Site icon MuslimahHTM News

Penetapan Harga

[Hadis pilihan] Penetapan Harga
Oleh :Yahya Abdurrahman

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ, قَالَ: غَلَا السِّعْرُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ ﷺ, فَقَالَ النَّاسُ:

يَا رَسُولَ اللَّهِ, غَلَا السِّعْرُ, سَعِّرْ لَنَا, فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: «إِنَّ اللَّهَ الْمُسَعِّرُ الْقَابِضُ, الْبَاسِطُ الرَّزَّاقُ, إِنِّي لَأَرْجُو أَنْ أَلْقَى اللَّهَ, وَلَيْسَ أَحَدٌ مِنْكُمْ يَطْلُبُنِي بِمَظْلَمَةٍ فِي دَمٍ, وَلَا مَالٍ»

”Dari Anas bin Malik: Harga menjadi mahal pada masa Rasulullah SAW. Lalu orang-orang berkata, “Ya Rasulullah, harga menjadi mahal. Tetapkan harga untuk kami.” Rasul SAW bersabda, “Sesungguhnya Allahlah Yang Maha Menetapkan Harga, Maha Menggenggam, Maha Menghulurkan dan Maha Memberi Rezeki. Sungguh aku benar-benar berharap menjumpai Allah, sementara tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntut diriku karena kezaliman dalam hal darah dan tidak pula dalam hal harta.” [HR Ahmad no. 14057; ad-Darimi no. 2587; Ibnu Majah no. 2200; Abu Dawud no. 3451; at-Tirmidzi no. 1314; al-Baihaqi di dalam Sunan al-Kubrâ no. 11144; Ibnu Hibban no. 4935].

Dalam hadis lain, Abu Sa’id al-Khudzri juga menuturkan:
غَلَا السِّعْرُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, فَقَالُوا لَهُ: لَوْ قَوَّمْتَ لَنَا سِعْرَنَا, قَالَ: «إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمُقَوِّمُ, أَوِ الْمُسَعِّرُ, إِنِّي لَأَرْجُو أَنْ أُفَارِقَكُمْ, وَلَيْسَ أَحَدٌ مِنْكُمْ يَطْلُبُنِي بِمَظْلَمَةٍ, فِي مَالٍ وَلَا نَفْسٍ

”Harga menjadi mahal pada masa Rasulullah SAW, maka mereka berkata kepada baginda: “Seandainya Anda menetapkan harga untuk kami”. Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah adalah yang Maha menetapkan nilai (harga) atau Maha menetapkan harga, sungguh aku berharap meninggalkan kalian dan tidak seorang pun dari kalian menuntutku dengan kezaliman dalam harta dan tidak pula jiwa” [HR Ahmad no. 11809 dan Ibnu Majah no. 2201].

Imam At-Thabarani mengeluarkan riwayat dari Abu Sa’id al-Khudzri ini di dalam Mu’jam al-Awsâth, hadis no. 5955, dengan redaksi sedikit berbeza. Imam At-Thabarani juga mengeluarkan hadis senada di dalam Mu’jam ash-Shaghîr, hadis no. 780, dari Ibnu Abbas dengan redaksi sedikit berbeza.
Menjelaskan hadis ini, Mula al-Qari di dalam Mirqâtu al-Mafâtîh Syarhu Misykâti al-Mashâbîh, mengutip At-Thibi, menyatakan bahawa hukum ini disusun di atas tiga khabar berturut-turut di atas sifat yang relevan, iaitu kenyataan bahawa Allah sebagai Qâbidh[an] (Maha Menggenggam), sebagai ‘illat untuk mahalnya harga sebagai Bâsith[an] (Maha Melapangkan), untuk murahnya harga; dan sebagai Razzâq[an] (Maha Memberi Rezeki), Yang menyempitkan dan melapangkan rezeki atas hamba.


Kerana itu siapa saja yang berusaha menetapkan harga, maka dia telah menentang dan menyaingi Allah SWT dalam apa yang Dia kehendaki, sekaligus menghalangi hamba dari hak-hak mereka yang diberikan oleh Allah SWT dalam mahal dan murahnya harga. Adapun kezaliman dalam harta yang dimaksudkan adalah at-tas’îr (penetapan harga) itu.

Mula al-Qari juga menyatakan bahawa Al-Qadhi berkata, “Sabda Rasul SAW, ‘Inni la arjû…’ merupakan isyarat bahawa yang menghalangi baginda dari menetapkan harga adalah kekhuatiran akan menzalimi mereka dalam harta mereka. Ini kerana at-tas’îr merupakan tasharruf (kebijakan) tentang harga tanpa izin pemiliknya sehingga menjadi kezaliman. Di antara mafsadat at-tas’îr adalah menggerakkan keinginan dan mendorong untuk enggan menjual dan sering menyebabkan kekeringan (krisis).

Ash-Shan’ani Al-Amir menjelaskan di dalam Subul as-Salâm bahawa hadis ini merupakan dalil bahawa at-tas’îr merupakan kezaliman. Jika itu merupakan kezaliman, maka itu adalah haram. Ini menjadi pendapat majoriti ulama.
Jadi, seperti yang dijelaskan oleh Abu al-‘Ala al-Mubarakfuri di dalam Tuhfah al-Akhwadzî bi Syarhi Jâmi’ at-Tirmidzî, hadis ini dan apa yang dinyatakan dalam makna yang sama menjadi dalil atas pengharaman at-tas’îr (penetapan harga) dan bahawa itu merupakan kezaliman. Aspek argumentasinya bahawa orang itu diberi kekuasaan atas harta mereka, sedangkan at-tas’îr bererti menghalangi mereka. Padahal Imam (pemimpin) diperintahkan untuk memelihara kemaslahatan kaum Muslim. Pandangannya pada kemaslahatan pembeli dengan harga yang murah tidak lebih utama dari pandangannya pada kemaslahatan penjual dengan harga yang tinggi. Jika kedua-dua hal itu bertembung, maka Imam wajib memberikan peluang kepada kedua-dua pihak agar bersungguh-sungguh untuk diri mereka. Jika Imam memaksa pemilik barang untuk menjual dengan harga yang tidak dia redhai bererti dia menafikan firman Allah SWT: …illâ an takûna tijârat[an] ‘an tarâdh[in] minkum (kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kalian). Ini menjadi pendapat majoriti ulama.

Al-‘Allamah Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani di dalam An-Nizhâm al-Iqtishâdî menjelaskan, at-tas’îr (penetapan harga) adalah saat penguasa, wakilnya atau setiap orang yang menangani urusan kaum Muslim menyuruh para peniaga untuk tidak menjual barang kecuali dengan harga tertentu. Jadi mereka dilarang dari menambah harganya sehingga tidak menjadikan harga mahal atau sebaliknya, dilarang mengurangi harganya sehingga merugikan peniaga. Ini bermakna para peniaga dilarang dari menambah atau mengurangkan harga yang ditetapkan untuk kemaslahatan orang-orang. Hal itu berlaku dengan jalan negara campurtangan dalam urusan harga dan menetapkan untuk komoditi tertentu dengan harga tertentu. Semua orang dilarang menjual dengan harga lebih tinggi dari yang ditentukan atau lebih murah dari harga itu kerana negara memandang dalam hal itu terdapat kemaslahatan semua orang.

Haramnya penetapan harga ini bersifat umum untuk semua komoditi. Tidak ada perbezaan antara bahan makanan atau selainnya. Ini kerana hadis yang melarang penetapan harga bersifat umum, sementara tidak ada yang mengkhususkannya pada bahan makanan atau yang lain. Dengan demikian keharaman penetapan harga itu bersifat umum mencakup segala komoditi.
Faktanya, penetapan harga itu merupakan dharar (bahaya) besar bagi umat. Sebabnya, ia dapat menciptakan pasaran gelap yang jauh dari pemantauan negara. Penetapan harga dapat mempengaruhi penawaran dan pengeluaran dan boleh menyebabkan krisis ekonomi. Lebih dari itu, orang-orang tersebut diberi kekuasaan atas harta mereka. Ini kerana kepemilikan bermakna bahawa orang berkuasa penuh atas miliknya. Penetapan harga bererti menghalangi kuasa mereka atas kepemilikan mereka. Ini tidak boleh kecuali dengan nas syarie. Dalam hal ini tidak ada nas syarie nya. Jadi penetapan harga adalah haram pada semua jenis komoditi.

Wallâh a’lam wa ahkam.

Exit mobile version