya dari penjajahan Zion*s dan musuh Islam. Bersatunya pemikiran dan perasaan umat akan mewujudkan persatuan dan kesatuan umat dalam satu kepimpinan Islam.

Kehadiran kelompok dakwah berideologi akan membina dan mencerdaskan umat agar memiliki kacamata ideologi dalam melihat masalah Palestin dan kaum muslim secara global. Dari sini terbentuklah kesedaran politik Islam yang akan mendorong setiap individu muslim untuk turut memperjuangan sistem dan kepimpinan Islam secara kaffah (menyeluruh) dengan tegaknya Khilafah.

Sumber: https://muslimahnews.net/2025/03/13/35485/

Exit mobile version